Hari Raya Aku


Salam syawal buat semua. Hari raya pada tahun ini lebih bermakna kerana kami sekeluarga dapat berkumpul dan beraya bersama. Yang utamanya bersatu kami 7 beranak. Kebiasaannya setiap tahun tibanya raya, akan ada sahaja seorang dua yang menyulitkan keadaan a.k.a buat perangai. Justeru itu, tak pernah cukup korum kami untuk bergambar atau menziarahi sanak saudara.

Namun aku syukur, kali ini adik aku yang degil telah lembut sedikit hatinya dan turut bersama memeriahkan hari raya tambahan pergi menunaikan solat sunat aidilfitri. Semoga hatinya dan perangainya lebih lembut lagi dimasa hadapan.

Raya kali ini, sangat meriah dan sangat berhabisan duit. Sebagai along, memang hanya aku sahaja yang bekerja maka kenalah aku berkorban lebih banyak untuk kegembiraan keluarga. Rupanya memang kepuasan melihat adik, mama and abah gembira mendapat apa yang mereka inginkan. Tahun ini, TV di rumah telah meragam. Selama ini Tv tersebut telah hidup dekat 30 tahun akhirnya pada raya 2010 ini tiadalah lagi gambar yang keluar hanya suara serak2x sahaja kedengaran. Maka dengan bangganya aku sudi membelikan tv lcd samsung 32inchi series 4 untuk memenuhi keperluan hiburan keluarga. haha. Best giler ghupanya ada tv baru ini. cuma tunggu masa nak masuk astro confirm gambar lawa. yeah..semua orang berasa gembira. kelebihan tv ini adalah boleh masuk pendrive nak tengok movies, lagu & picture. plus boleh dengar radio sebab ada FM transmitter...

Duet raya tahun ini, confirm lah aku dapat RM 5 ringgit jer. itupun setelah dicampur makcik tu bagi RM2, bg RM 2 dan RM 1. alahai nasib badan sudah tua, kelihatan seperti makcik atau mak orang. Maka tiada lagilah aktiviti menerima duet raya, hanya menderma duet sahaja pada sepupu dan anak sepupu. Anak sepupu pun dah ramai, anak buah belum ada lagi sebab aku pun tak kahwin lagi mana boleh adik aku langkah bendul. Kalo nak langkah juga boleh aje. Aku cuma perlukan sepersalinan lengkap barang kemas dari atas ke bawah yea. baru ko tau hehe...kalo tak mahu kene tunggu la turn kakak dulu yea. hehe..

pendek kata, raya tahun ini aku rasa paling bermakna, kerana rasa sayu sebak menikmati aidilfitri dan menziarahi sanak saudara terbit disanubari aku. nampaknya aku semakin matang dan dewasa. cewah..so nak wish semua selamat hari raya, jangan lupa puasa 6 ok. salam.

p/s aku merindui masa ronggeng bersama teman-teman.

berbuka with alumni UMP


another lagi event berbuka bersama teman baru nak mesra, meaning berjumpa dengan sahabat yang sebelum ini tak pernah bercakap, akhirnya setelah 2 tahun meninggalkan ump berjumpa senior kembali dan bercakap bersama mereka.

well, at first memang dah tak nak pergi that event, sebab banyak bende berserabut dalam kepala otak ni. tapi since the bendahari and fatihah dah tertanya saya tatkala saya decide tak nak pergi. akhirnya aku pergi jua walaupun ku redah kan sahaja seorang diri. sungguh sedih.

baru je wat posting pasal nak kurangkan event berbuka di luar, tapi tak b
oleh sebab jemputan ada sahaja. sebagai kawan saya tak sampai hati untuk tidak hadir maka ku gagahkan diri untuk hadir semuanya. saya cuba yer sambil mengira-gira buku hutang, buku bank dan kad atm. hehe.

sambung pasal berbuka alumni tadi. yg hadir tidak ramai hanya segelintir sahaja yang mengenali abg syed, abg faizal dan kengkawan aku sendiri seperti tiha,krul,fifi dan
ajk terkuat alumni mamad. Tak terkejar mamad aku tengok melihat dia bersungguh-sungguh berusaha untuk
alumni. Semoga segala effort ko berbaloi dan insyallah jika tiada aral anytime kami boleh tolong. dun worry.

