Hentikan demam & keresahanku

hi cukuplah demam terhadap artis ni lelebih FT, mood haku masih lagi ditahap fanatik terhadap FT tapi harus dikurangkan sementara aku sangat sibuk sekarang. Baik kerja mahupun belajar, tetapi banyak berat ke kerja, semester ini gayanya lebih teruk dari sem yang lepas, tahap malas lebih maximum akibat beban kerja yang terlalu banyak. Mata haku menjadi rambang dan badan menjadi lesu untuk menyiapkan pengiraan yang aku sendiri tidak mahir.

Tak tahu apa suntikan yang diperlukan, hanya disiplin dan keazaman yang tinggi sahaja boleh membantu aku. Cukuplah belajar, harapan dapat menghabiskan semuanya dalam tahun 2010 ini. Tak sanggup aku menghabiskan masa dengan belajar lagi, aku mudah bosan dengan apa yang aku lakukan sekarang..

Argh..haku tak pernah syukur dengan apa yang aku ada, aku mahukan lagi kelainan dalam hidup, Benda baru agar terisi dan semestinya bukan lagi sambung belajar..ingin trip lagi..sudah terencana 2 trip untuk masa akan dtg ini, tetapi banyak betul halangan yang ada depan mataku ini.

Haku perlu fokus, siapkan assignment project steel, assignment 1 dr Baha, assignment 2 dr izni dan project precast, proposal thesis praproject and slide presentation, preparation studies and final exam. Wargh so damn banyak. Stress ..aku perlukan jeritan batin agar release all stresses..

P/s - semoga aku tak out of control. amin

Episode of chasing Faizal Tahir





Wah nak sangat buat post yang sangat best ini. Baru pulang dari melihat Faizal Tahir perform bersama Aizat dan Dato Ct, the biggest attraction mestilah FT, if tak disebabkan semalam memang tak tahu betapa gilanya peminat terhadap FT dan aku pun turut terbawa-bawa didalam kegilaan yang melanda fans FT. Konsert perform memang best tip top from FT, AT and CT, apa pun kami tetap rockersteiners, FT Fan. Ini adalah pertama kali aku terlibat didalam kerja gila ini, sepanjang zaman student pun tiada artis lain yang dapat memaksa aku buat benda begini, well apa dapat dengan sign artis dan sekeping pic bersama diorang, Takde maknanya, tapi kalau dengan FT rasa berbaloi-baloi siap rasa diawang-awangan, pendek kata memang dah angau ngan FT. Best performer on stage. Tak kisah apa kontroversi dia buat, After this kene admit memang fan sangat dengan FT so kene grab the original CD of next album adrenalin ok. Konsert memang great, tapi the best moment is after the concert, ada chasing of faizal tahir sikit, Nak jumpa dato Ct memang tak payahlah, cepat dia nak kena balik tapi its ok, she's sangat cute like babydoll dan half hat keluar jambul memang trademark wat si comel CT, paling kelakar aku sais HI to dato' K, layan je Dato; K senyum, oklah tu, kalo tak senyum mau jadi isu hari ini.


Before meet FT, block tahan mr aizat 21 tahun dulu, alamak soft spoken lah this aizat, rasa sejuk je layan peminat macam ini, padanlah miss LJ menyukai dan meminati personaliti aizat, siap dah book dulu dari orang lain yang tak minat tu, tak kisahlah what physical background, yang penting current appreance, haha..tak tau lah diroangnya feeling, tapi they looks cute together memang ok dah lah sangat.


tetiba abang guard datang (kwn anas KOQ yg rambut pjg tu), bagitau FT boleh take signature je lagi, dia memang dah terlalu exhausted untuk melayan peminat menangkap pic, alah kesiannya kat ktoang, tapi simpati lagi kat FT sebab dia masih dalam condition tidak sihat, wow tapi perform BECHINTA memang jauh lg best dr AJL hari itu, superb. Ktoang pun x perlah, yang penting kami ber6 yang dtg tu dapat sign FT..haha, tak dapat jumpa FT pun jumpa Anas Tahir pun oklah, tak sangka kami dapat jumpa anas kat situ, pikirin anas tak amik port apa abang dia buat, rupanya tidak, kalo memang dah jiwa seni memang they support each other, tahap kesengalan anas memang terserlah and nasib baek dia ni cool, tq anas sebab sudi kena paksa dek kami amikkan pic FT. Anas pemalu katanya haha, tapi sesiapa nak mengenali anas lebih dekat sila search anas tahir dalam youtube ok, Sure jumpa and korang mesti kelakar dengan dia ini, boleh menceriakan suasana yang gempak. Btw anas ni kecik je orangnya and cerah sikit dari FT opss..takpe FT kan rowks.. the best moment ever adalah, ada FT punya kameramen ini suruh geng kami wat speech ke FT, wow apalagi memang tak dilepaskan, so amik peluang cakap apa nak ckp ke video itu, pergh rasa memang cam poyo and tak sangka buat benda cam gini, tapi actually rasa best, so normal lah cakap take care, jaga kesihatan and of course mesti cakap we luv you FT. Tolonglah rasa memang seperti poyo dan tak percaya. Tapi kameramen nya memang cool and tq abg kamera serta pak guard yang menyampah nak layan ktorang. Mana de kami terkam Ft kami cool je kan duk kat tepi..tak pepasala rasa mesti nak kene menyampah dgn semua bguard artis haha. WQM919, civic putih FT, masa yang ditunggu telah tiba, nak wat lambaian terakhir to FT. Jeng jeng FT keluar dengan sweater superman yang tidak dapat dipisahkan..and terus kami beramai menjerit-jerit yang tak la kuat sangat sebab berapa kaki je jauhnya wat speeh between fans and artis, pergh apa speeh dah sebut kat video tadi semua keluarkan balik same script and cakap ke FT, dia pun tunggu jer tak masuk kereta lagi dan dengar apa ktorang cakap, and biasalah pas cakap we luv you FT , confirm reply balik I luve u too..haha suke giler semua orang..meaning dia dengarlah apa semua speech yang kami sebut sebelum itu. Budget tapi serius dia dengar ok. Then itulah lambaian terakhir bersama WQM919 and the owner..Pulang dengan terkilan tapi kepuasan kerana Ft memang best and superb. hahaha..



