sepanjang bulan puasa tahun ini

Salam, alhamdulillah dah berjaya puasa dengan baiknya insyallah. Tetapi tetap tak dapat penuh puasa tahun ini walaupun haku telah membuat pengiraan dan percaturan makanan yang terbaik. Kitaran yang tetap mesti dipatuhi. Insyallah ini menandakan aku sihat. Syukur, amin & alhamdulillah.

Kesempatan aku sedang beristirehat dari urusan berlapar dahaga masa inilah untuk aku menghabiskan project sek (master) aku dengan tekun. Kekadang perasaan berbaur rasa boleh siap kejap dan tetiba rasa tak boleh siap. Selagi tak siap sepenuhnya, macam tulah haku akan rasa sehingga habis semester ini. Boleh dikatakan sepanjang puasa ini akan membekukan seketika urusan belajarku kerana aku sudah memang tiada kudrat setelah habis terawikh. Kerja yang dapat haku buat adalah tidur awal setiap malam. hehe.

Tahun ini, sesi berbuka diluar agak kurang jumlahnya berbanding tahun lepas. Agak elok dan moleklah kerana aku kurang gemar berbuka diluar yang penuh dengan pembaziran. Masakan kita mampu nak makan or melantak orang kata. Aku prefer untuk masak dan duduk makan dirumah bersama keluarga. Well sekarang tiada family lagi jadi makanlah secara single dirumah. Rindu untuk balik ke kg. Tapi keadaan dan masa yang ketat tak mengizinkan untuk sengaja nak balik rumah selalu. Tambahan pula masih bergelar seorang pelajar. Jika hilang statusku ini, confirm aku balik kg je mama. Dun worry.

Menyebut tentang masak, alhamdulillah aku berjaya menggunakan oven baru kesayangan aku selama 2 minggu penuh untuk memasak segala juadah berbuka dan sahur. kebanyakkan menu berat hanyalah tatkala berbuka dan bersahur kekadang roti, air masak or kurma. Nanti aku nak uploadkan pic resipi ntah apa-apa haku sempena bulan puasa. Tak semua pic ada, sebab bila dah berbuka lupa nak tangkap gambar. haha..

Itu jerlah aktiviti sepanjang puasa tahun ini. Lebih tenang dan baik dari sebelumnya. Semoga segala aktiviti yang haku lakukan akan diberkati olehNYA. Amin.

Selamat berpuasa semua. Semoga dapat mencari lailatulqadar. Amin.

No comments: