Kecewa and Louis vuitton Mama

Kepala berat sepanjang malam tadi dan agak sukar untuk tidur kerana nak menerima kenyataan yang aku akan pulang bekerja di bintulu. Tapi apabila dipikirkan semula dulu aku tak suka bintulu kerana aku berkeseorangan disana tiada teman, aktiviti, rutin yang membosankan, makanan yang tidak sedap dan akhirnya menyampah untuk berada disana.

Tapi kali ini mungkin berbeza, kerana sentiasa ada teman disisi yang akan menceriakan suasana dan menemani kita makan. Mungkin idea untuk berada disana tidak terlalu teruk.

Jadi setelah berbicara dengan bos mengenai halatuju aku. Jadi aku redha, relax dan bersetuju untuk melihat apa yang terjadi. Tapi disudut kecil ku tetap berharap untuk masih kekal dalam current team. Tapi jika memang bukan tempat kita maka bukanlah.

Kita merancang. Tapi Allah tetap best planner. Hanya Dia yang boleh gerakkan hati para bos ini untuk meletakkan aku dimana. Walaupun dah dua kali aku mengalami process yang lebih kurang sama tapi keduanya ada lesson learnt yang berbeza. Aku akan cuba memperbaiki kelemahan diri aku sendiri. Insyallah.

Jadi setelah jiwa merasa tenang. Aku dengan gembiranya berlari ke store louis vuitton mendapatkan sebuah beg untuk mama terchinta. Rezeki yang ada adlah untuk dikongsikan bersama keluarga. Banyak memberi banyaklah kita terima. Alhamdulillah. Tak putus-putus rezeki sejak berada di bumi milan dan bersetuju untuk mendirikan masjid.

My first LV beg for my mother. Mama I lOVE u so much. Mama tidak mengerti lansung pasal jenama ini. Lucu nak terangkan kenapa dia memerlukan satu beg designer dalam hidup. Aku pun menjadi poyo ketika seperti gegurl lain.

Ok im going back to kl esok menaiki emirates and akan ada limosin emiratea datang pickup kat rumah too airport. Hidup fashionista di milan akan ditinggalkan.

Kembali menjadi miss yang low profile dan rock dibumi malaysia.


Sedang kecewa tapi update my wedding menggembirakan

Ya Allah sebenarnya aku sedang dalam kekecewaan pasal kerja. Tapi tiada apa dapat aku lakukan buat masa ini. Tetapi bila ada kesudahan akan diceritakan di entri lain sebagai pengajaran. Dalam sedih begini barulah rasa sangat bermakna kehadiran seorang tunang disisi. Sentiasa bersedia menjadi pendengar masalah kita dan berusaha ingin menyelesaikannya. Pemberi semangat dan kita terhibur dan tidak memikirkan perkara yang bukan-bukan. Oleh yang demikian, aku pun naik update persediaan wedding sendiri. Ingin juga rasa gedik dan teruja seperti dara-dara yang lain. Hehe.

Lagi 2 bulan insyallah majlisnya. Baju nikah, resepsi dan bertandang dah. Fitting je belum, akan diselesaikan week 23 ini dimana aku pulang ke kampung. Katering sudah tetap makan dan peralatannya. Pakaian resepsi perempuan sudah ada, bertandang je belum tengok penajaan. Makeup, pelamin sudah. Borang sepatutnya disediakan sudah lelaki dan perempuan. Tinggal untuk hantar sahaja. Pendek kata hampir semua booking sudah. Barang hantaran lelaki dan perempuan 90 percent selesai. Kad kahwin dah. No such kind of do it yourself Every detail. Aku tiada masa. Huhu

Yang pending adalah doorgift dan bende-bende kecil seperti bunga telur, bekas hantaran, dekorasi rumah, dekorasi bilik pengantin, dan bende-bende lain yang membazir tetapi kita tetap memerlukannya sewaktu majlis. Melayu hidup beradat, biar mati bermaruah. Cewah

Hehe simple aja persiapan aku kan. Tak De langsung details yang boleh aku ceritakan. Untung keduanya simple mudah berurusan dan tidak cerewet. Sebenarnya aku jenis yang malas nak terasa hati jadi semuanya menjadi mudah buat aku.

