Hari ke 3 istanbul

Sebelum berakhirnya tahun 2012, aku kene tunaikan hutang bercerita pasal trip istanbul. Malam hari ke2 aku mentelaah PETA dan package yg ingin di join untuk hari ke 3 or 4. Ok aku dah buat keputusan mesti habis istanbul city centre.

Esok pg breakfast lebih awal dr biasa jam 8 pg. dan terus menuju ke topkapi palace. Bayaran masuk dalam 25 lira. Kat sini merupakan istana sultan yg pertama sebelum berpindah ke dolmahbace palace. Ada pelbagai section menarik berkaitan islam sedikit disini. Bagi umat islam yg memahami sejarah perang, asal-usul pembinaan kaabah, senjata perang serta harta Karun dahulu kala dan macam2 lg.ada koleksi peribadi sultan dan yg paling best Ada koleksi peribadi nabi Muhammad s.a.w dan khalifahnyer.

Ada juga kawasan yg dinamakan the harem. Ini kawasan peribadi sultan dan keluarga ya. Segala ciri2 dinding adalah berunsurkan islam. Agak tersentuh sebenarnya kerana terlalu banyak church, basilica ker duomo ker piazza ker yang aku lihat di sekitar Europe ni, akhirnya dapat jugak aku lihat sesuatu berunsurkan agama islam ku sendiri. Jd ini membuat aku menanam niat nak ke madinah, mekah, Egypt insyallah. 3 jam jugak aku berada didalam lg pun aku x miss single description rasanya. Agak beruntung masa iTu Ada free pameran era cina disuatu corner. Jadi aku Amik kesempatan melawat dan memahami sejarah dinasti Han dan tentera yg dibunuh beramai2 iTu. Kemudian sebelah palace Ada garden palace or park iaitu dulunya taman istana. Jadi bolehlah menikmati kawasan sekitar dalam 30 minit.

Keluar waktu lunch memang tepat, aku kembali ke pekan untuk mendapatkan kebab berharga 6 lira. Air memang sendiri air masak. Tepat jam 130 ptg aku solat sekejap di masjid kecik dihadapan kedai kebab. Sangat beruntung banyak tempat boleh solat di sana. Segala tandas ada Bayaran sebanyak 1 lira Walau dalam masjid ok. Cuma wudhu atau saravan adalah free. Perkataan baru yg dapat belajar adalah bay lelaki dan bayan perempuan.

Tepat jam 2 ptg aku terus menaiki tram ke eminonu station before galata bridge. Dari sini memang plan nak jalan kaki ke kabatas or dolmahbace palace tu. kat eminonu Ada spice bazaar tapi aku x sempat singgah hanya lihat Dari jauh. Perjalanan diteruskan sehingga galata tower. Ya Allah jalan istanbul memang banyak bukit jadi bersedialah sentiasa dgn sport shoes. Dari tower berjalan kaki nk ke taksim square and attartuk cultural centre. Penat woo jalan dah beberapa km kot. Kemudian berjalan lagi sehingga ke dolmahbace palace. Sampai sana dalam jam 430 ptg. Bila dikira guna google maps Dari eminonu ke kabatas adalah 6 km jalan lurus. Tapi ini bengkangbengkok serta jauh kedepan dr kabatas station. Mau dekat 7 km. aku maghrib dulu di masjid dolmahbace yang santek terletak disitu.

Selepas solat terus Bergerak lg ke kabatas station yang dalam 15 min je dar situ. Tak mampu nk berjalan lagi ke taksim square maka wajib lah naik tram. Taksim square Sangat busy dan sepanjangnya adalah mall dan deretan kedai branded. Tiba2 nampak KFC, kat area blue mosque x nampak pun de KFC. Jd pekenalh aku dinner KFC malam iTu dalam 9.75 lira. Habiskan masa disitu hingga jam 7 ptg kemudian Amik tram and funikular pulang ke hotel.

Penat Sangat hari ini. Hari ke 2 yg jalan Sangat panjang. Balik aku memang terus boom.

Hari pertama & ke dua di istanbul

Hola, hari pertama bermula di airport jam 3 ptg boarding. Jam 7 ptg haku tiba di ataturk airport. Dari situ tidak kelihatan bus untuk ke city centre maka haku Amik metro dan tram untuk ke sultana hamet area berdekatan blue mosque area. Agak tersesat untuk mencari my hotel rupernye signboard Nama hotel padam sbb tu x nmpak. Tapi dalam kesesatan terkagum dengan water fountain sultanahmet. Yg boleh bertukar2 dalam 5-6 warne.sangat santek dan berlatarbelkangkan blue mosque. Subhanallah. Akhirnye jumpe hotel dan beristirehat dibilik agar fresh untuk hari esok.

Hari ke 2 bermula dengan sarapan di hotel jam 830 pg. maka around jam 9 pg aku bergerak ke area blue mosque. Free je tour in blue mosque. As org islam takkan kits hanya melawat shj. Teringinlah kita untuk solat didalamnya kan. Tapi waktu masih pagi maka eloklah terus melawat ke tempat lain. Jd pergilah terus ke Aya sophia museum dgn Bayaran masuk 25 Turkish lira. Sejarahnye pernah menjadi masjid dan church. Bila masa attar tuk semuanye di jadi kan museum. Name pun masuk museum kan so banyak lah masa diambil tapi tidak terlalu lama. By lunch at 12 dah habis tour. Kembali ke blue mosque untuk solat. Then Pergi grab lunch di baran2 restaurant. Insyallah halal. Makan dalam 13 lira Tanpa air.

Hari petang diteruskan ke archelogical museum. Oh seriusly spend masa agak lama dr jam 200 ptg hingga 5 ptg. Terlalu banyak dan besar sejarah istanbul dr Rome empayer ke ottoman empayer. Visit ini Sangat berbaloi2. Bayaran dalam 10 lira. Source www.muzekart.com. Hari yg Sangat memenatkan tp ilmiah. Hari pun Sudah gelap maka berjalan malam hingga ke area grand bazaar and beyazid area serta ke istanbul university. Perut pun dah lapar jadi hadaplah fish kebab wat pertama Kali hanya 3.5 lira shj.

First day memang Sangat letih. Jadi jam 7 ptg aku Sudah ke bilik hotel dan menonton Adam hawa beberapa ep. Tido untuk more fresh day esok.



5 days in istanbul aku datang

Hi all, trip ke istanbul boleh kata last minit plan and payment. So aku terpaksalah spend banyak skit untuk ke sana. If plan awal skit dptlah jimat banyak. Nak buat macam mana, cuti punyer lama kene lah belanja jugak diri sendiri. Ok nak mula cerita, aku Pergi on 22-26 dec menggunakan Turkish airline. Sangat best sbb Ada luggage 23 kg and halal menu on board seperti kebab with rice. Yg pasti source dr sky scanner.com tau. Duration flight hanye 2j55m from milan malpensa airport. So far fav airline Europe aku suke British airways and Turkish airlines best and of course emirates. Oh aku beli ticket melalui tripsta it. Trusted website jangan bimbang.

Aku stay kat mono suites dengan price 29.75 euro per night. Stay 4 malam. Inclusive wireless in the room and good breakfast. So recommended for yang budget tapi nk kan keselesaan. Hotel ini terletak 200 m dr blue mosque or hippodrome area. Kalau nak lg murah Ada tapi kene cari jauh skit melalui booking.com

Preparation kesane adalah membaca trip advisor, apps trip advisor guide and map serta buku travel intelligence turkey from Fodor price 29.90 euro. Bagus jika tiada masa nk view Internet 24 jam. Yg penting paham kan transportation mode, check cara nk Pakai ticket, kad or coins untuk pengangkutan. Then bila sampai hotel collect map free and study malam hari mn nk Pergi for first day full swing free and easy trip. Always take breakfast kat hotel and save for lunch and dinner.
Estimate 50 per day for Ikut currency negara tersebut agar dapat enjoy sepatutnya dan tidak kesuntukan wang seperti aku. Haha. Kalo makan tu biar below 10 je and standbylah air mineral all the time.

Pasal keselamatan, bwk wang secukupnya bila jalan keluar setiap hari supaya x belanja sakan. Make sure no no wallet and no no no hand bags. Istanbul cam save skit compare to Rome tapi malang tidak berbau jadi berjaga-jagalah ok.

Tempat nk lawat. Pilihlah yg mana wajib Pergi and nak pergi. Ada yg berbayar Ada yg free, ini ikutlah kemampuan, keinginan dan tujuan masing2k. Ada masa Ada wang pergilah masuk semua tempat. Susah skit nk advise yang ini. At least satu hari Ada free and easy and satu lagi masuk kan normal attractive package. Tapi apa pun preference masing2. I malam memang tak keluar lah, sbb malam tetap bahaya dimana2 lebih2 lg berseorangan k.

Itulah sedikit sebanyak tips or cara nk melawat negara orang yg biasa aku buat.

