aku dan sub sale house

Saya berjaya mencari unit rumah apartment seperti ciri yang saya kehendaki untuk jadi hak milik sendiri dan berpotensi dijadikan pelaburan. (sebenarnya nak bagi adik-adik aku sewa agar mereka tidak merempat di tempat lain, hehe aku rasa sungguh murni). aku masih nak menjaga mereka walau mereka dah dewasa.

Pening jugak urusan ini sebenarnya, perlu banyak berusaha mencari ilmu untuk memahami urusan pembelian, cara mengendalikan agen rumah, memahami kesan pelaburan rumah, mempercayai agen or peguam bertugas, memahami term and condition yang telah ditetapkan, perasaan gundah gulana tatkala nk menghulurkan wang simpanan percaya atau tidak. Memahami tempoh masa pengurusan beli agar tidak dikenakan denda or menyebabkan void pd pinjaman, paham proses epf2. Fuh dan macam2 lagilah.

Bila dah melalui ini barulah rasa macamana nak buat untuk sistem yang ke dua. Harap dapat membuat pembelian rumah best lagi untuk sendiri duduk. Kali ini memang beli untuk disewakan dahulu. Aku nak beli lagi satu rumah landed untuk park my parents kat situ or bina lagi satu rumah baru yer. Masih berkira dan menabung ke arah itu.

Boleh kata setiap hari muka ini ada dibank nak memastikan loan kita diproses dengan segera dan memenuhi kehendak kita. Walaupun jenuh gak menghadapnya tapi alhamdulillah akhirnya segala urusan mudah walaupun aku ni dah ke luar negara.

Harap tiada masalah dimasa hadapan. Mari belajar tentang pelaburan emas dan unit trust pula. Dan aku teringin nak berniaga di umur aku 40 tahun. I mean like real bussiness.

Ps- asyik pikir nak melabur sahaja..ini adalah entry kepam ok. so lama (next baru buat entry prosedur membeli rumah).

Keputusan yang dinanti

Akhirnya hari yang ditunggu telah tiba. Iaitu samada aku akan tetap berada disini atau akan berpindah ke tempat lain. Jawapannya pasti aku pindah ke tempat lain, tempat kerja baru, project baru, kawan baru, semestinya bersama teman hidup yg baru juga insyallah.

8 hb mac pengesahan rasmi akan diumumkan. 22 hb mac semestinya aku telah berada di kuala lumpur. Kerja baru menanti, team baru akan ditemui. Banyak persiapan kerja dan majlis yang perlu disudahkan.

Apa pun segala kesusahan dan nikmat yg diterima ini aku syukur dan redha. Allah perancang terbaik buat aku. Harap aku dapat melalui masa depanku dgn baik. Amin

Ps : 2-3 march road trip to san marino or pisa florence, 8-10 march road trip barcelona, realmadrid and valencia


Seminggu cuti di kampung dan updates majlis

Disaat akhir aku membuat keputusan untuk pulang. Nasib Ada ticket Tajaan barulah dapat pulang. 7 feb malam ku pulang menggunakan fav airlines emirates Milan-Dubai-kl. Jejai je kaki ke Kuala Lumpur my best friend yang pickup. Tenkiu dear. Menumpang sekejap dirumahnya sbb esok terus menghadirkan diri ke Kursus kahwin. Aku Amik di mahligai Fridaus setiawangsa. Slumber badak aku hadir dengan jeans dan blouse. Mana lah aku tau syarat berpakaian. Bila masuk kelas semua pandang je pastu duduk belakang sekali. Mana ilmu nak masuk laju-laju ke dalam kepala otak. Lupe satu Hal lagi beg luggage aku 14kg tu pun de menumpang di pusat Kursus. Tapi Kursus kahwin disini memang Sangat best. Sangat rekemen untuk pergi dgr Kursus disini. Unsur Lucah kurang tidak terlalu banyak tapi unsur lawak bertimbun-timbun.