Ya Allah permudahkanlah urusan kami dalam mendirikan masjid. Amin. Mari Menghitung hari.

P/s En tunang ajok nikah dulu 23hb ini dengan niat halal naik moto same2. Such a sweet person. Aku gelak guling-guling dan Kuch kuch ho ta hai.

Lust of the day

Payah betul nak mengemas barang cenderamata khas utuk family dan orang tersayang ni. Tiada ruang didalam beg kontena (luggage) tetapi empunya diri masih shopping.

Macam mana nak masukkan kotak ini kedalam beg tanpa membuka kotaknya. Em sayang kan. Sayang x sayang kene jugak bukak kotaknya kerana tiada ruang. Anda semua bakal penerima mesti mahukan kotaknya bukan supaya kelihatan cool waktu menerima hadiah.

Sudah terbaca riak wajah masing - masing. Tak sangka aku bersopping sedemikian banyak. Tak perlah saat saat akhir dibumi milan. Good bye milan.

Milan chow

My first ever PRADA in life

Tidak pernah terlintas di kotak pikiran aku atau wishlist hidup untuk memperoleh designer hand bag seperti gegurl lain yanh pernah ku terbaca or terbicara mengenai impian memperoleh beg tersebut.

Akhirnya aku bulatkan fikiran dan tekadkan matlamat sementelah aku telah berada di bumi milano mendapat good deal berminat berkemampuan setelah bende lain diselesaikan.

Aku cekalkan diri bangun awal dipagi hari bersiap membeli ticket bas untuk ke serravalle outlet yang 1 jam jauh dari rumah hanya untuk membeli kau wahai pradaku. Aku masuk kedai pilih nampak minat terpandang dan terus order dan beratur nak bayar.

Tetiba aku sudah ada paper beg tersebut ditanganku. Tiada boleh lagi berundur atau berpatah lagi. Aku sudah memperolehnya maka gayakan sajalah dan puaskanlah diri sendiri.

My own original prada milano made in italy. Wahh rasa nak menjerit. Apa telah aku lakukan. Rasa seperti bahaya akan mengundang kerana once dah terbeli rasa seperti nak menabung dan membeli lagi. Inilah wabak yang ingin dihindarkan. Hehe semoga ini menjadi satu-satunyalah yang aku beli. Tiada lagi di masa hadapan beli sendiri. Hanya menunggu hadiah je dari insan tersayang.

Wallah berangan.

Ps sangat berimpian untuk membeli louis vutton for my mother..insyallah beli sahaja sbb tak terbanding harga seorang ibu dengan mana-mana designer beg.



Trip akhir europe 2D1N in Barcelona



Gempak giler perlawanan Barca menentang Ac Milan semalam, baru pertama kali menyaksikan perlawanan champions league (harap tak salah game), gasaklah apa event pun tetapi melihat Messi mengelecek menendang masuk bola dan gol di celah kelangkang player Milan, memang terbaik. Terjaga aku dikala tidur gol pada minit ke 4. Hanya mampu bertahan mata sehingga gol minit 30 dan akhirnya aku boom pada minit 45. Rest aku dalam tidur..

Sebelum kejadian Barca vs Milan, Aku sempat melawat ke Barcelona pada 9-10 Mac 2013. Menaiki flight Ryan Air (memang cikai domestic flight and still free seating, airasia lebih baik). Ticket berharga 157 euro from Malpensa to Barca untuk durasi perjalanan 1 jam 30 min shj. Sampai disana sudah malam jam 11 maka menggunakan khidmat taxi dengan harga 28 euro termasuk supplement charge dalam 4.20 euro.  Aku menetap di hotel  Barbara 1* yang terletak di La Ramblas dengan harga 29 euro semalam. Menetap selama 2 hari. Rehat untuk pulun pada keesokan hari nya.