Yang penting satu lg adalah bersifat tegas dan Jgn Mudah percaya org. Jgn sesekali bg org pegang, sentuh or drag kt ketempat lain spt ke dalam kedai mereka or restaurant mereka. Rule ini memang applicable to semua tempat. Insyallah selamat.

Ok Akan ku update berkaitan hari-hari ku di istanbul ok.



Apakah cara untuk membahagiakan orang tua kita?

Alhamdulillah dah 2x tahun aku hidup didunia ini berusaha belajar, mencari rezeki, bersuka ria disana sini dan berbakti kepada kedua orang tua ku.
Aku bersyukur kerana aku sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan kerana berkat dan doa ibubapa ku. Aku sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk merela. Apa lagi yang boleh kita berikan sebagai anak ye?

Jika dipikirkan mama sangat gembira kalau aku dapat memberikannya wang. Dia pulak akan sangat gembira jikalau anaknya mendapat keputusan cemerlang dalam belajar. Kalau dapat kerja yang bagus disyarikat yang terkemuka pun sangatlah bangga dia. Aku pergi jalan2 luar negara siap panjat gunung tinggi2 pun bangganye bukan main. Tapi aku je yang happy sorang2 kan. Jadi aku patut berniat dan berusaha pulak untuk membawa kedua ibubapa ku berjalan2 kan. Membawa keduanye menunaikan umrah dan haji juga adalah matlamat utama. Dah 4 tahun aku berusaha untuk mengumpul dana untuk mereka. Harap dalam 2 tahun ini resolusi haji untuk mereka akan tercapai. Melihat anak berkahwin hidup bahagia juga adalah impian semua ibubapa didunia. Ya allah perkara ini KAU permudahkanlah urusan hambaMU ini. Mendapat cucu apa nah lagi bangga tak hengatlah kan.

Apa lagi ye yang boleh kita lakukan?

Sentiasa mendoakan mereka siang dan malam wajiblah suatu kemestian. Aku nak masukkan at least 2 matlamat untuk azam 2013 akan dtg ini berkaitan kedua ibubapa aku. Tahun sebelum ini always about myself. 2013 akan menjadi satu tahun yang membuka lembaran baru dalam hidup aku. Ada beberapa hari lagi untuk kupikirkan apakah resolusi tersebut?

Ps - sudah confirm ticket ke london on january yeah londra trip

Oh diet OMG

Perempuan ini tak habis-habis pasal diet sejak 2-3 tahun ini kan. Jujurlah aku x pernah jaga pemakanan aku sebelum tahun 2009. Jadi aku tak pernah perasan tabiat pemakanan aku tidak sesuai untuk diri ini. Akhirnya aku beroleh banyak kg dalam beberapa tahun. Bila akhir 2009 aku tersentak Akan diri sendiri ekoran kejadian menimbang berat disebuah salon. Sejak iTu aku start aktif dalam activity diet makan dan exercise. Ingat tak bootcamp, marathon, gunung, training, gym at klcc tower, gym at celebrity fitness, aerobic at lynda qudree, jog at bukit wangsa maju and zumba in the house. arghh hecticnye. berat ideal & stamina bole tahan. now weks. Aku hanye perlu kurangkan 8-10 kg sahaja untuk diri ini tetapi ya Allah bergelumang dengan masa dan godaan aku nk berusaha.

Program dah start 12/12/2012 hari tu. ok je progress tp tetiba aku Pergi holiday kantoi beberapa hari dan Akan kembali semula esok. Doa kan aku dpt bertahan sehingga 1 April 2012. Tarikh ini saje je letak. Lepas 2 minggu berat dah tak turun maknanyer aku perlu tukar corak makan. So shopping time tomorrow.

I need motivate myself. Jom sihatkan diri (petikan kekata herbalife kawanku)

Ps - plan trip to londra jom this january

Ketika di Malaysia..Asik sakit

24 nov hari iTu aku pulang ke tanah air. Tujuan aku pulang adalah untuk dapatkan work permit kemudian langsungkan majlis ikat ( Amik kesempatan ). Seperti biasa segala urusan mama yg uruskan Dari segi Baju, bilik, decoration, makan dan jemputan. Aku hanye bagi wang dan komen jer apa yg boleh. Nk jd cerita masih Ada byk brg perlu dibeli di Nilai3. Aku ikutkan aje nk Pergi shopping di nilai. Bergerak pagi memang lapar jd kami singgah sebentar di hentian sebelah nilai. Aku Sangap Nasik lemak semestinya nasi lemak Ayam menjadi dambaan. Di tambah minuman fevret Teh ais. Mama & Adik mengambil menu yg same. Abah ambil mee Kari dan Paksu mengambil nasi Putih berlauk dgn lauk extra telur mr lat.

Setelah makan, kami terus ke nilai shopping. Abah & Paksu hanya Tunggu di tepian sambil makan pisang goreng dan air bandung paip. Aku dapat juga menghirup seteguk dua sahaja air Bandung paip tersebut. Habis shopping kami pun pulang ke hotel aku di Kuala Lumpur. Kami singgah sekejup di Opis paksu untuk mengambil document jam 3 ptg. Perut dah rasa lapar tapi aku tak boleh nk masuk makanan pepejal. Kami hanye mengambil air tembikai laici untuk alas perut. No lunch hari tu. Aku berniat untuk menghantar pulang keluarga aku jam 730 ptg. Tatkala menghantar mereka perut aku memberi signal meragam melampau yg tak boleh Tunggu punyer. Aku pun berpisah terus Dari keluarga dan berlari pulang ke bilik nk guna tandas. Detik iTu bermulalah 10 minutes toilet aku sehingga jam 3 pagi. Aku telah menjadi lunyai dan Tanpa disedari aku telah tertidur sehingga subuh. Deringan Telefon dr mama telah membuat aku terjaga. Aku berniat untuk ke Klinik jam 8, jd aku baring sebentar kerana masih lagi penat. Ya Allah aku terjaga semula tapi jam 3 ptg. Aku gahkan diri juga untuk minum 3 liter air petang iTu. Tapi aku masih tidak mampu ke Klinik kerana pd jam 6 ptg aku masih lagi Kena 10 minutes toilet. Cuma otak aku lebih baik pd hr tersebut setelah minum banyak air.

Jd melepeklah aku selama 2 hari ekoran Dari keracunan makanan yang aku hanye mampu menuduh hentian sebelah atau mak cik air paip atau aku yg sendiri kurang Nasib baik or perut dah Italian. Hehe.

Ini minggu pertama aku di Kuala Lumpur. Minggu ke dua aku di kg halaman. Hari yg sama hari rabu. Malam tu sendiri aku dah x sedapnyer perut sebab aku tak dapat tidor dengan selesa. Bolak balik aku Diatas tilam sehingga subuh. Bila subuh aku ke tandas cirit birit tp x lah 10 minutes. Cuma aku jd x larat and rasa cam panas nk demam. Aku jd bimbang, byk keje nk buat majlis lg 2 hari aku pulak tak sihat. Mengadu dengan abah, jd Abah cube Dptkan ubat untuk aku. Aku terus telan Gaviscon dan pil chi kit teck un. Telan je terus mulut aku masin penuh dengan air liur. Tak tahan rasa tu aku berlari ke bilik air. 2-3 round aku bedal muntah. Erks lega rasa perut aku terus.
Hilanglah rasa mual dan tak sedap tu. segala rupe durian. Petai menterjermah ketidakhadamanye dlm perut aku. Pahamlah aku mkn macam 2 kot. Maka melepeklah aku satu hari lagi untuk berehat. Esok baru kerja kuat.

Moralnya, kene jaga kesihatan bila balik malaysia. Perubahan Cuaca, corak makan dan persekitaran memang memberi kesan walhal aku rasa aku cukup kuat kerana aku budak kg.

P/s jaga lah kesihatan.. Aku baru 5 hari diet. Ada 115 hari to go. Cayok2


Kembali ke Milan

Akhirnya, aku kembali ke Milan. Menaiki emirates KL-Dubai-Milan dan memulakan tugas seperti biasa. Cuaca di sini lebih sejuk Dari 2 minggu yang lalu, Dari avg 1-2 degree menjadi -2-4 degree. Kaki Tangan cepat menjadi Beku jika tidak Bergerak melakukan regangan2 ringan. Makanan memang aku rindukan pasta dan capuchino. Sedang Cuba melaksanakan resolution diet sekali lagi untuk 4 bulan. Keadaan suhu sejuk ini memang membunuhku dengan menggalakkan aku makan2 lebih banyak. Banyak perkara dan perancangan bermain difikiran. Namun segala jawapan perlu dicari dengan masa. Rasa sempit dan terhimpit dengan waktu. Tapi aku gah kan jua diri Kerana aku seorang survivor kan. Sempatkah aku, mampukah aku? Tapi tuhan yang tentukan jalan ini, tetap aku yang menjayakannya atau tidak atas izinNya.

