Allergy belacan

Nak inform semua, comfirm aku penghidap allergy belacan. Jadi aware lah bhw peminat belacan ini bakal mengurangkan kenikmatannya dengan si belacan. Oh belacan dikau akan ku tinggalkan sedikit demi sedikit.

Weekand lepas adalah hari allergy ku yang terburuk di abad ini gara-gara cili kicap soto kepunyaan Cik Na ku yang sangat sedap dan mahsyuk itu. Terima kasih pada Cik Na atas kelazatan kicap tue. Padanlah sedap giler ada belacan rupanya.

Akhirnya aku kalah dan sedar diri, Belacan harus ku hindari. Mulalah ep baru dalam diari makan ku. lala

P/s - Nasib aku pi dinner retro sebelum makan belacan, kalo x cam udang la kalo jumpa org.buat kena kutuk dek bdk koreiv jer karang..huhu..tapi pi dinner best. next posting retro dinner..

bdk ofis aku & housemate

Saje nak introduce kawan baru aku kat semua. Buhsan kawan lama buat x layan jer. yerlah memasing dah sibuk sgt. Ini bdk hla & housemate ku. huhu..

time buka poser ramadan hr tue. geng-geng bachelor lah katakan..

kat pizza celebrate perginaya nora dr hla (ceh x jadi berhenti)..

bdk2x ofis la ni, dr kiri irma, aku, liyana, eda, awin n nora (pic b4 raya last day keje)

open house umah k aisyah..last week..

this week aku attend coffee nite kat ump. nk jumpa bdk2x koreiv..ada lah 4-6 org. rindu ngn bdk2x yg nakal n degil nie. hope dpt create more good moments lagi dengan kekwan seblum smuanya akan hilangkan diri.

p/s - sapa nak g trip memana bleh join n invite aku ok. aku nak enjoy puas-puas sebelum semua orang lari. yahoo..

Reunion Alumni UMP 2008

Assalmualaikum w.b.t dan salam sejahtera…..

Makluman kepada semua alumni UMP (yang telah bergraduan pada konvokesyen yang 1, 2 dan 3),
Jawatankuasa Perlaksana Persatuan Penaja Alumni Universiti Malaysia Pahang (Alumni UMP) akan menganjurkan program yang bertemakan “Reunion Joys – UMPians 2008” pada:

Tarikh : Sabtu, 1hb November 2008
Tempat : Kompleks Sukan UMP
Masa : 10.00 pagi hingga 5.00 petang
Pakaian : Smart Casual

Aturcara Program :

1. Majlis Ramah Mesra Bersama Dato’ NC
2. Jamuan Hari Raya Peringkat Alumni
3. Majlis Tahlil untuk Alumni yang telah meninggal dunia
4. Pemilihan Jawatankuasa Persatuan Alumni Universiti Malaysia Pahang kali pertama.
5. Cabutan Bertuah
6. Sesi Bergambar Sehubungan dengan itu, pihak Jawatankuasa Perlaksana program menjemput semua alumni UMP untuk hadir pada program tersebut. Kepada sesiapa yang berminat untuk menghadirinya sila sahkan kehadiran anda kepada AJK dibawah dengan menghantar sms bertulis nama anda dan no matrix anda.

Kehadiran anda perlu untuk urusan tempahan cenderamata dan jamuan hari raya. FKKSA : Najib (017-9338698) FKM : Ammar (017-6214764) FKEE : Wan Ismail (019-9790523) FSKPP : Abbas Salimi (017-9007319) FKASA : Haiza (013-4014104).

Sila sahkan kehadiran anda sebelum 23 Oktober 2008. Diharapkan anda semua dapat menyebar serta memaklumkan program ini kepada rakan-rakan alumni UMP yang lain. Kerjasama daripada anda dalam menjayakan program ini amat diharapkan dan dihargai.

p/s : harap anda semua ambil peluang ini untuk bersama-sama berbakti dan menjayakan alumni ump ini.

