nafsu nak diving lesen

entry pasal nafsu, bukan nafsu serakah manusia tetapi nafsu kehendak membeli dan ingin merasai sesuatu kepuasan yang tidak terhingga. kenangan bersama team yang best menaiki kinabalu memberikan semangat baru dan keseronakan baru untuk tahun 2011 ini. esok dah nak melangkau ke bulan 6, tanpa disedari masa telah setengah tahun berlalu. cepat kan masa berlalu. tak sangka resolusi menaiki gunung kinabalu (azam 2010 sbnarnya) berjaya di laksanakan tahun ini.

setelah berjaya menakluk 4095m dengan mudah dan jayanya (pergh bongkak), apa lagi nafsu seorang manusia yang sukakan alam memuncak-muncak. sekarang azam untuk mendapatkan license diving sedang disemat dan harap tahun 2012 impian ini dapat direalisasikan bersama geng yang best. kos diving berbeza2x mengikut tempat dan distance. maka secara totalnya Rm1500 kita boleh dapat dive license ditempat yang cantek. jika kita dapat buat dengan geng memang lagi seronok kerana ada sahaja motivator tak bertauliah yang senantiasa memberikan sokongan moral dan kata-kata semangat.

Seperti apa yang berlaku di bootcamp. dari tidak boleh berlari, boleh jog, boleh jog laju sikit lelama boleh berlari pace laju dan sedikit sprint yang kekadang letih hehe. Corporal and Sargent tak jemu-jemu memberikan kata semangat dan berlari bersama agar kita tidak rasa ketinggalan dan kita push to the limits. akhirnya kita berjaya melakukannya. pendek kata mind over body. keazaman yang tinggi mengatasi segala-galanya.

hooyeah, next event is organize local diving trip for license (awal tahun 2012). this is public event, sesiapa berminat untuk join group saya yang best dan supportive serta camwhoring silalah maklumkan kepada saya tanpa segan silu.

p/s - i've got krabi end of this year and mabul/mataking/kapalai next year + leisure dive hehe

try to be more opened

atas berdiri: sha.me.adan.noora.abon.aini.azad.eone
bwh duduk: fizan. ixu (a.z)atiq(abg s),zul


hehe status tajuk yang pelik, tapi ntah sesuai ke tidak dengan entry kali ini. dah lama aku tak buat entry jiwang layan or luahan perasaan kedalam blog ini. seperti sedia maklum xpdc kinabalu dah berjaya yeah. and setelah selalu aku bersama geng koreiv hehehe telah hadir beberapa rakan baru yang amat menyenangkan dalam hidup aku untuk tahun 2011 ini.

bukan bermakna hendak melupakan atau menidakkan yang kawan lama, tetapi aku selalunya tidak open untuk mengenali rakan yang baru kerana malas dan jemu untuk berkenalan. tapi xpdc kk kali ini telah mendatangkan keseronokan dan kerinduan kepada rakan-rakan baru. walaupun xpdc sudah tamat tetapi kami yang digelar geng giler kuat ini GKK tetap nak berkumpul walaupun setakat di meja makan. kemudian suka share makan sampai pusing satu meja makan. rasa meriah sangat sebab dah lama x buat benda sebegitu rupa. asyik tersenyum or tersengih sorang-sorang shaja aku dimeja kerja tatkala teringat keletah ntah apa-apa masing-masing yang suka menyakat.

yg paling best pulak, kebanyakannnya ada soul nature, hantu air terjun and rekreasi. memang kalo weekand x kuar pergi beriadah memang rasa rimas, cemas dan lintang pukanglah duduk dirumah. dan kami telah berjanji sekurang-kurangnya sekali sebulan kita akan berkumpul melihat alam agar dapat memenuhi masa lapang dan berkumpul bersama. wow so sweetkan. well biasanya perempuan je rasa sweet2x ni. sambil aku menaip ni pun aku akan tersenyum-senyum kerana rasa seronok dan tak bersabar nak berkumpul kerana apabila bersama bebas untuk berbicara dan bertanyaka serta berbincang apa sahaja. dah lama x melalui fasa ini sejak meninggalkan zaman universiti. adakah aku sahaja berperasaan begini...

ooh i dont know what to say more. i just miss u guys..walaupun baru lepas berkumpul hehe..

p/s - after this kita akan jayakan sipadan island kita ok...layan

Aku berjaya to Mount Kinabalu Summit

aku sesorang at the peak of mount kinabalu

aku bersama geng yang awal sampai ke peak kinabalu

p/s - pictures explain everything. thank you all.

PRE POST MOUNT KINABALU EXPEDITION 2011

Akhirnya countdown telah berakhir, esok aku dan team aku akan mencipta rekod peribadi masing-masing untuk menakluk gunung kinabalu. Sungguh ku tak sangka, resolusi 2010 aku tak terlalu lewat untuk disudahkan pada tahun 2011. Semoga segalanya berjalan lancar dan tidak menghadapi banyak masalah. Semoga perjalanan ini diberkati dan mencipta memori yang terindah dan terbaik dalam hidup aku.

Jadi saya tidak dapat dihubungi dalam tempoh tersebut seperti diatas yea. Harap Maklum.