P/s entry kembali ke Milan menjadi puitis pulak (sedang berkira2 Mahu jalan kemana)

081212 one step

Alhamdulillah, lega rasanya. Majlis dah selamat dijalankan. Haku relax Ajer, Walau Ada 1-2 Dugaan kecik yang menduga tetapi segalanya tetap berjalan dengan lancar. Ape pun dah  berlaku hehe tak boleh nak ubah2. Yg ku kenang pasti keadaan ku yg gegil2 iTu. Terserlah muka panic ku iTu. 

P/s semoga dipermudahkan segalanya. Amin. Tq to sha, anis, ikan, Fizan, Mek dan Yi yang setia menemani aku. 

Selesai suatu masalah


Alhamdulillah, akhirnya selesai juga satu masalah yang ntah apa-apa berlaku antara aku dan kawan baik aku.
Rupanya sengaja jer, jadi sabar jerlah. Tuhan sahaja yang tahu perasaan itu. Aku dan cikSha terjah je rumahnya yang blackout tu dan bergosip2 sepanjang mana yang mampu.

Dah hati lega tanpa masalah, Maka bolehlah meneruskan persiapan urusan majlis ku yang serba sederhana dan istimewa itu dengan keadaan tenang. Insyallah semoga segalanya dipermudahkan dan diberkati hendakNya.



P/s dah berbaik dengan Mak Hana tetapi masih belum add friend in Muka Buku. Mek baik kau segera add aku. Hah siapa suruh remove friends. Love you.

3 hari lagi untuk pulang ke tanah air

Counting days lagi, banyak rasanya counting days untuk year 2012 untuk aku rasanya Insyallah. Kali ini ada 3 hari lagi untuk aku pulang ke kg halaman setelah hampir 3 bulan berada di rantau orang. Sebenarnya ada beberapa kepayahan untuk pulang seperti tarikh beberapa kali ditukar, kerja yang datang menyerang bertimpa-timpa dan tiba-tiba jadual dipenuhi dengan meeting dan segala review bagai. Aku jadi serba salah pula untuk pulang tapi limit aku untuk berada di benua eropah sudah hampir tamat.

Aku kene pulang untuk menghantar work permit yang dipanggil Nuola Star ke Kedutaan Itali di Malaysia. Permohonan ini untuk mendapatkan multiple visa Italy agar aku boleh kembali ke Italy dan meneruskan lagi saki baki projek di sana sehingga tempoh masa yang ditentukan kelak.

Dan aku akan bercuti seminggu untuk preparation salah satu hari penting dalam hidup. Semoga segalanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Insyallah.

Gadis moto

Sangat best rupanya melawat moto show. Beribu jenis motor cantik dapat dilihat dan dinaiki untuk diambil gambar. Ada yamaha, suzuki, honda, agusta,ducati, harley, triumph,ktm dan bmw yang sangat superb sekali.

Tapi gurl x reti nk appreciate sgt sebab memang xde interest langsung nal beli moto. Nak naik pun penakut apatah lagi membawanya.

Jadi layan gambar aku as gadis moto.

Ps- mahu pulang beberapa hari lagi

santek rasanya from my eyes


Speechless

Aku TERKESIMA hoho

Own a FERRARI



Own a ferrari, dah jadi orang milan kenelah pakai kereta keluaran Italy. Haha, Faktanya orang Milan pun tak pakai ferrari kot. Sebenarnya aku melawat Museum Ferrari di Maranello, Modena, Italy. Kilang, exhibition, workshop, coffeshop ferrari semualah di situ. Harga ticket dalam 13 euro. Ada factory visit jam 1230 and 130 tapi aku terlepas sebab sampai lewat 15 min. (seperate ticket tu). Jadi berkesempatan untuk melawat museum sahaja. Ehm tapi barang2 ferrari agak murah sebenarnya disana.

Jadi pada yang berkesempatan bolehlah melawat museum ini ok. Tak dapat OWN dapat tengok pun jadilah. Barulah boleh appreciate the Ferrari. Thank you EnZo (owner ferrari) sebab mencipta exlusive car hanya untuk tatapan orang awam seperti aku. Haha

P/s - sudah expire 90 days rupanya tak boleh masuk Schengen Country (abislah plan aku nak ke SPAIN, GERMAN, GREECE, AUSTRIA and HUNGARY

Entry sedih

Aku sedih sangat sebab tahu aku kene removed friend dalam fb kawan baik aku. Macamana kantoi adalah aku cari fb kawan aku setelah mesej aku hantar via phone tidak berbalas. Jadi aku pikir nak cek wall dia sama ada dia tengah sedih or not in the mode. Plus boleh wish tahun baru to my girlfriend. Malangnya aku kene add dia semula.

Ujian betul, tak mahu sentap2 lagi tapi aku sangat terasa kot. Dia dahlah x respon kepada segala mesej yang aku tinggalkan. Aku anggap biasa shjlah sbb memang selalunya kami begitu. Tapi kami kawan baik sejak dari dulu lagi. Bila aku tanye kwn aku satu lagi pun dia x respon kedia. Jadi aku assume biasalah. Rupanya dah removed aku from fb.

Then aku drop mesej kat husband kawan aku tolong tanyekan kabar wife dia and if ada masa sudilah reply aku.

Sedih terkilan kalau kehilangan seorang kawan yg dah berpuluh tahun kita kawani dengan tiada alasan diberikan.

Aku masih menunggu dengan harapan ada penjelasan. As long u reply.
Sob2 nape x nak kawan dengan haku lagi. Sedihnya. Aku kawan dah lah x ramai. Kawan baik pun ada 2-3 kerat sahaja.

Ya allah semoga dibukakan hatinya untuk menghubungi aku. Amin.

Lelaki Merajuk

Topik yang jarang dihadapi jadi apabila mendengar orang bercerita mengenainya kita lupakan sahaja. Bila sendiri mengalaminya barulah terasa susah jugak yea topik ini. Jadi buatlah sedikit research owner terhadap topik ini untuk mencari ilham apakah cara terbaik untuk menanganinya.

Oh rupanya caranya adalah tidak menangininya sangat. Bukan terhegeh-hegeh untuk memujuk orang itu. Oh begitu rupanya. Jadi let it be (biarkan cool maksudnya) bagi masa bersendirian untuk elakkan serabut dan masa pikir sedalam-dalamnya. Dengan syarat tidak terlalu lama and set the time limit.

Haha kelakar tetapi penting jangan diambil remeh. Sebenarnya sedih juga bila orang tu merajukkan. Terasa hati. Sebagaimana kita perempuan merajuk begitu juga dengan lelaki. Cuma perempuan kekerapan dia tinggi banyak sikitlah. Jadi berpada-padalah, kurangkan merajuk, tingkatkan komunikasi and prestasi. Aik betulkan macam melodi pulak rasanya. Maksudnya tingkatkan tolak ansur.

Lupa pulak buku yang Man from Mars and Woman from Venus tu memang best. Kepada yang kurang pengetahuan macam aku ini membaca buku tersebut sedikit sebanyak membantu komunikasi dan mengajar kita memahami serta cara bertolak ansur. Jadi disarankan bacalah buku tersebut jika korang asyik salah paham jer dengan partner korang pastu tuduh asyik tak paham korangkan. Pastu bila aku search the net memang banyak ayat telah ditarik keluar dari buku tersebut dan digunakan serata alam. Cuma translate je lain-lain bahasa. Selamat membaca.

P/s - rasanya blog ini macam dah nak berubah imej ke my feminin side sikit..uish malu..

Nice Trip at Nice, France & Monacco

Berlatarbelakangkan NICE City
Akhirnya dapat juga kesempatan untuk membuat entry ke NICE, France dan Monacco (bukan Monoco).
Tapi akibat terlalu lama entry ini terperap maka owner telah lupa kebanyakan nama tempat yang dilawati. Masa lawatan ini tak terniat lagi nak disiplin buat study dan catatan untuk paparan bloggers. Yang pasti journey dimulakan dengan meluncur laju diatas highway tiba-tiba rasa sangat bosan dan merugikan kerana tidak dapat melihat pemandangan coastal road  iaitu laut mediterrenean. Jadi terus tukar GPS offroad dan masuk menggunakan jalan dalam menuju ke Monacco dan Nice.

Subhanallah memang cantik pemandangan sepanjang berada dilaluan laut mediterranean ini. Tidak sia-sia menghabiskan masa 5 jam hanya untuk menikmati pemandangan indah tersebut. Merentasi berpuluh pekan kecil dan dapat menilai struktur serta astetik bangunan lama dan baru yang terdapat di bumi Italy, France & Mocacco ini. Sayang nama pekan tidak dapat disenaraikan disini tapi kawan-kawan boleh tanye Mr Google sahaja.