Lepas tu aku lepak di kampung seminggu untuk bermain dengan rina dan bertemu dengan cousin baru lahir. Arsyad aryan. Gempak Nama. Activiti dirumah memang hanya makan, update lesen, Amik HIV test, settle kan borang Nikah, settlekan design barang hantaran, settlekan perbincangan renovate tandas dan Rumah, discuss on doorgift, finalise tema, baju keluarga, dan baju Nikah serta resepsi selesai tempahah dan booking.

Banyak2 benda yang dibuat Diatas, ku dapati ic aku telah ilang. Huhu hilang dimana tidak dapat di kesan. Tp iTu hikmahnya balik. Buat aku balik seminggu je sebelum majlis, tak ke haru tak ada ic. Haha. Lepas Tu makan lagi Lepas makan makan. Oh pickup gambar tunang Dari kawan jugak tidak dilupakan. Alan tanks. Gambar santek tapi empunya badan je kurang santek yer.

Pendek kata bestnya balik Kali ini. Rina aktif meriah dan pelengkap suasana.
Insyallah Akan pulang pada April ini sehingga june 2013 berada di kuala lumpur. Yahuu.

Ps aku nak berjalan ke Paris je Sekurang2nye before demob Dari Bumi italy

Balik raya cina di malaysia

Semalam agak susah untuk aku melelapkan mata ekoran bibir kiri atas ku Bergerak-gerak sehingga keesokan hari ya di tempat kerja. Lalu ku google dan menjumpai beberapa petanda kalau bibir Bergerak ini maknanye nak jumpa kekasih, nak menerima kabar gembira, kejayaan la, keamanan dan kerjaya. Wah wah sungguh memyeronokkan petanda tersebut. Tetapi tidak lah ku percayai, Cuma memang menggembirakan apabila bos membenarkan aku cuti dan aku memperoleh ticket home leave. Passage aku. Ini barulah betul kabar gembira. Dapatlah aku bercuti dan berjaya cina di tanah air sendiri. Berjumpa rina dan new baby boy rayyan yang baru Lahir 1 feb yang lalu. Bertemu keluarga dan sanak saudara. Bunyi macam nak beraya. Memang pun raya cina.

Aku pun Amik kesempatan ini untuk Amik Kursus Yang patut dan menyelesaikan beberapa perkara yang mampu. Harap masa seminggu yang diberikan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya. Kesian rasanya diri ini kerana caca Merba ku rasa jadual hidup dan kerja. Tidak termampu untuk aku meng uruskan majlis di kala aku jauh jauh. Aku berdua sahaja agar dimudahkan jalan untukku. Jika ini memang ketentuan untuk aku insyallah Ada jalannya.

Berdebar rasanya, bukan pasal majlis tetapi pasal tiada ketetapan dalam kerja. By akhir feb ini mungkin Akan terjawab segala persoalan. Jika aku sah bekerja Dimana barulah aku dapat berbincang lanjut dgn my fiancé our next act. Masing-masing dengan misteri hidup yg tiada lagi ketetapan. Bila blur begini tiada keputusan untuk kami. Rasanya ini dugaan hidup yang perlu dihadapi.

Harap bila balik ini, my mind clear dan bersemangat untuk resume kerja Dimana sahaja aku berada. Go Milan, go Yokohama, go Canada, go kl, go Bintulu. Oh I love London hehe.

I wanna go to Spain and Paris on March yeah..

Kepenatan keletihan dan kelesuan

Akhirnya setelah hampir 5 bulan berehat dari beriadah or workout aku berjaya membuat cubaan pertama body combat 1 hour dan jogging 30 mins. Rasa teruja dan happy kerana dapat exercise.

Tetapi hari isnin aku sangat haus dan telah minum 3liter air. Badan juga dan sakit-sakit musclenya. Aku tak larat nak rasa sakit-sakit ni. Terasa sungguh tidak selesa.

Malam hari lagi aku rasa tak sedap badan. Dah lama aku tidak jatuh sakit. Boleh kata sepanjang di petronas aku tak de jatuh sakit. Ya allah mungkin ini tiba masanya nak terima kesakitann kecil. Aku redha. Hapuskanlah dosa-dosa kecilku.

Jam sudah menunjukkan pukul 9. Aku sudah tidak tertahan. Berat sungguh mata ini. Aku nak beransur untuk tidur.

Salam