--
COMMITTED HARDWORKING TOWARDS EXCELLENCE

rasa semakin tua..rasa x korang?

agak lama jugak aku tak wat posting dalam blog aku ni, kerap kali aku hanya post gambar jer yang x seberapa tu. Bukan apa, dulu aku manyak posting sebb aku still bdk training, jadi normal la budak trainee ni buat jer suka hati dia sebb komitmen yang diberikan oleh bos taklah seberat atau perlu berasa responsible sgt. Bos pun paham, bg kerja pun kerja yang confirm kita bleh buat then siapkan dengan rasa gumbira. Stress but hapy. So in mean time siapkan kerja, menyempat jer aku draft aku punya karangan untuk posting dalam blog.

tapi makan lama aku makin serius, bila dah kerja dah commit pada jawatan kita as civil engineer. dah duk consultant plak. aku rasa kena kurangkan aktiviti mengarang ni di time kerja. sbb tu aku skrng ni sedang bertekad nak beli laptop canggih yang baru dan pasang streamyx kat rumah (kongsi dengan housemate aku byr bulanan, kalo sorang mau sengkek aku)..tapi dalam proses menabung la ni. nak elakkan berhutang atau bergantung pada credit card...konon

cepat jer masa berlalu, start kerja 26 mei hr tue..skang dah bulan oktober siap dah poser n dah habis raya.kalo ikutkan aku berada dgn hla dr training dr bulan december thun 2007 sampai oktober 2008 dah dkt 10 bulan aku kat hla, aku sendiri x sangka aku bleh bertahan duduk kat hla, time sibuk send resume dulu aku gian nak jadi structural engineer. nak structure jugak aleh aleh pergi amik infrastructure. akibat dr aku terpengaruh dengan kata-kata senior engineer kat hla inilah aku stay disini. (tanks awin, kak zu, abe amin and en kamil )..pendek kata aku sbnarnya agak sayangkan hla nie. mana nak cari company bumiputera yang agak kukuh, pastu bos depa baik-baik serta kaya raya dan department HR paling bagus yang acapkali menjaga kebajikan pekerja. environment kerje seronok, kalo ada problem jer bleh kabo kat pokcik fotostate abe wan ker, pi sembang ngn kak aisyah ker. tak pun housemate aku kat floor atas lagi a.k.a kak ma..n housemate br aku kak natrah.

akhirnya disini lah aku di hla cuba untuk meneruskan keazaman aku yang semakin berkurangan akibat kelemahan aku sendiri yang sememangnya tak berapa cerdik ini. sebab itulah aku telah pergi beriya memohon untuk belajar master dalam structure. gilerlah, amik subject core jugak konon nak buktikan pada diri sendiri yang aku ni sememangnya tak bodoh structure (ayat keras). tapi aku risau betul akankeputusan aku ni. kalo otak aku secerdik anak ceo mokhzaini yang suke giler struktutr sememangnya ini adalah keputusan yang tepat... rasanya aku kena amik langkah wat istikharah untuk tentukan kebenaran belajar dalam structure ini. yang paling sweet sekali bagi aku, housemate aku pun dua-dua apply belajar utm KL, hehe sorang amik master geotechnical seorng lagi amik degree civil untuk luar kampus. Doakan semuanya dapat tempat belajar di utm dan bleh pergi ke kelas setiap weekand bersama-sama. save cost sikit dan mungkin best sebab ada member.