Menginap satu malam di Hotel XXX (lupa nama) dengan harga 28 euro semalam. Murah kan sebab share dua orang hehe. Malam tersebut hanya berjalan kaki di town yang telah tutup awal semuanya dan makan pizza sambil menikmati desir angin sejuk di malam hari. Tapi badan kepenatan, setelah makan 2 keping pizza sahaja, kami tour dulu satu Nice untuk recce papan2 tanda penting untuk dilawati pada esok hari. Habis pusing terus pulang untuk tidur.

Esoknya, kami bergerak ke Nice dan mencari parking dengan harga 2 euro per hour. Langkah dimulakan dengan melawat cemetery parajurit Nice, kemudian ke Parco (taman) artificial yang dibina agak tinggi yang boleh melihat keseluruhan Nice city. Air terjun artificial yang femes di Nice adalah diatas taman ini. Cemetery jugak banyak terdapat di taman ini. Taman yang agak besar dan sesuai untuk beriadah bersama anak-anak. Kemudian, kami turun dan pergi ke pasar tempat favourite untuk melihat cara hidup orang tempatan dan food yang menarik serta sedap2 itu. Nama pasar tak ingat. Seterusnya ke water fountain gambar bogel huhu. 18sx betul dan aku tetap lupa nama haha.

Pasal di Monacco lupa pulak, sebenarnya singgah sekejap sahaja di Monacco hanya untuk berjimba2 gambar. Monacco adalah sebuah negara kedua terkecil di dunia. Jadi kecik sbb tengok je dah tahu mana hujung-hujungnya. Jadi itulah entry nice trip to nice.

p/s - nak rajin buat study pasal trip dan buat catatan barulah entry ilmiah, maaf atas kelemahan entry ini.

3 days 2 nights ROMA Trip

Alhamdulillah ada juga cuti 2 hari di bumi italy ini. Cuti soul day dimana warga italy akan menziarah kubur sanak saudara mereka dan hadiahkan jambangan munge2. Dikesempatan cuti ini aku mengambil peluang untuk bercuti ke Rome. Agak south dari milan dan terletak lebih kurang 600km dari pusat bandar milan.

Aku pergi menaiki train laju digelar italo dengan harga 110 euro return trip. Ticket mudah je didapati boleh beli secara online. Platform menunggu adalah di stesen rogoredo. Ini adalah train baru maka segalanya cantik dan bersih serta laju. Perjalanan hanya mengambil masa 2 jam setengah dr milan.

Aku tiba jam 530 petang di stesen tiburtina. Dari sini nak ke termini station metro adalah sangat mudah. Hanya 4 stesen dari sini dan terus sampai ke area penginapan iaitu via marsala. Agak mengagumkan kerana banyak restaurant halal dan mudah didapati daripada di milan. Jadi pekena nasi curry kambing dulu sebelum check in kedalam hotel.

Kemudian aku terus ke hotel bernama hotel marsala jugak, berapa bintang tak perasan tapi ini paling murah aku dapat jumpa untuk private bathroom. Harga adalah euro 98 for 2 nights. Bilik tak santek tapi ada tv yang boleh cakap english dan bilik air tak bercampur dengan manusia tidak bermoral adalah cukup bersyukur. Plus goodnya receptionist bagus and ada reasonable breakfast. Ada coffee, bread, cereal, milk, hot water and juice. So sangat ok untuk yang nak budget ok. Tapi if you datang honeymoon jangan pergi sini ok. Ini suitable for solo traveller yang tak kisah just nak tido and takde orang ganggu.dah malam sempat layan 2 movi sebelum tido.

Esok tepat jam 8 pagi terus memulakan journey meneroka alam rome. Ya allah banyaknya historical tempat nak pergi. Jadi guys perkara pertama you all kene buat adalah dapatkan map. Belanja sikit jika nak map santek kalo tak dapatkan free dari hotel or mana2 tourist information.

Hasil tangkapan pada hari itu adalah melawat free ke san pietro in vincoli, domus aurea, parco traiano. Seterusnya ke colosseo teragung dengan harga euro 12 dimana boleh masuk sekali palatino garden and roman forum. Sebelum tu sempat menjejak di arco di consantino and arco di tito. Peningkan baca nama2 taman ini tetapi demi nak pastikan korang tau mana nak pergi dan boleh pergi sila baca betul2.

Kemudian berjalan kaki ke arah piazza campidoglio, monumento vittoria emanule, foro traiano, piazza venezia, fontaNa di trevi tempat nak baling coin sini and pass by quirinale building. Bila dah lalu terlalu banyak historical building dah tak reti nak appreciate the value. Haha. Dont be like me.

Hari pun dan dekat jam 3 ptg maka beransur pulang ke arah hotel di termini station area tapi lalu dulu piazza della republica, teatro del opera dan santa maria maggiore. Fuh penat, balik awal sebab nak menunaikan solat jamak zohor dan asar serta nak lunch sebab dah lapar. Jam 430 petang keluar semula ke spanish stairs dan mencari hard rock cafe rome. Masalahnya terlalu ramai crowded semak dan serabut nak hinggap disana. Jam 7 petang terus pulang semula ke termini dan mencari kedai uncle murah untuk membeli beberapa fridge magnet termurah pernah jumpa kat bumi italy ni. Harga 1 euro. Selepas borong pekena capuchino dahulu dan pulang ke bilik untuk tido. 2nd day yang sangat meletihkan.

For 3rd day, checkout dulu and kene bergerak awal ke vatican city kerana kena beratur panjang untuk border check masuk basilica san pietro dan sangat222 panjang for vatican museum. Adalah disyaratkan mendapatkan ticket sebanyak 15 euro secara online kerana lebih murah tapi still kene que seminimum 2-3 jam k. Jadi bersabarlah. Berhati-hati juga dengan ticket tours yang berpeleseran di luar museum yang mengenakan cas sebanyak 40-45 euro dgn tawaran skip the 3 hours line. Oh memang menarikkan pada mereka yang tak de plan and tidak bersabar. Jd org budget seperti aku adalah tidak de plan tidak ada sabar tapi waras takkan kot nak bayar 40 euro semata nak masuk museum. Oh aku x appreciate museum sangat, ceh ayat nak sedapkan hati. So keluar dari barisan dan terus menuju ke local market, castle sant angelo, piazza cavour, bridge or ponte sant angelo melalui river fiume tevere dan seterusnya ke piazza navona. Piazza navona mempunyai banyak artisan lukisan berlambak2, pada yang suka painting bolehlah dapatkan painting dengan semurahnya 10 euro. Berdekatan dengan navona ada pantheon yang femes dan seterusnya bagi mengakhiri tgh ini pergilah ke campon de fiori untuk merasai bagaimana rasanya pasar org rome ini kan. Lupa pulak di rome kita ada chicken hut yang halal insyallah boleh makan ayam disana.

Penatkan, tulis semula pun rasa penat apatah lagi mereka yang menapak ini. Pulang semula ke arah terimini walaupun sekangkang kera tetap nak menaiki bus, ticket bus unlimited for one day jadi gunakanlah sebaik mungkin, harga ticket 1 hari adalah 6 euro.

Pulang ke milan tepat jam 647 ptg. Akhirnya sampai rumah jam 10 malam. Penat tetapi trip yang berbaloi kerana telah berjaya menjejakkan kaki ke bumi rome.

P/s harap dapat peluang ke london and paris yahoo masih berusaha plan

ROMA City Map yang aku guna pakai
Aku depan Basilican San Pietro di Vatican City

27 October our 1st big step

Aku perlu menulis sesuatu kerana khuatir akan lupa apa yang kurasakan istimewanya hari penting ini dalam hidup aku. Well manusia mudah lupa apalagi aku yang hina dan lemah ini.

Im happy, kira cam mark special day lah semalam. Haha aku sangatlah x romantikkan. Nasib lah badan. Persiapan tak tahu langsung, hanya mama uruskan semua untuk menyambut orang jauh. Nak kira jarak aku jauh lagi diperantauan haha. Aku bg wang sahaja. Tak pening langsung.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun sedikit bengang sebab org kat milan ni takde siapa yang update apa2. Ok fine. Merajuk seketika dengan semua orang.

Lets begin our journey and another 4 weeks for another big day. Yg penting and best kali ini aku pulang ke tanah air. Im so miss malaysia.

Ps- sorry memang tiada gambar sebagai paparan. Almaklumlah semua penyegan ayam. Kalo ada aku dah camwhore dah hehe.


