lesen ep 4 - dr blog frenster

hr ni tak semena-mena aku telah berjaya drive sendiri sampai ke lowyat
sungguh menakutkan, and sape kate engine tak leh mati kalo auto..haha auto pun bolehlah cuma nasib malang skit lah orang tu kena iaitu aku..

Tapi kalo tak kerana kejadian tersebut (rahsia geng pg cameron hr tue) tak de kejadahnya aku akan pergi sendiri ke lowyat tanpa niat. tapi ok la sampai juga aku kesana. habis pusing satu building memang payah nak dapat apa yang aku nak itu, maka skrng kecewa skit la riso kerana tak dapat tolong member aku then tak tau camne nak tell the truth (rasa bagi pihak member kununla)
hope semuanya baik..juna kita kene berterus-terangla..honesty is the best policy now, before kita proceed dgn idea kita seterusnya..

masih kurang pakar dr segi nak memotong especially bila nak potong lori, kene improve la skill aku nie. hopefully aku dapat keberanian utk drive ke area damansara plak coz dpt jumpe member class aku yg ramai duk area sana..( nak ke diorang jumpe ko yuya tak mo nya berangan je ko ni)..hehe memang angan-angan itu penting..

P/s - rasa hepi pas dapat jumpe kawa and dayah last week, bakal jumpe sue lusa wowo..me to JB (aku muntah pg JB dulu keje everyweek JB balik hari woo)

Cameron Trip

Alhamdulillah, settle gak cameron trip dgn koreivians, walaupun tak ramai as di genting dulu tapi kalo berlima tetap tampak meriah dan bersuka ria dengan batasnya..(ye tak yea) haha..

Tak sangka semuanya sukakan aktiviti masak makan dan nyanyi, itulah kami antara bende yang menyebabkan semuanya sekepala dan menjadi sejelikit tersebut*geli plak, Excited sebab dapat jumpe geng balik di tempat yg menarik. Banyak kejadian menggelikanhati (ayat sopan) terjadi sepanjang di cameron.

Berikut adalah aktiviti ktorang:-

tangkap gambo dulu..dlam apt best nie..

(huduh benar pusing dari belakang)
gi psar beli barang dapur

tgh siapkan dadih plus strawberi - desert

pose tuang kicap pada BULGOGI

Inilah BULGOGI masakan korea

Gaya je potong bawang + sdg wat coselow

sibuk di dapur, lelaki contoh (puke)

lunch kami - western food

Petang pulak kuar pergi KEA FARM, jalan-jalan cari makan lagi disana:_

Makan kubis goreng

Makan steamboat plak

Makan strawberi coklat ( tak sedap pun)
(Apalah Dato' Siti pikir time makan nie..hehe)

dinner kami bulgogi

desert after dinner -
dadih strawberi + low fat milk + krimer
(lemak sungguh)

at ladang kaktus + pokok2x ntah pa pe

at ladang teh pas pekene teh tarik vanila + currypuf
RM 40 - mahal sungguh

Best syot at ladang teh- credit to BD

Not much to say, just nak kata sangat happy and release stress sehingga hilang semua ilmu gelek sampai pecah perut. Hope next trip ada lagi bdk2x lain yang cam best gak.

P/s - Next trip backpacker beijing before pian kawin (b4 march 2010)...sempat ke nak kumpul RM 2000 nie

tetes mata kerana anak comel

hari ini aku telah mendapat seorang rakan baru dari Fbook hasil dari ketegaran aku bermain farm town itu, apa lagi. namanya sist suriani@nickname surianyjames.Actually bukan nak bercerita pasal aku dpt kwan, tapi nak menceritakan tentang dua orang anak sist ini yg sangat comel. Ya allah betapa comelnya anak sist ni..sehingga aku suke sangat, habis pic aku view sampai aku menitiskan air mata sikit (jiwa lembut sudah datang) melihatkan kecomelan dan keletah Iman dan Alisya yg sangat la cute. Rasa cam bersyukur gile aku utk sist ni sbb anak yg dikurniakan kepada dia teramatlah comel dan kelihatan sangat bijak. Semoga sist su dimurahkan lagi rezeki dan bahagia bersama keluarga di UK ok.

