Usaha untuk mengandung

Aku memahami perasaan kawan-kawan yang berusaha untuk mengandung. Sekarang maklumat dihujung jari, jadi kita rajin bertanya dengan Mr Google atas segala permasaalahan diri sendiri, bilalah nak mengandungkan. Sampai terpengaruh dan percaya diri ini mempunyai masalah. Itu terbawak-bawak rajin nak jumpe pakar sakit puan. Banyak duit terbazir gara-gara nak tahu keadaan diri sendiri. Tapi jika perkahwinan tidak capai usaha 1 tahun tiada doktor pakar nak melayan anda. Itulah selalu kena pada diri ku.

Aku beli basal termometer dan download semua pregnancy and fertility apps dalam ipad. Aku obses terhadap suhu badan masa period, masa subur, masa transportation, masa implantation & post menstrual. Setiap suhu & berat badan dari hari pertama period sehingga ke period seterusnya dicatat untuk mengenalpasti bila masa ovulation aku. Aku obses gak untuk beli pregnancy kit dan ovulation kit. Satu kit kadang2 capailah RM 20. Maka beratuslah habis semata-mata nak beli 5 days ovulation kit yang branded.

Aku obses gak dalam memeriksa cervical mucus aku. Dari warna apa dan kelikatan apa. Semua ku catat dalam apps. Terlalu banyak kerja yang perlu dilakukan setiap bulan. Remeh tetapi semangat itu terus ada. Hanya luntur bila nampak next mensus. bila jumpe doktor aku lebih beria menerangkan kepada doktor pemahaman aku. Tergelak bila aku pikirkan semula. Aku nak mengajar doktor.

Aku kuat research dalam internet. Research aku mendalami penyakit2 sakit puan jugak menakutkan diri aku sendiri. Siapa tak takut dengan endometriosis, dengan ektopik pregnancy, retroverted uterus, dan macam-macam lagi. Simptom2 yg dipaparkan kadang-kadang menyerupai tetapi tidak sama.

Pemakanan tradisional yang pernah aku tanye dari kawan adalah minum air renehan akar manggis. Tapi aku x berjaya nak mendapatkan akar manggis, jadi selamatlah dari merasanya. Apa yg aku makan hanyalah rebusan kacang hijau dan makan selama satu minggu dan memakan sebijik buah delima banyak-banyak, kerana khasiatnya datang dari sebutir je dalam beribu buah dalams sebuah delima.

Puasa Isnin Khamis berterus-terusan turut diamalkan dan amalan ya awal (de ku terbaca dalam internet). And jajan2 memang tidak ku makan, air gas tidak diminum and kopi & tea dibuang ketepi.

Seperti orang lain, kita sibuk jugak nak memakan product seperti Shaklee, Jus Bidadari, Evening Primrose oil, Vitamin C, Probiotics, Folic Acid, Susu Kambing, Madu, Multivitamin , dan macam-macam produk lain yang dikatakan dapat membantu. Sampai dalam satu masa aku telan 10 biji pil. Fuhh what a day.

Tak luper juga, amalkan makanan yg sihat dan gaya hidup yg sihat. Makan sayur dengan banyak, hari2 aku makan salad dengan tuna & pergi zumba 2-3x seminggu. Pergi jogging lagi every weekand.

Sampai satu peringkat, aku giveup & dah letih sangat. Dari dekat 10 bulan aku mengamalkan aktiviti sihat tersebut. Tiada kemajuan. Yang de peningkatan adalah berat aku tetap nak naik.

Akhirnya, sejak March 2014 aku tinggalkan semua ubat-ubatan aku begitu sahaja. Tidak merasa lebih baik dari hidup tanpa sebarang ubat-ubatan. Hanya menikmati hidup ini sehingga diberikan rezeki yang sebenarnya sehingga sesuatu tidak terduga berlaku.

Oklah mengantuk sangat ni, sambung next entry