Short trip to Lake Maggiore

I told you if aku berjanji-janji secara syok sendiri ni memang tidak boleh dipercayai. Kalau berjanji dengan orang barulah aku tepati. Akhirnya aku pergi jugak short trip ke Lake Maggiore bersama Mr Ft, Mr Fz, Mr Rz. Kali ini aku join trip ahli kumpulan yang lebih baik. Aku ada peta yang boleh dirujuk seperti dibawah:-



Disana aku pergi di area Stresa kerana kawasan tumpuan pelancong iaitu Varese ditutup jalannya kerana ada event larian dan berbasikal dikawasan laluan jalan tersebut. Maka kami mengambil keputusan pergi ke kawasan Stresa. Kami berhenti di kawasan yang dinamakan Lido. Macam pantai lido pula. Disini kita boleh menaiki bot ke tiga isolated pulau yang. Tapi kami boleh pergi ke 2 pulau sahaja kerana pulau yang ke3 (Isola Madre) ditutup kerana khas pada masa musim bunga sahaja, sbb sana banyak bunga. Mesti cantikkan. Jadi dengan 10 euro kita dapat return ticket untuk ke Isola Bella dan Isola Pescatori.

Isola Pescatori adalah 'Fisherman Village'. Tak sampai 15 min pulau tersebut telah habis dipusing. Banyak masa terbuang hanya dengan mencari cenderamata dan melihat menu yang menjual spagetti. Kami berhenti di sebuah restauran dan menikmati Spagetti marinara yang di add on dengan Frutti di Mare (seafood) berharga 11 euro. Baham secawan capucchino berharga 3 euro. Terasa sungguh indah dan nikmat menjadi italiano kerana kopinya yang sedap.

Setelah itu, kami mendapatkan bot untuk ke Isola Bella. Disini terdapatnya Palace dan Garden yang boleh dilawati dengan harga 13 euro. Namun kami tak masuk kerana kurang berminat dan mahalnya hehe save budget. Isola Bella lebih sekejap di pusing kerana seluruh kawasannya adalah kepunyaan Palace & Garden yang tidak dapat dimasuki tadi.

Bila dah selesai, kami pula teringin melihat pemandangan lake maggiore dari pandangan atas. Jadi kami telah menaiki kabel car menuju ke Montore & Alpino. Disana ada theme park yang dinamakan Alpyland. Kabel car boleh dinaiki dengan harga 17.50 euro. Mahal kan semuanya, tapi nak buat macam mana this is europe country.

Hanya berjalan-jalan dan ambil gambar kemudian kami terus turun dan terus pulang ke home sweet home.

Digital scale idaman


Puii..kepada diri sendiri kerana melanggar peraturan tidak mahu bershopping. Nak salahkan opismate lah Mr F sebab tipu kata nak pergi kedai dekat je dibawaknya sampai Factory outlet Serravalle lagi. Menciks tapi suka haha nak buat macam mana kan alahai perempuan.

Aku pun jalan2 dengan niat hanya survey tapi memandangkan harga murah dan tidak dapat lagi dimana-mana maka aku pun sambar juga scale digital yang ku idamkan sejak dari dulu. Kalau di malaysia mahu seratus lebih ringgit. Kat sini 15 euro sahaja haha..Amiklah mak ko

Balik dengan excited timbang berat, hope tidak melepasi siling berat wajib diet aku haha,, yahoo berat berkurangan rupanya semenjak sebulan lebih aku disini. fuhh terus lega..menghampiri berat ideal (konon) bukan berat idaman yea. Lepas dah lega buat apa masak nasi & makan sbb dah tak rasa bersalah. hehe
Mungkin berkesan sikit2 teknik yang aku gunapakai untuk elakkan kenaikan berat sepanjang berada disini.

Antara teknik yang diguna pakai pergi balik kerja jalan kaki, naik tangga sebanyak 4 tingkat setiap hari, naik sahaja, turun jangan kira (rugi & tipu). Tapi set makan masih susah nak kurangkan haha sebab sini sangat sejuk woo maka sangat lapar woo, berharapkan winter dapat meningkatkan metabolisma sbb nak menahan sejuk, hehe bolehkah? tgh study keadaan ini

oklah kene kerja sekejap sbb banyak dokumen pending, aku mahu good performance ni insyallah amin. doakan yer kwn2 syg ku.

No trip for Oktober


Sedih rasanya tidak dapat buat mana-mana trip untuk bulan Oktober ini, ini berlaku kerana saya tidak dapat wang gaji saya lagi dari bulan lepas, nampaknya saya akan dpt double paid pada bulan hadapan, yahoo. Mungkin ada hikmahnya sebenarnya. Positif sangatlah aku ini kan. Orang tak de duit pun boleh nak relax2 lagi. Aku ini sebenarnya sangatlah kene berjimat-cermat, mahu buat majlis kenduri disember ini kene sumbangkan duit kerana aku seorang je anak yang dah bekerja sulung pula tu. Manalah mak bapak tak memandang dan mengharap tinggi pada aku yang sorang ini.

Hehe, tak mengapa itu tanggungjawab aku kan sebagai seorang anak yang solehah, cewahh.puii. insyallah nak jadi anak solehah. amin.

Sedihnya tak dapat join trip pergi ke Dolomite minggu ini, kawasan pergunungan cun di sekitar kaki Alps. Memang cun habis, tp aku kene behave kerana tidak mahu berhutang dan keadaan kewangan tidak membenarkan aku untuk beronggeng. Aku juga dah terima beberapa amaran dari rakan-rakan supaya kurangkan bershopping dan menabunglah.

Baiklah semua akan ku dengar nasihat kalian, tapi saya sudah melebur duit saya untuk ticket train dan accomodation for trip to Rome this coming November 1 - 3 hb haha..

After this my plan adalah London - Paris, harap dapat laksanakan sebab sekarang cuaca terlalu sejuk, tp untuk pergi melawat big cities rasanya tidak ada masalah sangatkan asal ada baju sejuk. Dah jumpe kawan yang boleh bawa saya bersuka cita di London. Harap dapat laksanakan trip ini sebelum blah dari Italy. yahoo..ada yang nak ikut roger saja saya k. jom.

P/s - alah ticket london belum beli lagi kene cepat2 nie...

Plan for happiness


Aku telah berada didalam mood yang gembira maka sekarang tibalah masa untuk merancang kebahagian sendiri. Bukan bererti aku tidak bahagia selama ini disamping keluarga dan rakan tercinta. Alahai well you guys know what. Jarang aku open up tentang perasaan aku kerana tahulah aku seorang yang logik dan praktikal. Apabila melibatkan hati pun aku tetap akan sama. hehe. Nasib badanlah siapa yang bertuah dapat tuan punya badan ini yea. Pendek kata masih lagi nak rasa ego ni. Aduhaii pun. Tapi tetap kalah juge mak ni.

Huhu perasaan sekarang happy sangat. Kesian pada diri sendiri kerana tidak berpeluang untuk merancang dan memilih secara dekat dan sendiri kerana kengkangan jarak yakni aku berada di luar lingkup Malaysia. Nasib baik ada mama tersayang, dialah uruskan segalanya. dahulukan juga kewangan dia yang sedikit tu demi anak dara dia yang sulung lagi comot nie. I love you so much mama. I know you excited gilerkan. I kasi jer you buat apa you nak buat ok. Jangan risau yer, beberapa hari lagi allowance akak akan masuk maka akan disalurkan beberapa fulus yang mampu. To Mr MLM pun i let you do anything u want as long you happy k.

P/s Masih lagi nak berahsia walaupun orang dah boleh agak tahu...

Allah the best listener



Aku tersedar setelah membuat entry diganggu isteri kerana kelihatan aku juga bertindak beremosi. Aku manusia biasa yang kadang-kadang perlu lepaskan rasa amarah pada mereka yang menfitnah dan menuduh secara melulu. Aku terlihat perkataan Allah the best listener pada wall rakan fb aku dan aku sepatutnya membuang rasa gelisah dan bimbang aku ini kepadaNya. Memohon ketenteraman dan kebahagian dariNya agar terpelihara dan selamat dari segala sifat keji dan tohmahan manusia. Alhamdulillah rasa lebih lega dan bahagia. Kini aku mampu tersenyum dan bekerja dengan tekun pada hari Isnin yang blues dengan bolayan segala peristiwa yang berlaku pada minggu lalu.

P/s  Semoga diberkati segala hendakNya. Amin

Trip to Lake Garda & Serravalle again


Lake Garda

Untuk minggu ini aku berniat untuk beristirehat sahaja di rumah tetapi disebabkan telah berjanji untuk menemankan Mr F maka aku mengahkan diri untuk menjadi navigator (tukang set GPS) untuk meneruskan trip ke satu lake terbesar di kawasan Sirmione iaitu Lake Garda.

Wow, itu sahaja perkataan pertama yang dapat diungkapkan kerana Lake Garda sangatlah besar, saiz dan kapasiti airnya tidaklah seperti kebiasaan tasik buatan atau semulajadi yang pernah aku lihat di negara sendiri. Dan kelihatan kebanyakan Swan dan Itik berkepala hijau berkeliaran bersenangan di tepian tasik tersebut. Jarang dapat melihat swan dari jarak dekat, peluang yang ada tidak dilepaskan.

