1st gaji....kemana?

hehe, ehm kira-kira 2 minggu lebih aku tak dapat nak posting apa-apa pun kerana terlalu banyak perihal lain hendak dipikirkan lebih-lebih lagi apabila dah dapat gaji 1st ini.
Kata orang your 1st job is not your dream job, tapi alhamdulillah aku memang dapat dream job yang dicita-citakan oleh semua student yang telah amik civil engineering. Tapi mungkin jugak tidak.
Kalo dulu sebelum kerja 1st gaji ni memang impian lah nak belanja orang sana, orang sini, kengkawan, family pastu nak beli barang peribadi dimana time kecil-kecil dulu x pernah dapat, nak beli kamera, nak tukar handpone, nak beli laptop baru, nak menabung untuk ma parents, nak gi travel gunung sini sana, nak gi shopping alah macam-macam. Tapi nampaknya satu pun x menjadi....lah (sorylah ur guys , really aku x bleh nak belanja korang lagi..tunggulah gaji aku yang ke 5, 6 dan ke atas yer)..
Akhirnya, dapat jugak aku cari rumah yang diimpikan untuk duduk bujang sendirilah. Maka pada weekand ni hari sabtu ni aku akan bergotong royong berhempas-pulas untuk memindahkan barangan aku dari rumah auntie aku ker rumah baru ku di area seksyen 4 wangsa maju. Ehm kalo korang nak tau , aku dok umat flat 2 bilik jer tapi rumahnya cantik sebab dalamnya fully tiled. jadi warnanya suci dan bersih hehe. Yg paling penting bilik airnya yang cantik. yg paling utama & cute aku tinggal di blok c6 dan bilik 306. Figures ini sangat bersejarah sebab time aku 1st year di UMP, aku pun tinggal di tempat yg sama. Blok c6 dan bilik 306. Jadi macam satu kebetulan atau ketentuan yang telah ditetapkan. syukran.
Disebabkan rumah ini maka aku akan berhabis sakanlah untuk membayar sewa rumah, bil api air, duit maintainence flat, beli tilam skit, kipas bilik skit, perabot2x umah dan paling penting nyawaku iaitu hutang baru untuk membeli tv. Hatta selepas ini, aku akan mulakan hidup bujang dengan hutang-hutang, huhu.. susah jugak rupanya kalo kita pindah rumah baru ini, leceh dan macam-macam kena buat dan beli..(nampaknya lambatlah aku nak beli kereta)
Lepas ni, setelah aku punyai tempat tetap. Maka bolehlah aku memulakan pencarian part time job demi menambah duit pocket sendiri. Huhu. Kalo terjumpa aku kat mana-mana kedai janganlah segan nak tegur aku ok..hehe
Ok, banyak lagi kerja nak buat ni, nak pergi listkan barang-barang yang nak kena beli untuk rumah baru ku. Amin. Ok chow dulu.