P/s-adakah perasaan keibuan memang kuat dalam diri setiap wanita, apabila menginjak usia perangainya seakan-akan berubah menjadi matang dengan tidak disengajakan. Akhirnya aku semakin matang. Semoga aku menjadi insan yang diberkati dan berguna di masa akan datang. AMIN. (Nak anak comel jugak - miang)

Hidangkan korang gambar2x Iman dan Alisya ok. (Izin guna gambar sist suriany yea.)

alah cam solehah plak cute

geram kerana cute..alahai indah ciptaan tuhan

pandai posing senget anak sist ni

Alisya dengan lesung batu, boleh standby nak bergambo,
memang cute

Tgh makan hotdog sambil pose kepala senget
Yeye..ada nama saya, Pic atas ni adalah gambar cup cake yg aku order for mothers day. yeye aku tersenarai sebagai customer kak elynda cupcakes di blognya glamor aku huhu. Aku promote kat semua keknya sedap dan decorativenya cantik. gi la beli ok. chow..

P/s -sibuk men farm, layout baru tak tahan 24 hours pun hahaha..malas la tukar layout

FarM town addicted


Lately i addicted to a game called farm town. It is a facebook game. You can accept the invitation or search the farm itself and play. At 1st 1 dont ever bother about the game. But once u developed ur own farm you become so passionate and wont ever want to leave ur farm. So my dear friends lets join the game and have fun.

http://apps.facebook.com/farmtown/play/?auth_token=d81175b5d2cbbef6210f95e0e03d3f08

P/s - eda and syura i will try to beat u all

19th May 09 Nite

After two years, then I made it to spare some time to change to new layout.
Even though it is not scary As I had adopted before but i do luv this design. Credited to Paulene, btw, dont know who she is actually.

Lately, I spent to much money for enjoying and trips and it state zero in my account, yet I still want to hangout. This may i have step my foot to Sg klah for 2nd time to celebrate mothers day, berendam at Sg gabai with zati and mocha, balik kg on the same time and piknik with my fellow colleage at Hutan Lipur Kanching. Next, This week I will go to cameron my my koreivians click. Our major activity will be cooking..and pja is the chef and udin will be the chef assistant. Following week I shall fly to Jb to meet suhaina and attend her sister wedding. Need to rush from Jb coz want really to attend husin+vee wedding at Klang on Sunday.

What a busy month I have this May? Next june I gonna skip my class on 6th June to attend my fren wedding at Kerteh, such sacrifice have been made especially for u Uda. Then My june is fully booked with class, however on 12th june I dont have any class therefore I shall bring my family to langkawi. yahoo..what an enjoying months for me.

Chow..
P/s need to sleep, exhausted after update my new layout..Nite

IBU. MANDI . ANAK SEPUPU SAYA


Selamat Hari Ibu, mama ku tersayang moga ko dapat beribu-ribu.
( sms ini diberikan oleh abahku kepada mamaku)
Mama pun tergelak sambil berkata nak kahwin lagi ker sampai nak ber ibu-ibu hehe..membuat lawak selorohnya.

Aku jugak pada ptg jumaat telah attend steamboat dinner dgn ex-aysk, walaupun aku tau eachtime memang aku tak feel attend the reunion but im happy sebab bersosial kerana Im not sosial skrg (ngdap buku and works jer..damm fedup)..tapi tak sangka ada one of my friend wat sales for trip, girlfriend largh..jadi when discuss about beijing dia boleh kasi 5 hari 4 malam for RM700 per pax. (Serius ker leh pakai, tapi pasal member insyallah bleh pakai)..Perbincangan lanjut akan di buat kemudian..