Agak terkilan pada mulanya kerana aku pernah melihat kawasan yang lebih cantik seperti venice and cinque terre. Jadi melihat kebesaran lake garda sahaja tidak mendatangkan teruja yang tinggi. Perjalanan diteruskan dengan niat untuk menyusuri keseluruhan perimeter Lake Garda. Ketaksuban terhadap lake garda bermula apabila perjalanan kami melepasi kawasan pergunungan merentasi pekan Salo. Disitu pemandangan tasik disajikan dengan latar belakang bukit bukau yang terang kelihatan. Kami menyusuri jalan raya berselang selikan terowong batu yang ada diukiur secara abstrak or secara bergeometri. Mata tetap disajikan dengan pelbagai sudut pemandangan lake garda & gunung. Gunung apa yang terlibat tidak pula dapat diketahui namanya.

Akhirnya kami sampai di Riviera La Garda, hentian terakhir sebelum fajar melabuhkan tirainya. Disini jelas kelihatan pertemuan diantara 2 bukit yang disusuri oleh lake garda. Kecantikannya memang superb. Tidak tergambar lagi perasaan aku bagaimana sukanya aku menikmati pemandangan yang cukup cantik ini. Apabila jiwa itu sudah nature, maka nature juga yang menjadi sumber kecantikan utama di kaca mata aku.
Mungkin idea untuk melihat lake di negara italy ini adalah satu idea yang boleh dipertimbangkan dari melihat bandar-bandar besar yang terkenal.

Perjalanan hidup nampaknya berjalan seperti yang dibayangkan dan semoga segala perjalanan aku di dunia ini adalah diberkati dan memberi pengajaran buat diri sendiri.

Lupa pulak, keesokan harinya kami ke Serravalle Designer Outlet lagi, aku berjanji pada diri aku tidak mahu bershopping tetapi nafsu terhadap barang branded murah tetap menang aku beli jugak wallet Guess, cotton admiral sweater and 2 helai shirt. Janji telah berubah kepada zero shopping kepada minimum 100 euro mesti shopping untuk diri sendiri. Haha Alahai perempuan kan.

P/s - Telah mendapat teman wanita untuk trip minggu depan dan akan datang. Boleh tak cakap i miss my Mr MLM hehe..

Cancel Rome to Cinque Terre


With Manarola background
Agak kesibukan kerja sehari-harian dengan pelan dan dokumen yang perlu disemak adakah mematuhi piawaian dan kehendak yang kita ingin hasilkan. Di hujung minggu juga sibuk merencanakan diri ke tempat orang menghayati, mempelajari dan mentaksubkan diri dengan kecantikan negara orang lain sementara berpeluang ini.


Pelan asal adalah untuk ke ROME tetapi apabila dipikirkan Rome adalah sebuah city besar seperti Duomo, Milan juga maka pergi ke suatu tempat yang tidak dapat dikunjungi pada waktu sejuk adalah lebih baik. Maka kami geng berempat sekali lagi menerjah ke beberapa town kecil yang dipanggil Cinque Terre. Boleh dikatakan limpahan kampung yang cantik yang terletak di tepi-tepi bukit menghadap laut mediterannean jika tidak silap saya. Mendengar kata orang barang kali. Dari kg pertama Riomaggiore ke Manarola ke Corniglia dan akhirnya ke Porto Venere (bukan sebahagian kg santek cinque terre). Agak kerugian kerana terlepas dua kg iaitu Vernazza & Moteresso. Insyallah jika di panjang rezeki akan dijejaki semula kawasan tersebut menggunakan laluan keretapi yang merentas ke lima-lima kg tersebut.


Melihatkan kecantikan kampung dan bandar negara orang lain amatlah jauh bezanya jika dibandingkan dengan negara kita, tidak ada satu bandar dinegara kita yang boleh dikatakan cantek menerusi padanan laut, bangunan yang berestetika tinggi & bewarna warni serta bercorakkan antik serta dipadankan dengan gunung ganang yang berbatu dan kebun bunga atau buah yang segar mekar. Mungkin ekoran dari kesan peperangan sejak dari zaman roman dahulu kala yang menyebabkan bangunan lama sedia ada ini tetap kukuh dipelihara sehingga ke hari ini.

Segala-gala yang kulihat dari hari pertama hingga kini kebanyakannya adalah santek. Aku sangat terkagum dengan kecantikan alam ada di benua eropah ini.

P/s - Next Lake Garda, Nice or Zurich




Serravalle - Genova - Venice

Baru minggu pertama di San Donato, aku telah berkesempatan untuk ke Serravalle Designer Outlet, Genova Coastal Road and Venice bersama Mr F, Mr Z and Mr Y. (Untung badan hehe)

Di serravalle aku kononya tidak mahu berbelanja kerana mahu jimat wang tetapi naluri wanita yang kuat tiada nafsu shopping pun akan tergoda untuk berbelanja disini. Malu tapi mahu aku akhirnya beberapa ratus euro jugak habis semata mendapatkan 2 helai jeans energie, kasut hiking timberland and winter cloth replay. Kalau diteruskan lagi tour mahu ada yang merembat prada. Nasib perjalanan diteruskan ke Genova jika tidak ada yang puasa sebulan kat Italy ni. Harga di sini memang lebih murah berbanding yang di Malaysia seperti contohnya kasut hiking yang saya ingin itu di negaraku berharga RM600 tapi disitu dapat diperoleh dalam RM160 sahaja. Itulah perbandingan yang boleh dibuat, mahu beli atau tidak boleh pikir sendiri. Aku tanpa berpikir terus rembat. The power of debit card hoho.
PRADA at Serravalle Designer Outlet
Kemudian kami ke Genova yang memakan beberapa jam menggunakan jalan dalam, masyallah sangat cantik pemandangan berbukit penuh tumbuhan renek sepanjang jalan menuju ke Genova. Sebenarnya arah tujuan adalah ke Chiquetere tapi masa tidak mengizinkan jadi kami hanya dapat sampai ke Sanstre Levante. Suatu kawasan persinggahan yang cantik dan menghidangkan pasta yang sedap. Gambar yang disajikan hanya sedikit kerana selebihnya haruslah dirujuk kedalam muka buku. Di Genova masa banyak dihabiskan di dalam kereta dan beberapa pit stop untuk mengambil gambar. Kami pulang dari Genova tepat jam 9 malam.
Genoval coastal road is must seen road
Keesokannya harinya, kami berempat meneruskan perjalanan ke Venice. Via road perjalanan mengambil masa 2jam 30min terus ke dalam Island Venezia. Disana boleh park di kawasan yang disediakan dan berjalan kaki menuju ke Accademia. Entrance nak berjalan-jalan di area Venice. Venice adalah pulau yang sangat besar dan San Marco adalah tempat yang mesti dilawati. Map perlu diperoleh untuk mengelak anda sesat di pulau besar tersebut. Pemandangan adalah superb bagi mereka yang menghayati kecantikan building lama dan meminati panaroma sungai dan gondolo bertebaran. Couple adalah sangat sesuai untuk berjalan disini kerana mereka boleh bersembang panjang tentang masa depan di sini jika berjalan kaki dari mula sampai habis hehe.
Venice such a beautiful place to visit


Cukuplah tu sehaja coretan minggu pertama perjalanan aku berjalan di europe area. harap dapat memanfaatkan segala masa semasa aku berada disini. Berimpian untuk membawa abah & mama ke sini harap dapat diusahakan. Ya allah semoga dipermudahkan urusan dan rezeki. Amin.

P/s - Next to Romekah?

Hari berlepas ke Milan, Italy


Ikan but-but, Eone, Azam, Me, Sha, Ann & Fizan, Love you guys

Akhirnya dapat peluang untuk membuat coretan di blog tersayang ku ini. Aku nak bercerita al kisah ke Milan. Rasa macam pelbagai dugaan untuk ke negara orang dari penetapan tarikh pergi yang sering berubah menyebabkan kadang-kadang terasa fedup dan kecewa. Bila date dah confirm terus rasa gembira, ini adalah peluang dalam hidup untuk merasa kerja di rantau orang. Tarikh berlepas aku pula adalah sama dengan tarikh adik kedua aku yang akan melanjutkan pelajaran di UMS Labuan, Sabah dalam bidang Ekonomi Kewangan Antarabangsa. Fuyoo bunyi macam kencang. Disebabkan datenya sama maka jam 2 pagi kami telah bangun dan bergerak ke LCCT untuk pergi menghantar kemudiannya balik ke rumah semula dan gerak jam 8pm untuk ke KLIA. Sangat penat ok & lapar.

Di KLIA pulak, alkisahnya kwn segamat aku ni asyik tanye kabar jer kat mana dan dimana, aku pulak x mengesyaki apa-apa. Yang pasti kwn kg lindungan pun turut berhai2 dan berbye2 dgn aku, maka sedihlah pulak rasa hati kerana geng g2k aku semuanya busy tidak datang menghantar aku ke airport. Ok fine.