Esoknya keluar awal untuk menikmati breakfast capucho dan croissant di caffe shop. Setelah itu terus menuju ke city tour bus dengan bayaran 26 euro untuk 1 hari pass. Menggunakan bas adalah mudah dan cara paling cepat untuk melihat satu bandar cantik barcelona. Kalau mempunyai masa yang panjang bolehlah anda menapak selama 2 hari tapi aku tiada masa. Hanya ada 1 hari sahaja jadi kenelah praktikal dan pulun. Bas akan memberikan ada peta dan earphone serta penjelasan sejarah mengenai setiap statue or landmark yang menjadi kebanggaan mereka. Jadi kita ada tourist akan jelas tentang lawatan yang kita jelajahi. Barulah terkesan Barcelona di hatiku. Nak pulun punya pasal, lunch diketepikan dan makan jam 4 ptg. Sangat lapar dan tiada keringat.

Antara landmark yang terdapat di Barca ialah Cathedral Barca, Stadium Olimpik, Barcelona Stadium, Castles, Parks, Catalunya Plaza, La Ramblas, Familia Sagradia (typo tak ingat) dan lain-lain lagi. Entry ini aku tak refer kepada map. Jadi kurang jelas. Nanti aku update semula berpandukan map sebenar yang telah ditanda.

Selepas makan, sambung bus tour untuk green line, yang pertama tadi orange line. Tour sehingga titisan waktu terakhir iaitu jam 8pm. Selepas habis bus tour terus menuju ke favourite stor di europe ever (ini semua poyo), hard rock cafe barcelona. Telah 2 pasang baju hard rock aku beli for me and my tunang. Setiap helai baju bernilai 25.60 euro bagi baju dewasa. Tak pe melabur untuk ekonomi europe yang dikatakan teruk dan tidak stabil ini. Habis bershopping pulang ke Hotel untuk berehat. Esok bercadang untuk bersantai melihat orang di pantai sahaja iaitu port olimpik.

Yeah, esoknya check out terus dari hotel, have great breakfast dan bersantai-santai sahaja di pantai sampai gelap seterusnya berjalan di celah-celah laluan kecik untuk menikmati dan menghayati kehidupan dan kecantikan bandar kecil barca sehinggala jam 4 petang. Jam 4 terus menaiki taxi ke terminal 2 dan boarding pada jam 730 pm ke Milan.

Trip yang sekejap tetapi sangat bermakna kerana ini adalah trip terakhir berada di europe bersama teman-teman. Tapi insyallah jika dimurahkan lagi rezeki maka akan ada peluang pula nak travel ke benua amerika.

P/s - no more images of japan trip in the future, confirmed

Road trip to san marino, florence and pisa





2-3 march aku Ada lagi Road trip ke San Marino, Florence and Pisa. Tidak banyak nak kuceritakan kerana San Marino adalah sebulan republic yang mana barangnya murah xde tax. Aku berjalan di castle yer menangkap gambar dan membeli blah. Sebuah Pisau camping made in Swiss berjaya dibeli dengan harga 35 euro. My item in the list. Yeah berjaya jugak dapatkan nya. Hanya 3 jam berada disana terus bergerak ke Florence. Florence adalah sebuah city yg padat dan pusat menjual barangan kulit. Segala parking adalah milik kereta berdaftar, jd wajib lah kita memparking kereta Dimana-mana garaj yg telah disediakan dengan bayaran antara 15-30 euro. Banyak barang kulit yang berkualiti buatannya dapat dibeli di florence. Aku menginap di hotel aldobrandini dengan harga 30 euro semalam. Terletak hanya 100m Dari market Florence. Walking distance juga dari train station. Semalam di Florence, esok pagi nya rondaan shopping dijalankan dan tengahari menuju ke Pisa. Di Pisa sangat lah sekejap hanya untuk melihat dan memahami pembinaan Pisa tower. Gambar bersama Pisa juga tidak dilupakan. Petang kami terus kan journey ke serravalle untuk sedikit kutipan hasil bg dibawa pulang ke malaysia. Dan pulang ke Milan akhirnya at home jam 11pm. Lega...