Jadi cerita sebenarnya adalah, pas habis makan aku terus pergi mendapatkan cupcakes selamat hari ibu di tesco ampang (1st time sampai drive sendiri)..selamat idup. drip kak elynda..riso tak sedap tapi alhamdulillah hasil kerja tanganya sangat menarik dan kek boleh tahan sedap. jadi aku recommended for friends to beli ok. at this site. http://elynda-art.blogspot.com/


Then terus aku pickup ayah aku (jam 11.30pm) dan gerak ke highway Ipoh ( balik bukit tagar jer) menggunakan lebuhraya duke yang aku dok rekemen orang sepanjang hari sebab aku baru jer terexcited menggunakan lebuhraya tu siang tu. hehe ( ini bapakla drive tukar kat highway). Sampai umah jam 2.00 pagi, dah lewat sangat tak leh tido layan citer hindi lama, mahsyuk memang layan tau2x tertido..

Pagi2x nya ktorang dah bangun, sbb janji nak bawak mama sempena mothers day ke hotspring sg klah. ( saja celebrate awal ikut suka hatila). Massage-2x badan dengan air panas disana. Kami berempat tanpe ada apa-apa persediaan terus bersiap dan bergerak ke sana. Mandi and breakfast pun tak payah hehe.Dalam jam 10 dah sampai sana dan kami berempat mama abah aku n emmy telah berendam di air sejuk sampai jam 12 hingga muka aku burnsakit2x..merah2x..adoii pastu pindah dok air panas sampai jam 2 ptg. Mandi air panas cam mandi air sejuk siap main lawan-lawan menyelam. Permainan anak ayam, bapak ayam and ibu ayam pun berlangsung semasa mandi air sejuk.

Kesian sebenarnya dah lama mama and abah tak pergi berjalan. Bila anak dah kerja ini barulah diorang boleh merasa semula aktiviti berjalan since 97 eco-crisis. Walaupun tak semewah dahulu tapi kakak akan cuba sediakan yang terbaik ok. Tengok mama kita actually cam lawak sangat sbb boleh diajak berjoget menari serta lumba lari dalam kolam. Nasib mama still young tak reach 50 lagi jadi bolehla layan kerenah ikut je apa kita buat. Sakit lutut takde lagi ok lah nie. Tapi akibatnya semua meleper letih sbb banyak exercise dalam air. Dalam kete and rumah semua meleper abih..ngantuk + letih. Tapi yang paling penting semua orang have fun. Sebelum semua tido petang jam 4 tu, semua telah menghabiskan seketul sorang cupcakes hari ibu yg cute serta buah2xhan bidor cecah. Terus tido..( teruk betul diorang ni hehe)..

Malam tu kulit aku sakit lagi..pedih2x..tapi aku gahkan untuk folo parents aku pergi jumpe pak long sbb sepupu aku yang tua 3 tahun dari aku dah ada anak yang ketiga kali ni puteri namanya. Tak sangka cousin aku dah ada ramai anak, hensom2x plak tu anak dia. sbb ikut bapak dia yang segak itu. Anak gegurl dia ni pun putih sangat, walaupun still kecik tapi skin dia dah jadi pinky2x..mean dia ni orang putih la nanti hehe..Ni anak sepupu aku yang cute2x nie..Akif, haikal and puteri. (bila nak ade anak buah, eh anak sendiri hehe)



hari ahad plak aku telah berpiknik seramai 3 dara pingitan di Sg gabai, ulu langat, bengkak kaki betis kerana tak ku sangka ada tangga yang sangatlah tinggi. nasib ada stamina haha (kunun). Minggu lepas dan minggu ini adalah masa berpiknik..huhu enjoy daa

P/s gambar mandi tidak dapat dipaparkan kerana terdapat unsur-unsur 18PL, pepaham jelah. ( tak sabar untuk piknik with my exclassmate BAA ump ti rawang 16 mei ni, in progress nieh)