Aku pun terus pergi ke check in kiosk dan memasukkan no e-ticket aku itu yang rupanya tidak sah. Jadi kenelah pergi ke kaunter untuk buat secara manual. Sedang aku berlegar mencari kaunter untuk check in tetiba kwn segamat muncul disebelah aku. Apa lg seronok bagailah aku ada gak yang sudi menjenguk saya ini di airport. Jadi teruslah kami sama-sama mencari kaunter dituruti mama dan dua adik aku yang lain.

Setibanya di kaunter E itu, aku pun telah di SURPRISE oleh geng g2k. ada kwn seksyen 4 wangsa maju, kwn kulim, kwn pendang dan kwn temerloh. Maka happy bagailah aku sampai aku ketuk setiap sorang ekoran terkejut dengan kehadiran mereka, cewah. Setelah teruja bagai maka masa untuk check in, nak jadi cerita tragik barulah tahu flight delay, buat malu kat keluarga dan kengkawan je tak jadi flight pada malam itu, tunda ke 1030 pg esok. Untungnya MAS berikan tempat tinggal di Putrajaya Resort untuk semalam.

Rasa seram je sbb nak dapat date pergi punya payah, dah nak pergi flight delay tapi sabar dan redha ajalah asal semua selamat dan berjalan lancar. Lepas bersalam dengan mama abah dan keluarga aku pun join the geng melepak nak makan mamak, tetiba terjumpalah alang yang baru pulang dari sarawak. YDP JPP dan MPP waktu di matrik melaka & UMP, kira bos aku sepanjang 2 penggal. kami berborak sakan sekejap sebelum beransur dari KLIA.

Pendek cerita pergi check in hotel dahulu, then makan mamak kemudian melepak di bilik apartment aku dan semuanya beransur setelah jam 2 pg. Rindu nak melepaskan aku pergi, cewah. Aku pun hanya tido disofa kerana bimbang tidak bangun pada keesokan harinya. Esok pagi buta jam 630 pagi aku telah lengkap bersiap untuk turun nak ke airport by 7 pagi. Pada jam itu jugaklah aku mendapat panggilan telefon pemberitahuan bahawa flight delay lagi sampai 12tgh. Sabar ajala, maka aku pun sambung tido sampai jam 830 pg. Kemudian terus melompat dan pergi ke bawah tunggu bas, bus pun lambat hampir jam 10pg barulah bas tersebut sampai. Sempat aku berkenalan dengan seseorang yang bekerja sama tower dengan aku dalam Khazanah Nasional. Untung tambah seorang kenalan lagi di muka bumi ini. Maka adalah partner untuk bersembang dan bertanya hal-hal hidup diluar negara ini.

Sampai airport terus kene pergi kaunter lagi sebab nak discuss my connecting flight yang telah delay dan missed itu camana nak ganti. Harap pihak MAS membantu sepatutnya, risau sahaja jika aku kene bear cost penerbangan, confirm aku tiada wang untuk ticket. Tapi nasib baik Miss tersebut sangatlah baik maka dia check dan aturkan semua ticket aku yang miss dan juga check beg aku yang terlepas pergi ke fligth lain. Ya allah risaunya pulak rasa menyesal sebab check in beg awal, tetapi disebabkan pekerja MAS yang efisien beg tersebut dapat dijumpai tetapi mesti dicollect di London, and check in semula jika tidak HILANG..hoho. Ok aku pun aware atas segala tindak tanduk yang perlu dibuat. Ingat sekejap tapi lamalah jugak jadi aku tak dapat nak masuk executive lounge tapi terus ke ruang menunggu lg 30 min lah katakan.

Jam dah tepat 1205, nampaknya flight delay lagi, ada pulak sumber yang boleh dipercayai yang cakap jam 2 ptg. Tetapi asik ragu-ragu menyebabkan aku miss lunch voucher yang MAS tawarkan, sanggup tunggu gak sampai 2 ptg lala. Akhirnya jam 230 ptg baru boleh on board, semua economy class dan masuk tiba-tiba upper deck monitor ada problem. Jadi semua bussiness class kene tunggu lagi 40 mins dan jam 330 ptg barulah Airbus 380 itu dapat beroperasi dengan jaya tanpa masalah lagi. Fuh lega.

Penerbangan 13 jam tidak terasa dalam penerbangan business class Airbus 380. Thank you MAS atas layanan manja yang diberikan. Setelah sampai di Hethrow London memang agak bersusah payah kerana menunggu bag turun sahaja memakan 2 jam. Aku pikir sampai jam 9pm jam 10pm boleh masuk hotel rupanya tidak. Selepas dapat beg kene beratur plak panjang di ticket kaunter untuk confirm connecting flight dan penginapan semalam. Agak teruk jugak feedback yang MAS terima dari pengguna ekoran ada jugak yang MAS tidak dapat cover lebih2 lagi connecting flight yang dibeli secara berasingan dan tiada insurans. Aku dah tiada kudarat nak pikir kerana terlalu letih, lepas confirm tix kene check in hotel menapak lagi 6 mins dengan beg besar dan beratur lagi for 15 mins. Bayangkan semuanya selesai dalam jam 1 pagi. Mana nak mandi nak tido dan nak bangun awal jam 5 pg untuk ke airport for next flight jam 7pg.

Memang lemh rasa jiwa, 3 alarm aku pasang untuk dikejutkan risau jika tidak terjaga. Alhamdulillah aku bangun juga seawal jam 430 pg dan bersiap ke airport dan next destinasi Milan.

Itu jelah serba sedikit halangan tetapi aku anggap as good experiance sbb aku boleh handle camana rasanya delay and apa yang perlu ditanya apabila menghadapi masalah sebegini. Cara menguruskan wang serta orang itu lebih penting. Jadi sentiasalah berwaspada dan pandailah merancang untuk bersedia menghadapi perkara sebegini.

Di milan, aku naik cab terus ke Hotel dan tido for another 12 hours. Tak boleh nak elak kerana terlalu letih. Miss kerja untuk hari pertama dan telah berjaya merisaukan semua orang di office baru. Apa pun saya berjaya tempuhi sendiri masalah ini yeah.

P/s - semangat untuk kerja, next posting road trip to sarravale - genova - venice

Italy checklist


Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk berangkat ke Milan, Italy. Untuk pengetahuan semua saya akan transfer ke Italy pada 1hb Sept ini. Banyak betul urusan nak diselesaikan sebelum berangkat. Urusan membeli rumah, urusan renovate rumah makcik, urusan keluarga, urusan hari raya, urusan kenduri, urusan adik nak masuk universiti, urusan kewangan, urusan medical checkup, urusan kereta rosak, urusan card credit/cek & lain-lain lagi.

Rasa tak menang tangan nak selesaikan semua sebelum 30 Ogos ini (khamis). Last-last nanti yang mana dan jerlah diuruskan. Itulah kalau wang menjadi punca penyelesaian memang lambatlah nak selesai kalau wang tiada. Harus banyak saving untuk membantu menyelesaikan perkara diatas.

Oklah mari kita check checklist kita untuk pergi italy:-
1. Ticket flight - KL-London-Milan-Milan-London-KL - Done
2. Book Hotel for 1 month - Done
3. Liase with HR Italy for House Agent via email - Done
4. 3 months deposit for house - Done
5. Check blacklist PTPTN - Done (fuhh lega)
6. Increase card credit limit - Not yet
7. Check debit/visa card withdrawal maximum limit - Not yet
8. Prepare traveller cek - Not yet
9. Packing bag - Not yet
10. Prepare document for embassy italy (birth cert ori, resume and form embassy) - Not yet
11. Prepare stuff maximum 500kg to be transfered there - Not yet
12. Check document perjalanan - passport & medical report - Not yet


7/12 - Tak siap, ehem menakutkan maka semua kene selesai by today. Karang ada yang merempat menjadi gelandangan di negara orang. Bila buat checklist barulah nampak banyak perkara tidak siap rupanya. Jadi jangan amik remeh sila mulakan dengan segera..tetiba nervous plak.

p/s - sbnarnya ada banyak lagi list remeh temeh, tapi list diatas adalah yang penting untuk menjamin keselamatan..hal remeh temeh adalah seperti planning nak ke paris/rome/barcelona/venice & london.haha

Hari raya bersama Rina dan ...


Raya kali ini ada sedikit kelainan kerana kehadiran orang-orang baru dalam kehidupan aku. Kedatangan baby rina yang comel lote memang memeriahkan dan meriuhkan suasana raya di kg. Kehadiran dia, aku namakan encik yang sudi membawa jalan beraya jauh sana sini turut menambah perisa sikit dalam suasana raya pada tahun ini.

Raya kali ini disambut simple seperti biasa, tetapi tetamu yang hadir di rumah nenek jumlahnya lebih dari tahun-tahun kebiasaan. Agaknya kerana nenek & atuk asyik berasa kurang sihat senantiasa maka ramailah yang dtg untuk menziarah dan melihat keadaan mereka. Tapi atuk & nenek ni kalau ramai orang meriah mereka akan menjadi sihat tetiba (automatik).

