kagum dan terpengaruh

hehe siapa yang mengenali aku memang tahu aku ni cepat jer kagum dengan manusia, senang je nak positif. semua orang baik je, sopan jer walhal tak tahu latar belakang orang. kat opis tengok bos hebat design guna autocad pun kagum tahap dewa, tgk staff lain maksimum rajin pun kagum. selain kagum terpengaruh jugak hehe kuat, member pakai bb sibuk savings nak pakai bb, member dah de lesen dive sibuk organize nak pg dive (on going process), member masuk gym nak gak (benti hehe) sebab tengah addicted dengan bootcamp (ni pun sebab de member masuk so nak masuk).

banyak rupanya anasir luar yang berfaedah dan tak berfaedah (sbb selalu bazirkan duit) aku follow rupanya hehe, tapi as long puas hati dan pergi dengan member yang disayangi dan best aku takde masalah punya. sementara masih bujang lagi dan ada geng inilah masanya, jalan je pulun jer. (sbb tu mama marah suruh kawen sekarang,asik jalan je. alahai mama)

bebaru ini aku de kagum dengan seorang rakan, yang baru dikenali. sbb dia adalah kawan adik aku. tetapi rupanya sama baya dengan aku. mempunyai kerjaya yang baik di syarikat yang multinasional la. ckp orang puteh berhabuk, relax jer orangnya. kerja2x selalu outstation overseas, selalu jer ada muncul kelibat kat rumah aku (jemput adik aku melepak), tetapi minggu ini xde sbb rupanya ke Us. masuk kerja everyday jam 11 and kerja datang around jam 2. ptg habis kerja ar. kalo ada site visit hari esoknya akan jadi off day. wah betapa kagumnya aku dengan gaya kerja yang sungguh menyenangkan dan memberangsangkan minda ini. kalo company trip plak pergi krabi ker us ker a.k.a overseas fully sponsored. maka xtra kagum aku dengan company itu. hehe tapi memang spot tu he deserved it. sorang pelajar yang memang cemerlang sejak dari azali melayakkan beliau memperoleh ganjaran kerja yang sebegitu...

sebelum ni aku kagum dgn kwn2x aku dari local universiti yang gaji fresh grad starting 3k plus pun dah daboom. tapi ada lagi yg hebat rupanya. fresh2x dah dapat triple than 3k...argh rupanya ramai lagi manusia yang menakjubkan. ingat menteri2x and bussinessmen plus gengster jer manyak duit. rupanya ada lagi manusia lain. pastu mula lah tengok banyak sangat lagi kelemahan pada diri sendiri, kerana itu kita hanya layak dikadar itu. perlu perbaiki diri lagi agar lebih baik dan dapat terus maju menjadi insan lebih berjaya dalam kerjaya.

satu lagi +ve factor yang aku lihat pada kawan baru ini adalah beliau suka (kuat) bercakap, peramah dimana sahaja dengan siapa sahaja. suka bertegur siapa dan bertanya kabar manusia lain yang kenal mahu tidak dikenali. suka membuat orang lain rasa dihargai. memang patut ar kan. bos suka kat dia hehe. disebabkan kekaguman itu aku pun turut cuba menjadi friendly dan beramah mesra dengan sesiapa sahaja (walhal susah aku nak bersembang dengan orang tak dikenali) demi memperbaiki lagi kelemahan diri sendiri. maka skang aku de ikon kwn yang baru. aku kene de ikon member baru aku termotivasi. setiap kwn aku de ciri +ve yang aku look up. siapa nak tahu apa sifatnya sila request aku wat entry baru hehe..mengader jer kalo nak tau ok.

p/s hasil dari berusaha menjadi friendly senang jer dapat sorang member director dr Pj semalam, sesembang tukar kad alah director plak, segan cek. tapi memang berkesan huhu..

review my favourite SD 2011 crews

Layan showdown tak korang, well haku bolehlah layan sebab haku suka tarian, apa jenis dance adalah best kecuali tarian gedix hehe, paling best adalah salsa dan i suka tengok mereka yang pandai buat locking & crumping. best dance crew yang sync for me semestinya adalah floor fever, and this year ada favourite lain spt ECX, HMC phlow dan Bounce steppers yang memang dope.