P/s - maafkanlah kerana penulis baru pertama kali buat benda begini jadi keterujaan dan kepoyoon itu terserlah dan mesti diserlahkan agar orang lain memahami sebenarnya apa yang telah berlaku, ini bukanlah perkara yang disengajakan..huhu

annual meeting

kui kui, sejak aku di opis aku tak pernah lak terkene meeting tahunan ala ala AGM time school dulu, tapi jumaat lepas kene gak dgr speech, duk dlm room yang bdk laki as usual cam memalas je nak ke depan, yang junior mesti kat depan, really cam old schools. argh miss old times. tapi best and sweet kekadang wat aktiviti cam ni lelebih lagi time dah kerja ni memang hampes nak wat bebenda gitu kan, argh rindu nak jadi seorang kakak fasy.

tapi x nak waste time and tak de story pun just nak share picture and manpower yg ade at my opis..

pose sebelum start speech

pose poyo time dengar speech

bersungguh nak tolong blok jalan for pic session

infra & structure man power

aksi beriya -iya b4 snap pic

without opis name

Opis manpowers..yoshyosh

p/s - bak kata en Hr, jika kita nak something dari syarikat, syarikat pun nak something dari kita, maka bekerja lah dengan jujur, ikhlas dan bersungguh di masa hadapan, semoga dapat jadi engineer yang pro.. yeah

keringatku yang maksima

jejak tahun 2010 ini memang agak memberikan impak kepada keadaan ku seharian, hari semakin hari tahun meningkat tanggungjawab diri bertambah dan semakin berat rasanya beban untuk meneruskan hidup dengan kerja dan belajar, tapi dek kerana aku suka kepada semua benda itu tak mampu untuk aku mengatakan tidak kepada kerja yang semakin mencabar sekarang..

ini adalah semester yang ketiga buat aku di UTM, berusaha nak habiskan dengan 4 semester sahaja. ya Allah Kau bantulah aku agar aku sentiasa sabar, usaha dan ikhlas dalam semua kerja yang aku lakukan. Benarkanlah aku untuk menghabiskan postgrade ini on time. Sebenarnya, aku sangat bimbang untuk semester ini subjek yang di ambil so so so susah iaitu steel, wah subjek yang time degree dulu senang nak dipelajari di dalam kelas tapi jawab exam nearly failed. Subjek inilah yang mengantoikan degree aku dulu, habis point jatuh, kalo dak 1st class dah..haha nasib badan. semoga tak berulang lagi semester ini, let me shout..steel susahnya you ni..warghh..

working under pressure, itu yang sedang di lalui pada kala ini, banyak betul kerenah manusia berambut hitam, erhm hati baik kot tapi attitude yang buruk. tapi normallah duniawi semuanya tu, kene adapt lah kerana ini jalan yang telah kita pilih iaitu menjadi seorang engineer, erm should i change my job haha..i will someday ok. ( im gonna be a lecturer in da future)

today kene skipped buat workout jilian micheal, actually jadual start 1 feb tu memang dah follow, dah wat sampai 3 hb Feb, memang best giler workout dia, banyak squad and sit up serta lompat bintang, tapi hari ini senggugut datang balik erm agak teruk gak rasanya..nearly4 months tak menghadapinya hari ini dtg plak, perut kejang rimas, emosi memang blow up gler senang je nak hangin tapi under control, tapi sakitlar..esok if dah ok sikit kene continue sambung sebab ada target yang perlu dikejar..cayok2x to myself.

pressure of working, determination only for studies and highly addicted to workout memang memaksa masa aku hampir 24 jam digunapakai, rasa badan memang beroperasi sahaja, none stop. kene muhasabah dan be careful takut aku sudden collapse, susah nak jawab..semoga aku memperoleh kesihatan dan kesejahteraan hendaknya demi memenuhkan lagi jadual ku yang kosong-kosong itu..

P/s - blogging selepas minum bersama mama, abah and adik jam 10.30 pm. rindu kepada keluarga kerana dah lama sangat tak pulang ke kampung ekoran Malas..so siapa rindu saya sila datang berjumpa saya ok..