Gambar keluarga pada hari raya pertama gagal ditangkap, gagal juga hr raya kedua tetapi berjaya dilaksanakan pada hari raya ketiga. Dengan tambahan seorang ahli iaitu baby rina cute. Rina pun sangatlah kelakar kerana diusianya 8 bulan itu dia pandai nak cakap ma and abah (mak bapak aku) bukan daddy or mummy (mak bapak dia). Agaknya sebab hari-hari dijaga oleh mama & abah, maka itulah perkataan pertama yang nak disebutnya. Kalau aku mak dia mesti aku sedih..mengader punye baby. Nasib baik comel sampai rasa nak tumbuk2 (kata adik lelaki aku).

Aku ni tak fotogenik, hehe fotogedik jer  adalah. Jadi tak semua gambar akan menjadi plotnya. hanya segelintir mau pun beberapa keping sahaja. Namun berikut adalah gambar favourite aku sempena hari raya.

 Gambar bersama rina tengah sengih cam kerang busuk,
mana nak dapat susah woo ngagah dia untuk pose sebegini.

 Gambar bersama anak-anak dara yang lain fewitt,
ada jugak mak dara yang tak nak mengaku join sekali (cr baju pink)

Gambar raya pertama bersama adik lelaki
(tema sama kami dua shj), love the baju and tudung

Gambar family ada tapi aku tak fav sbb plot and arrangement gambar kurang santek. pakai timer so x best. x per next year kita improve lagi. soone or later aku nak update jugak pic tu sbb ada kehadiran rina didalamnya.

P/s - aku minggu akhir di kuala lumpur

Kecelaruan ingin membeli rumah



Hanya mimpi sahaja jika ingin memperoleh rumah seperti diatas pada usia muda remaja begini. Semestinya setiap manusia mempunyai keinginan mempunyai rumah sebijik yang besar, bilangan bilik yang ramai boleh memuatkan ibubapa, anak-anak dan menantu masing-masing, ada swimming pool, kelengkapan gym, sauna or jacuzzi persis hotel 5 bintang, ruang makan dan beristirehat dengan ruang yang cukup besar dan selesa dilengkapi home theater untuk menonton wayang bersama keluarga serta kitchen kabinet yang cantek untuk isteri rajin memasak di dapur. Ntahlah, dah kaya cam gitu mesti nak pakai bibik kan. haha lupakanlah sahaja impian permaisuri kat atas ini.

Daripada diatas kita downgrade pada rumah keluasan 900sqft je, pastu 3 bilik 2 bilik air, bilik stor sebagai tambahan dan carilah rumah yang ada menawarkan fasiliti gym, kedai dan swimming pool untuk dikongsi bersama masyarakat lain. Sebenarnya niat dihati tersangat-sangat nak membeli rumah sekarang lebih-lebih lagi apabila aku telah berada didalam keadaan 'homeless' tidak berumah ini. Teringin nak duduk di kondo tetapi kondo yang santek datang dengan harga yang sangat mahal. Keupayaan diri menjadi ukuran. Aku ingin menjadi orang yang bersederhana dan tiada bebanan hutang dalam hidup.

Maka pengorbanan harus dilakukan dengan mengorbankan segala impian dan harapan ingin duduk kediaman bak istana. Memadailah ianya rumah baru milik hak aku sdn. bhd. Perlu diusahakan sebelum aku ingin meninggalkan zaman bujang ini.

Aku inginkan kediaman seperti berikut:-

Harga: 150-250k sahaja
Lokasi: Ampang dalam radius 5km dengan mana-mana LRT Station / Area aliran LRT cth Bangsar/Pantai Dalam/Kerinchi/Setiawangsa/Gombak/
Jenis: Freehold
Tenure: 30 tahun
Facilities: Nak ada pool, gym, surau & kedai2
Others: Santek comel mata memandang and New Property

Motif: rumah ini adalah hak milik tunggal aku seorang sahaja senang untuk buat investment dimasa hadapan and park adik-beradik aku yang memerlukan rumah diawal alam pekerjaan mereka di kuala lumpur. Insyallah.

Sweet 27 for me

Yeah akhirnya aku kembali normal kerana duduk menetap di kuala lumpur. Dekat dengan teman dan keluarga. Pulang ke kl pada waktu hari lahir ku yang ke 27. Tak segan langsung memberitahu umur kepada semua. Alah kengkawan tahu pun. Jadi di hari lahir aku telah menyambutnya bersama keluarga dan kawan-kawan. Terima kasih semua. Tak sangka dah tua pun aku dapat bear lagi and 2 biji kek yang best. Semoga kalian semua dimurahkan rezeki dan diberkati oleh Nya. Amin

My birthday cake from family

My Red Velvet from G2K

Teddy bear from G2k
P/s mucho grazier - im so excited now in italy mood

Urusan yang dipermudahkan

Alhamdulillah, hari ini hari yang gembira buat aku. Tahulahkan betapa berkeceramuknya perasaan aku apabila menyedari aku tidak sesuai untuk duduk di perantauan orang ini. Lebih lagi jika tiada menu makanan sedap yang aku ingin makan. Jadi diet telah aku jadikan alasan. Sentiasa terpikir dan terkenang keluarga serta kengkawan yang jauh. Tiada destinasi rekreasi serta pengangkutan awam terangkai yang dapat aku jelajahi untuk meneroka alam ini. Memang aku tidak mampu tahan perasaan hidup di kawasan kecil ini.

Pada suatu ketika, aku telah mendapat jemputan untuk menyelesaikan tugasan tender di kuala lumpur. Bagaikan disorong bantal, aku membuat pengesahan dengan bos dan bos memberikan kata putus dengan tidak perlu kembali ke sini. Bukan aku tidak suka tempat ini tetapi kerinduan terhadap keluarga, kawan-kawan dan ketiadaan aktiviti beriadah disini buat aku ingin larikan diri. Bayangkanlah betapa gembiranya aku lebih-lebih lagi dapat pulang untuk makan nasi goreng kampung terbaik di ibu kota. Sememangnya aku berjiwa metropolitan walaupun aku rindukan suasana balik kg.

Seperti segalanya telah dipermudahkan, aku sebenarnya nak membuat majlis hehe, majlis apakah? Majlis yang menentukan fasa kehidupan yang baru, rasanya semua fahamkan. Jadi apabila berada di rantau orang bayangkanlah betapa aku terseksanya dan bimbang kerana tidak dapat melakukan survey di jalan tar, nilai 3 or chow kit road kerana ketiadaan masa dan tidak berada di lokasi kejadian dan jauh dari mama. Jadi di sudut hati aku menjadi lapang kerana aku punya waktu dan berada di KL dan boleh melakukan survey selama mana yang aku mahu. Sekurangnya aku puas hati kerana dapat melihat sendiri segala barang yang perlu aku bayar itu. Mama akan menjadi tukang bayar yang dilantik secara rasmi. Mungkin betullah rezeki akan sentiasa datang untuk benda yang baik. Insyallah akan aku cuba laksankan dengan sehabis baik.

Jadi walaupun aku berasa sangat susah dan sesak sebelum ini. Tetapi tuhan telah tunjukkan jalan dan lapangkan hati aku. Jadi taklah aku asyik berasa rindu dan gelisah kan. Aku akan berjumpa dengan keluarga dan kawan-kawan. You guys i miss uols.

P/s - terus terisi hujung minggu aku dengan program seperti iftar yang berkepuk dan hari bersama anak dara di jalan tar di hujung minggu. rasanya seperti im back to normal.

Ramadan menjelma lagi

Seperti kebiasaan ucapan tahun-tahun terdahulu aku kesekian tahun 2012 turut ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada keluarga, insan tersayang, geng rapat (koriev07 & g2k), rakan perjuangan pergunungan (BCA, OGKL) dan rakan taulan yang mengenali diri ini.

Aku masih lagi di rantau orang dan akan berada di perantauan buat beberapa ketika dalam hidup aku ini. Ini adalah apa yang aku impikan, bekerja di serata dunia mengembara menambah kenalan, mengenal adat resam masyarakat tempatan, merasa makanan yang sedap-sedap dan paling utama merasa kecanggihan, kemajuan dan kesusahan bangsa lain di dunia ini.

Tapi aku berkeseorangan menjaga diri sendiri jauh dari keluarga. Agak sukar untuk membawa kesemua ahli keluarga aku kesini. Jadi aku terasa kesunyian di tempat orang. Tidak suka melayan perasaan ini. Aku lupa Allah itu sentiasa ada disamping aku. Aku tersedar.

Aku tidak keseorangan lagi. Aku cuba membuka minda aku agar lebih matang dan berusaha ke arah lebih baik. Aku agak sebak menyambut ramadan kali ini. Aku kurang berusaha dan akan terus berusaha. Sekurangnya usaha aku tidak mati.

Yang alpa,