Hupdate ramai nya orang kawen

Hehe..aku buka facebook, baru perasan ramai ya kawan kahwin bulan 5 dan 6 ini. Aku sendiri je dapat 5-6 jemputan tuk tarikh Yg sama 12 may, masa tidak menyebelahi aku. Satu pun tidak dapat aku hadiri kerana lokasi aku berada di Bintulu. Aku sendiri pun nak buat majlis pada 2 june. Syukur akhirnya semua rakan-rakan aku turut melabuhkan tirai single mingle mereka pada tahun ini.
Kepada lan, fiorisa, azam, hana, nodie, sarina, shahrul,kak rina, Abg bedul, atiq & Yana. Aku ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru. Semoga lancar dan barakah majlisnya.

Aku memang dah janji dengan Mama aku kena settle down by 28. Choiii kantoii usia aku kan. Kalau tidak hari2 lah nyer kene bahan bebelan bilakah anak dara ini nak kahwin. Memang tak tahan wei, belum campur makcik pakcik sepupu sepapat jiran tetangga masyarakat yang suka mengintai kain orang lain. Maksudnya concern sangat pasal kita. Budaya orang Melayu memang begitu. Tapi rasanya soal ditanya ini memang terjadi kepada segenap lapisan masyarakat. Pernah satu ketika ada seorang kawan aku ini amuk di Fb, katanya bila single tanya bila nak kahwin,bila dah kahwin tanya bila nak De baby, dah sorang bila nak tambah lagi, jadi rantaian soalan berlanjutan dalam cycle kita sampai akhir hayat. Hehe. Redha ajelahkan..

Apa lagi Yer tinggal majlis aku ni. Kad dah siap and dah edar2, habis jemput pakai Fb,email and mulut ke mulut. Doorgift dah hampir 80 barang siap, cuma proses nak packing je belum lagi. Dalam 10 hari sebelum majlis kot. Pakaian nikah, resepsi. Lelaki dan perempuan pun dah selesai semua masa dan pakej ya. Makan catering lagi 2 minggu majlis bayar semua. So tentative by 16 mei settle. Aturcara majlis secara ringkasnya dah ada dalam kepala otak. Baju famili pun settle tapi satu pihak sahaja. Belah lelaki kena pakai baju re cycle yea. Memanjakan diri in progress dan dah book spa for 26 mei. Aktiviti berinai pada 31 mei incase tak merah buat lagi 1 june. Ticket balik Bintulu kl dan kl Bintulu done. Managed dapat MAS tix. Lega aku.

Oh ok ada dua bende tidak settle, makanan tambahan dan manisan tambahan untuk 300 dan 1500 orang. And transportation dari kl Kedah untuk 44 orang. And borang nikah belum submit. Haha bende paling penting tetapi masa masih panjang.

Ok aku kene study skrg, esok ada exam interview session, hope ok, sbb aku x prepare langsung.

Ps doakan majlis aku lancar k. Dan menjadi detik terindah dalam hidup.

Hidup baru di bintulu sbb project engineer

Syukur Sudah hampir 2 minggu aku berada di Bumi Bintulu buat Kali keduanya. Kali ini lebih jelas kerana aku berhijrah ke bumi Sarawak. Mungkin akan berada di sini 3-5 tahun. Bergantung akan minat aku terhadap kerja kerana aku suka dengan impian membina keluarga kan. Lama-kelamaan aku suka berada dibintulu kerana aku sukakan idea untuk travel disekitar region Sarawak. Aku target untuk melawat Sibu, Brunei, tawau, sipadan, Labuan, Filipina, dan beberapa pulau yang berada di Sabah. Lebih dekat, jimat dan cantik travel dari sini ke kawasan tersebut. Dgr khabar kita akan terima masuk malindo air di sini dalam june akan dtg. Lokasi Yg 20 min Shj dr AirPort juga amat menggembirakan kerana ianya mudah untuk travel All over the would also. Aku telah memperoleh idea baru dimana ingin menjadikan brunei AirPort sbg main AirPort jika aku ingin ke luar negara. Lebih dekat dr ke lcct di kuala lumpur kan. Hehe sangat bijak lah aku menguruskan masa solo Ku di sini.

Soal kerja aku sudah diberikan task untuk terlibat dalam projek baru. Syukur. Skrg aku berpeluang untuk melihat proses shutdown and plant change. Br lah aku memahami apa Yg dimaksudkan teman-teman perjuangan yang lalu. Tetapi ada budak loyar buruk kaki ampu di Opis tu. Nak jd cerita hidup akan lebih menarik kerana ada orang sepertinya dalam hidup aku di pejabat. Jd mungkin banyak melepaskan perasaan aku nak mengata dia di sini. Hehe.

Kurang dari 40 hari akan tiba hari langsung aku. En tunang sangat Busy dgn papar dan thesisnya. Cik Sha pun sama jugak. Aku plak balik keje penat before jam 10 dah tido. Tak sempat nak berkomunikasi dengan mereka ni. Kerana keduanya tidak mahu diganggu. Saya memang kaki sibuk.

Minggu ini aku akan Busy untuk prepare exam interview aku pada 30 april. Kemudian nak Join shutdown pada 27hb or mungkin awal lagi. Dan akan pulang mengundi pada 4 hb sehingga 6 mei di kuala lumpur. Jadual padat. Masa inilah nak edarkan kad, nak beli kasut nikah, beli tudung nikah, amik baju fitting, bayar catering 80 percent. Bayar Bus ke kedah dan finalize doorgift dgn Mama. Then pulang bekerja kemudian 24 mei aku sudah pulang ke kampung. Alhamdulillah 21 hari cuti kawan aku diluluskan. Aku beruntung kerana disarawak waktu tersebut ada hari gawai dan dengan apply 12 Hr aku peroleh 21 hehe. Dapatlah aku meluangkan lebih masa bersama keluarga kedua belah pihak. Syukur. 17 june mula bekerja brlah aku nak mula gear 5 haha. Aku tidak mahu jadi pekerja baik yang ditindas dan dibuli lagi. Please let Me shine like a diamond.

Banyak nyer riban yang perlu dibelanjakan. Apa pun mohon doa agar semuanya berjalan lancar. Tiada masalah kedua belah pihak dan kami enjoy. Yahoo. Aku menghitung hari.


Dugaan kurang daripada 60 hari

Tanpa disedari tinggal lagi 58 hari nak ke majlis. Ya Allah benar kata orang kalau tak prepare awal memang banyak dugaan atau masalah. Masa buat persiapan majlis inilah sedikit sebanyak menguji kesabaran aku dan dia. Sebagai perempuan, semua bende kita inginkan ikut kita plan, warna cara dan kesukaan kita. Tapi akhirnya endup, x dapat apa2x haha. Jadi padan muka sendiri ingin Ku katakan. Tapi tidak mengapa, Yg penting majlis berjalan lancar, kami dimurahkan rezeki kerjaya, keluarga dan pegangan Yg betul. Syukur, sabar jer orangnya melayan kerenah degil aku ini.

Tetapi perempuan tetap kecewanya bersarang dihatikan hehe..oklah aku dah kene redha dan lepaskan apa yang bersarang dan fokus kearah kerjaya yang cemerlang dan gemilang.

Ps tetiba hadir rasa takut...berdebarkah aku...