itu pasal kerja, pastu teringat plak satu hal pasal department infra aku nie. pas raya hari tu. confirm 2 dara n 1 bujang kat department aku dah bertunang dan akan berkahwin sorang bulan 12 ni sorang bulan 5 tahun depan sorang tahun2x depan satu lagi. jadi tinggal aku sa jer yang belum bertunang nie. tetiba aku jadi panik, haha biasalah pompuan memang stress akan perkara ini, lebih2x lagi pa bila balik kg ari tu sepupu aku yang br 24 thun pun nak bertunang 25 oktober ni dan kawin tahun depan. wah-wah mana aku x pusing sebb aku cucu perempuan no 2 tapi no 5 dr keseluruhan cucu pak bilal mohamed. sibuk la mokcik2x aku memperkatakan perihal aku. lepas sepupu aku mesti aku kan. jd sebagai anak dara sopan aku senyap dan biar jer mereka berangan atas perkara tersebut. kalo masuk campur mau stress.. hehe

and raya kali ni macam seronok sikit, macam beraya. sbb kalo ikutkan memang tiap2x tahun sejak pindah sg dusun 6 tahun lepas memang ktoang x pernah nak beriya mengemas, beli perabot ker @ follow pokcik mokcik berjalan ke rumah sanak saudara. aku plak memang x suka pergi beraya rumah orang lain sebab dulu xder kerete jadi x seronok kalo tumpang mak bapak orang lain punye kete beraya. jadi tahun ni different lar, bila abah dah bwk kete maka ktorang pun bleh follow jadual sedara untuk pergi beraya. aku plak 1st time berpose untuk gambar raya pertama-raya kedua and raya ketiga hehe, (refer posting salam syawal) hehe..ghupanya seronok ziarah sedara ni, lelebih lagi bila aku beraya di rumah wan alang, nenek ni memang ingat akat aku seorang jer, waktu 1st mama pergi pada raya pertama dia x bwk aku, jadi wan alang x puas hati sebab dok bertanyakan diriku, jadi mama pun bwklah aku jumpa wan alang raya kedua. apalagi wan alang asik peluk kata rindu kat aku ni, sebbnya kecik2x dia ada lawat aku akibat aku ni kena air panas waktu aku usia 1tahun. abis sebelah muka aku ni. nak tunjuk gambo malu haha. tapi ceritanya aku pun hampir menangis tapi aku tahan dan mata aku jer bergenang bila berpelukan dengan wan alang, kira syahdu dan ada rasa sayang aku pada wan alang ini.

itulah sedikit cerita seronok raya aku, akhirnya aku memang rasa semakin tua. bila tua hidup makin buhsan, lifestyle dah berubah, skang nak pakai t-shirt2x jer pun jadi segan sebab dah jadi wanita. (semangat remaja semakin berkurangan maksud aku). suka lah baju kurung la, baju tradisonal la, skirt la dan bebukan lagi. pasal kekwan plak, tak usah kabar lah, lama-lama luper dan akan putus hubungan. akhirnya aku berbalik berkwan dengan kawan aku yang paling ku sayang dan boleh di marah a.k.a mek @ izzati. dan sekarang circle kwn aku adalah bdk HLA and housemat ku yang bebaik lagi suka masak. aku kena jadi tukang makan, sebab tukang masak dah ramai. hehehe..tapi aku br jer beli meja kabinet untuk tv aku hoho. sonok ada tv sendiri. lepas ni tunggu la aku nak peroleh aku punya dvd player, playstation and home theather aku sendiri. wahh sonok. kecik2x x dapat. nak suruh abah beli x mampu. aku beli sendiri lah tapi kena menabung ok. jangan ingat aku orang kaya...

okalh banyak perenggan dah nie, betapa aku melepas gian di cc orange setiawangsa nie.
nak kena chow sebb dah 1 jam kat sini karang citer jer. panjang betul hehe..jya na bette

P/s dalam planning nak ke sabah mac - april tahun depan, doa - doa berjaya amin

Salam Aidilfitri

SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA

Selamat penganti baru ..eh tua


bersma mama yang tara tau pose

Salah baca skrip ampun maaf da...memang pelakon amatur


posing raya pertama


bersama aidil ku yang itam


one not big famili..x cukup ni


posing raya ke 2


posing sama raya ke 3