Aku setelah 2 bulan bergelar isteri & projek engineer

Akhirnya, aku berpeluang mencari mood untuk menulis kembali ke dalam blog yang telah lama ditinggalkan. Sebenarnya aku kesesatan setelah bergelar isteri ini. Dimana aku nak menjadi diri aku sendiri, menjadi isteri, menjadi kakak & menjadi projek engineer pada masa yang sama. Agak bercelaru dan tidak pandai membezakan & membuat keputusan.

Selain itu, aku agak stress dalam kerja, tak pernah rasa diri ini bagus maka asik demotivated sahaja. Jadi memang aku tiada mood nak membuat coretan dalam blog ku yang bersarang. Banyak keputusan nak kene buat, plus aku gain weight after kahwin ekoran makan sahaja tanpa letak syarat2 ku kembali..

Tapi hari ini aku jumpe kembali teman-teman lama dan semuanya kembali slim lebih dari masa bujang mereka. maka aku pun bersemangat semula dan terus beraerobik dibilik dan sedang berpeluh-peluh sambil menulis blog haha. Mulai minggu depan akan aku uruskan semula jadual aku sebaiknya dari segi masa tidor, masa pergi kerja, masa makan, menu makan, masa exercise, minum air 3 liter & lain-lain. bekerja bersungguh-sungguh dan memberi kasih sayang kepada suami terchinta.

Yes. Aku rasa keyakinan diri aku tu yang telah hilang. Aku perlu bangkit dan terus maju usahakan diri perbaiki diri jadi engineer yang terampil diri & ilmu. Ya allah bantu dan permudahkanlah usaha dan urusan ku ini.

P/s - U can do it.