Ada juga wife abg syed, sist normah dan anaknya nama haidar. opss sama nama dengan aku bermakna keberanian. wah sungguh beranikah aku ini. hehe penakut sebenarnya. ada jugak mr akif & mr akmal. Mr akif ni memang aku tak pernah perasaan time di ump sebab dia agak supersenior gak. tapi mr akmal bolehlah sebab batch along. pernah lihat sahaja lah. pastu tak dilupakan seorang pensyarah ump FKM mr ammar and wife turut hadir. percakapan beliau memang ala-ala seorang pensyarah berkaliber. semoga hasrat aku untuk m
enjadi seorang lecturer juga turut tercapai. tapi aku malas, mampukah nk meng
ajar orang and wat paper.. haha..

so aku classkan event berbuka alumni ni sangat bagus sebab yang hadir memang bagus dan cuba untuk memeriahkan keadaan. sayangnya aku tak dapat bwk geng koriev hadir. well itu akan
mengempak dan menggamatkan lagi suasana. next time akan kut heret da geng untuk hadir ok.

pic berbuka yang ada muka aku memang la aku xder. kene plak request pada senior faizal & akmal. tak perlah aku bg sahaja pic yang takda muka aku yer. gambar semasa meeting selepas makan.

P/s insyallah akan senantiasa menyokong alumni UMP. a.k.a UMPAS. rakan seuniversiti marilah bekerjasama menyokong penggerak alumni k.


gelak sakan, tak ingat apa topik

syed, akif and akmal (fahrin ahmad)

memang discuss serius ni. aku je blurr

akmal mulut penuh, tiha happy face, krul minum and fifi serius discuss

mr mamad kaco aku amik gambar, perspective konon.

saje letak pic gedix,
teringin nak gedix sekali sekali walau x berapa menjadi.
belakang banyak buku, kantoi saya budak nerd


sepanjang bulan puasa tahun ini

Salam, alhamdulillah dah berjaya puasa dengan baiknya insyallah. Tetapi tetap tak dapat penuh puasa tahun ini walaupun haku telah membuat pengiraan dan percaturan makanan yang terbaik. Kitaran yang tetap mesti dipatuhi. Insyallah ini menandakan aku sihat. Syukur, amin & alhamdulillah.

Kesempatan aku sedang beristirehat dari urusan berlapar dahaga masa inilah untuk aku menghabiskan project sek (master) aku dengan tekun. Kekadang perasaan berbaur rasa boleh siap kejap dan tetiba rasa tak boleh siap. Selagi tak siap sepenuhnya, macam tulah haku akan rasa sehingga habis semester ini. Boleh dikatakan sepanjang puasa ini akan membekukan seketika urusan belajarku kerana aku sudah memang tiada kudrat setelah habis terawikh. Kerja yang dapat haku buat adalah tidur awal setiap malam. hehe.

Tahun ini, sesi berbuka diluar agak kurang jumlahnya berbanding tahun lepas. Agak elok dan moleklah kerana aku kurang gemar berbuka diluar yang penuh dengan pembaziran. Masakan kita mampu nak makan or melantak orang kata. Aku prefer untuk masak dan duduk makan dirumah bersama keluarga. Well sekarang tiada family lagi jadi makanlah secara single dirumah. Rindu untuk balik ke kg. Tapi keadaan dan masa yang ketat tak mengizinkan untuk sengaja nak balik rumah selalu. Tambahan pula masih bergelar seorang pelajar. Jika hilang statusku ini, confirm aku balik kg je mama. Dun worry.

Menyebut tentang masak, alhamdulillah aku berjaya menggunakan oven baru kesayangan aku selama 2 minggu penuh untuk memasak segala juadah berbuka dan sahur. kebanyakkan menu berat hanyalah tatkala berbuka dan bersahur kekadang roti, air masak or kurma. Nanti aku nak uploadkan pic resipi ntah apa-apa haku sempena bulan puasa. Tak semua pic ada, sebab bila dah berbuka lupa nak tangkap gambar. haha..

Itu jerlah aktiviti sepanjang puasa tahun ini. Lebih tenang dan baik dari sebelumnya. Semoga segala aktiviti yang haku lakukan akan diberkati olehNYA. Amin.

Selamat berpuasa semua. Semoga dapat mencari lailatulqadar. Amin.

akan ku jumpa

Lagu best dan cerita slot samarinda yang best. I like. May world in peace.