People come and go

Dunia adalah nyata dan realitinya memang tak indah.. haha
actually nak bermadah puisi seperti si empunya melerai fantasi tapi saya tiada bakat kejiwangan atau romantis puitis maka lebih baiklah kita berterus terang..saja

21 April aku telah mendapat panggilan kontrak JKR ( repeat JKR ok)..untuk jadi Civil engineer contract for service. Dan kene laporkan diri pada 4 hb mei, so apa yang saya buat adalah menyimpan surat tu dengan bebaik kat dalam beg balik kampung dan melupakan terus panggilan tersebut. Ya allah adakah keputusan yang tepat telah saya buat..hanya saya sendiri tahu apa saya buat kesan dan akibat serta kebaikkannya..

banyak opinian sy cari untuk solve isu confuse terima atau reject tersebut..Saya mensasarkan untuk bertanyakan kepada rakan-rakan yang sememangnya kontrak atas jawatan itu, dan tak mungkin nak tanye pada mereka yang permenant krn saya tau jawapan streotaip mrk. Terima kasih kepada bob hajime, azriey_wa , hidayah sweetmanjusang and Kak yanie ku serta K awin and My bos Mr hasnizal serta my precious parents yang telah memberikan ulasan terbaik mereka dan hasil penilaian masing-masing maka lahirlah satu keputusan iaitu REJECTION with honours ( haha mana datang honour ni ntah)..

Semoga keputusan yang aku buat ini adalah tepat dan semoga pintu rezeki yang lebih baik ada untuk diri ini. Sebenarnya aku tak sabar dan tamak serta ego kerana tidak sanggup melepaskan peluang untuk aku practice designs in structure and infrastructure. Masih banyak jenis designs ingin aku buat dan impikan. Mampukah aku menjadi good designer who able to apply good engineering concept and provide practical value engineering. Boleh tapi dengan masa sayang.

Aku ucapkan juga tahniah pada Kak Awin (ofismate aku) yang bakal berkahwin pada Mei ini dan juga membuat keputusan untuk mengambil jawatan kontrak JKR tersebut. Semoga bahagia melayari bahtera perkahwinan nanti ye. Tahniah jugak kepada Dr. Ir Kamil. Technical Director HLA kerana akhirnya berjaya menyiapkan PHD nya setelah bertahun-tahun terbengkalai dan boleh memberikan MC haram kepada kami engineers. Segala jasa dan tunjuk ajar dari korang berdua, maki hamun dan caci merba akan kami kenang sampai bila-bila. Tak dilupakan jugak pada kenalan baru aku di HLA Mr yuss yang juga telah pergi berbakti di JKR, lepas ni ko akan ada teman yang baru boleh bergeng bertiga dengan awin zairul andteman korang lepak di lib*tut JKR ok. Tahniah semua.

Mereka pergi sekarang dan mungkin aku akan menyusul kemudian. Siapa tahu?
Sekarang aku memang dalam mood sangat untuk menggembirakan diri aku memandangkan cuti sem aku hanya la 1 bulan sahaja iaitu Mei. Banyak rencana aku bulan ini, harap semuanya berjalan seperti yang dirancang.

Farewell Dr. Ir Ahmad Kamil Arshad

Farewell Engineer Yussry

Not yet Farewell Miss Norazuin, becoming Mrs. Hazarul soon

Me Stay at the same place

P/s - Tengah planning jadi organizer relahati kepada aktiviti BBQ and Piknik ex BAA di Hutan Lipur Kanching Templer Park Rawang. Hopefully yang dekat di Selangor and KL dapat join, if orang dari N9 JB & PAHANG dapat join sekali pun best.

Aku kembali ke Alam Nyata

Wargh....
seperti kanak-kanak yang asyik melihat akan sesuatu kerana terasa kagum, begitu jugak perasaan aku pada hari ini, Lepas selesai sahaja menjawab exam alhamdulillah aku terus chow dari exam room, menaiki siburuk dan memecut laju untuk sampai ke rumah kerana ingin terus beronggeng bersama mama and abah serta adiku emmy di bandaraya kuala lumpur.

