Hidup baru di bintulu sbb project engineer

Syukur Sudah hampir 2 minggu aku berada di Bumi Bintulu buat Kali keduanya. Kali ini lebih jelas kerana aku berhijrah ke bumi Sarawak. Mungkin akan berada di sini 3-5 tahun. Bergantung akan minat aku terhadap kerja kerana aku suka dengan impian membina keluarga kan. Lama-kelamaan aku suka berada dibintulu kerana aku sukakan idea untuk travel disekitar region Sarawak. Aku target untuk melawat Sibu, Brunei, tawau, sipadan, Labuan, Filipina, dan beberapa pulau yang berada di Sabah. Lebih dekat, jimat dan cantik travel dari sini ke kawasan tersebut. Dgr khabar kita akan terima masuk malindo air di sini dalam june akan dtg. Lokasi Yg 20 min Shj dr AirPort juga amat menggembirakan kerana ianya mudah untuk travel All over the would also. Aku telah memperoleh idea baru dimana ingin menjadikan brunei AirPort sbg main AirPort jika aku ingin ke luar negara. Lebih dekat dr ke lcct di kuala lumpur kan. Hehe sangat bijak lah aku menguruskan masa solo Ku di sini.

Soal kerja aku sudah diberikan task untuk terlibat dalam projek baru. Syukur. Skrg aku berpeluang untuk melihat proses shutdown and plant change. Br lah aku memahami apa Yg dimaksudkan teman-teman perjuangan yang lalu. Tetapi ada budak loyar buruk kaki ampu di Opis tu. Nak jd cerita hidup akan lebih menarik kerana ada orang sepertinya dalam hidup aku di pejabat. Jd mungkin banyak melepaskan perasaan aku nak mengata dia di sini. Hehe.

Kurang dari 40 hari akan tiba hari langsung aku. En tunang sangat Busy dgn papar dan thesisnya. Cik Sha pun sama jugak. Aku plak balik keje penat before jam 10 dah tido. Tak sempat nak berkomunikasi dengan mereka ni. Kerana keduanya tidak mahu diganggu. Saya memang kaki sibuk.

Minggu ini aku akan Busy untuk prepare exam interview aku pada 30 april. Kemudian nak Join shutdown pada 27hb or mungkin awal lagi. Dan akan pulang mengundi pada 4 hb sehingga 6 mei di kuala lumpur. Jadual padat. Masa inilah nak edarkan kad, nak beli kasut nikah, beli tudung nikah, amik baju fitting, bayar catering 80 percent. Bayar Bus ke kedah dan finalize doorgift dgn Mama. Then pulang bekerja kemudian 24 mei aku sudah pulang ke kampung. Alhamdulillah 21 hari cuti kawan aku diluluskan. Aku beruntung kerana disarawak waktu tersebut ada hari gawai dan dengan apply 12 Hr aku peroleh 21 hehe. Dapatlah aku meluangkan lebih masa bersama keluarga kedua belah pihak. Syukur. 17 june mula bekerja brlah aku nak mula gear 5 haha. Aku tidak mahu jadi pekerja baik yang ditindas dan dibuli lagi. Please let Me shine like a diamond.

Banyak nyer riban yang perlu dibelanjakan. Apa pun mohon doa agar semuanya berjalan lancar. Tiada masalah kedua belah pihak dan kami enjoy. Yahoo. Aku menghitung hari.


No comments: