Official sudah seorang pengepam

November ini secara rasminya akan termaktublah saya sebagai pekerja logo diatas, saya akan mengepam minyak dan menjualnya pada kadar yang berpatutan, kerja yang berat dan melampau mungkin saya akan buat overtime dengan banyaknya, tapi saya redha, mungkin dengan cara ini saya sentiasa bersyukur dengan kerja yang saya ada, yang saya akan buat dan cabaran yang saya hadapi..im no longer a designer ..hukhuk..hanyalah seorang pengepam kini..

P/s - sila rujuk entry rezeki..ini adalah entry simbolik menjawab entry terdahulu

Im a diver im survivor

Aku telah pass dive training dan telah menjadi diver amatur secara rasminya. Latihan telah diambil di redang reef resort pada 15-18 Sept 2011 yang lalu. Amik dengan dive instructor abun & adi dan ditemani dive master azam. Total belanja for dive ni adalah RM1450 berpatutan dengan tahap kesukaran lesen yang nak dipelajari dan bilik sea view yang cantik & menakjubkan. Pulau Redang adalah tempat terbaik dihatiku, jatuh cinta kali ke 2, kalo datang kali ke 10 pun jatuh cinta lagi.

Berlegar di kepala hotak ini, lagu destiny child, im survivor im a diver hehe. Semoga murah rezeki haku dan dapat lagi pergi dive ditempat-2x yang tersohor dan cantek. Tahniah juga pada rakan geng g2k aku yang juga telah berjaya mendapatkan lesen dive masing-masing, Eone, Hanis & Fizan. Congret. Jadi layanlah beberapa gambar sewaktu boat dive kami yang pertama ok.

Haku dan angelfish (nemo)

Haku dalam pose slumber macho

My greatest buddy dive (Hanis), kalo takde dia ni seriau haku

Sewaktu descending 1st boat dive, nervous tapi sempat peace

Aksi akrobatik kami di dasar laut

penjaga sang tua

Kita semua akan menjadi tua persis baby suatu hari nanti, mampukah kita melayan kedua ibubapa kita seperti ibubapa kita membelai dan menjaga kita sewaktu kecil dahulu. Jika ibu dan ayah sudah tiada kudrat untuk berjalan atau menyelesaikan bussinessnya di bilik air. Mahukah kita dengan sukarela menyucikan mereka, mengangkat mereka dari katil ke bilik air, menyucikan segala bussinessnya yang bersepah-sepah itu. Menyuapkan makan dan berkomunikasi dengan mereka tatkala mereka tidak lagi memahami apa yang kita sebut.

Takutnya aku untuk menjadi penjaga sang tua. Tahun ini aku melihat kedua nenek dan atuk aku berada dalam kondisi kritikal. Keduanya pernah dikejar dan diwadkan di hospital. Sebagai cucu, aku melihat sendiri dan cuba memahami bagaimana pakcik dan makcik aku berusaha melunaskan tanggungjawab sebagai seorang anak. Betapa sebenarnya agak sukar untuk seorang anak mampu melayan karenah orang tua yang semakin berpikiran seperti kanak-kanak. Degil, tak dengar kata dan kuat merajuk. Tingginya kesabaran yang diperlukan untuk bersedia menempuh waktu itu.

Aku luahkan perasaan takut ini sebagai ingatan buat diri aku dan kengkawan. Kita perlu kuat dan bersedia dari segi attitude dan kesabaran serta kewangan yang mencukupi untuk mampu memberi layanan yang baik dan elok untuk kedua ibubapa kita.

Ya Allah, aku bermohon agar kedua ibubapa ku diampunkan segala dosanya dan mendapat kesejahteraan dalam kesihatan hidup dan menjadikan kami anak yang soleh dan solehah serta senantiasa berbakti untuk mama dan abah dari pelbagai segi. Semoga dosa kami juga diampunkan kerana sering melukakan hati kedua mama dan abah dengan sengaja atau tanpa kami sedari.

Semoga aku mampu menjadi penjaga sang tua. Amin

salam hari raya 2011

As salam

Raya kali ini persiapan lebih awal dari biasa kerana bimbang akan kemungkinan tidak mendapat bonus, maka duit raya dan baju raya haku dan adik telah dibeli lebih awal dari biasa. Jangkaan haku memang tepat, tapi tetap bersyukur kerana masih mendapat duit raya walaupun sedikit, sekurangnya dapat membelikan kasut baru buat haku dan mama.

Raya kali ini jugak lain kerana setelah berpuluh tahun kami beraya di kampung nenek sebelah mama, akhirnya tahun ni kami memasak dan beraya dirumah sendiri kerana auntie belah ayah haku bersama anak-anaknya ingin berkumpul dan beraya bersama. Maka buat pertama kalinya juga aku menunaikan solat raya di Masjid Sg. Dusun selalunya di Masjid Gedangsa. Terasa luar biasa sebab haku memang tidak pernah beraya sebelah ayah haku sejak dari kecil lagi. Inilah namanya perubahan hidup. Apabila meningkat dewasa haku sudah memahami dan dapat menerima segala perubahan yang berlaku dalam hidup. Aku jangkakan jika aku yang sudah berkahwin barulah akan beraya dirumah ibubapa sendiri. Rupanya peluang itu datang lebih awal. Semoga silaturrahim antara kedua belah keluarga dapat ditingkatkan.

Raya kali ini jugak tidak sempat hendak keluar berjalan kerana terlalu ramai masyarakat yang datang beraya dirumah nenek(wan), maka anak beranak sepupu sepapat bertelekulah dihadapan tv menghadap segala cerita hantu best di tv. Kali ini raya manyak baby, maka sangatlah letih menarik perhatian baby yang comel-comel itu. Semuanya cute dari umur 5 tahun sampailah baby 3 bulan.

Itu jerlah perihal raya 2011, banyak menghabiskan masa di rumah. Kepada kengkawan maafkanlah salah silap saya jika ada yang terasa hati tersinggung perasaan tanpa haku sedari. Semoga segalanya baik dan bahagia sahaja. Selamat hari raya maaf zahir dan batin.