Pecut (slomo) je kerumah, tibala mama and the geng, lalu kami memulakan destinasi ke Malis corner jumpe cousin aku, keje kedai malis ghupenya, aku as usual tak amik tahu sangat pasal cousin ku yang ini sbb kecik kecik ktorang ( aku and sepupu aku lagi satu) suka belasah dia dalam apa jua kes, so bila besar cam segan plak untuk beramah mesra, maka ku abaikan sahaja pertemuan itu, tengok senyum-senyum oklah tue. Dapat jemputan makan free kat malis corner, alah bukan jemputan khas tapi today is official ceremony Malis kat Danau Kota, jadi makan free for 1000 orang. tak gi pun blah trus menuju ke chowkit. yahoo..

Sampai chowkit dgn niat nak beli kain baru wat baju, musim kawin dah masuk biasalah kene wta persiapan baju sendiri, kang pergi kawin kenduri orang ada yang tegur pakai baju tahun lepas ke kak, tak ker naya, * kejadian pernah terjadi serius tak tipu* so nak elakkan perkara tak diingini berlaku silalah wat baju baru jugak walaupun bukan anda yang kawin, atau pakai lah baju baru orang lain ok. cam-cam kain ada kat cosmic silk, favourite place kat area chowkit tu. Aku telah rambang mata mengambil 2 kain untuk aku hehe satu pink and satu hijau. Warna orange yang baru ku beli minggu lepas jugak telah siap menjadi baju kurung pahang. Nampak gayanya kenelah aku bershopping di site tudungdganu.blogspot.com utk mendapatkan tdung manik kutupat aku tue, Wah bestnya shopping online.

beg baru rorine ku pun telah diperolehi pada hari ini, kasut putih aku heel 2 inch yang comel pun memang puas hati, aku beli after stress dengan paper pertama ku itu last week. Tapi skang dah ok. payah ghupenya kalo stress kene shopping haha. Im changed to a real women now. hehe. Ghupenya banyak jugak barang baru yang aku ada sejak dua menjak ini. Hehe tak per yang penting kita happy ok.

maka dengan ini aku mengishtiharkan bahawa bulan mei ini adalah bulan ronggeng aku dah aku boleh wat kerja sampai bila aku suke di opis, nanga muvies, download citer, skang ada a few list kene buat untuk menggembirakan hari ku di bulan Mei ini. Antaranya:-

1 try balik kg drive sendiri 1st time next week 8 mei
2 nk g celebrate mothers day dgn bwk mak g sg kelah, ini je abah nk ikut tempat lain tak nak pergi 9 mei
3 prepare nk g langkawi june ni - hope tarikh sesuai tu dapat 12 jun
4 dapatkan kasut terbaru aku lagi - NA
5 nak gather jumpe dayah, kawa and the gang 16 mei
6 29-30 mei nk g JB, attend wedding and one day holiday at JB

So bulan mei dah fully booked, June lagilah fully booked kerana kelas ku bermula pada 6hb june, hehe tapi akan ku ponteng kelas pertama kerana nak pergi attend wedding uda at kerteh bersama family mpp ku tersayang.

Luper plak, back to story, aku dah siap beli kain, ktorang blah, semayang jup kat gombak then terus pergi ke malis corner danau kota untuk makan free. Beratur dari ujung kedai sampai ke dapur kedai, sampai kul 930 pm and dapat makan jam 10.30 malam..hoho semata-mata nak makan free punya pasal dalam RM25 la makan 4 orang sanggup...padahal yang kene lineup dan berebut adalah aku tuan punya body. mama abah relax jer..takper..tak per..

Hoho, ok lah take care, aku ada series of miss movies to watch such as wolverine, slumdog, witch mountain and confession of shophalic..take care all daa

P/s - Wajib pergi cari masa menonton BOHSIA next week, penyokong filem pengarah muda Syamsul, Pierre and Farid Kamil. hehe