ECX memang from 1st day dia memang outstanding I LIKE, no further comment. they can be the SD2011 winner. bounce steppers walaupun at 1st cam kurang sync tapi makin lama makin confident dan mantop di atas pentas lebih2x lagi malam tadi di SD top 8 depa bawak lagu larger than life, memang cool robotic dance pluz zapin sikit memang cun, cuma colur gold tu memang bahaya sebab senang nak memperlihatkan kesalahan semasa menari, atau ketidaksamaanya, tp x banyak salah pun diorang. then HMC phlow memang lebih mantap dari tahun lepas, cuma if they more creative then they able to overshadow ECX. Maybe final two adalah ECX vs HMC Phlow.

great..aku sudah terbayangkan siapa yang akan menjadi final two, moga firasat ku tepat. ceh macam ahli nujum. jika yer meaning dancers win and not bboy. mana tau sebab last year dah naikkan bboy, this SD mungkin akan naekkkan dancer punya level plak. whatever it is hope the best quality crew will win.

Support these three ok. ECX, HMC PHLOW & BOUNCE STEPPERS for the final three.

p/s - i ada tambah seorang kenalan baru yang best dan sangat mengkagumkan.

Benchmark assessment BCBU (June 2011)

Benchmark assessment Bootcamp Bandar Utama (june 2011) telah diadakan pada 30 Mei 2011. Hooyah saya telah berjaya memperbaiki masa larian 1 miles dari dulu 15 minit ke 12.20m untuk 6 laps + 3 sets of 10 push ups on toes, 10 grunts and 15 situps. And 2nd circuit ran 8 laps within 13.57m. My 1st benchmark on Mei kedua2x circuit memang lebih dari 15min walaupun berjaya menghabiskan circuit tetapi sangat slow.

Maka saya berbangga dengan diri sendiri, sekurang-kurangnya kelajuan saya meningkat sebanyak 3-4 minit secara purata. Insyallah akan cuba memberikan rekod terbaik lagi untuk diri sendiri pada benchmark (Julai) akan datang.

Selamat berbootcamp. Hooyah.

2nd BC Alpha (June 2011)

Sejarah dalam tahun 2011 dimana haku membuat entry fresh dari oven ( blog sejurus selepas kejadian). Pagi ini aku bangun agak awal jam 430 pagi demi untuk memaksa dan mengejutkan girlfriend aku yang bernama Miss sha (Ms). Ms turut sama membeli voucher bootcamp beharga RM29.90 pada 2 bulan yang lepas (setelah dipaksa). Maka pagi tadi adalah hari Ms menebus voucher tersebut. Tak terbayang akan muka Ms setelah melalui bibit sukar ala tentera.

Jam 5.18 pagi, aku meluncur laju didalam spectra hitam di pandu oleh Miss Noora Ann (Mna). Tiba setepat jam 5.42 pagi di pusat komuniti bandar utama, tatkala Sarge Dann memanggil recruits masuk ke dalam rank. Rank di samakan dengan line or barisan. Pagi ini jumlah recruits agak ramai lebih dari biasa (lebih dari 30 orang). Keadaan lebih meriah berbanding bulan sebelumnya. Aku pula senantiasa teruja setiap session tambahan pula berjaya mengajak Ms untuk datang pada pagi ini.

Session dimulakan dengan Sarge memberitahu tentang results benchmark assessment yang telah dijalankan pada 30 Mei 2011 yang lalu. Haku berada didalam pasukan ranger, kumpulan terbawah atau terendah fitnessnya. Walaupun berada di level yang rendah tetapi ini adalah lebih baik kerana jika berada di kumpulan atas seperti Seal or higher lagi iaitu Delta, maka anda tiadalah peluang untuk mencuri2x nafas kerana pasukan tersebut betul2x fit untuk running, sprint and steady excercise. Tetapi kepada sesiapa yang ada impian untuk meningkatkan level mereka bolehlah berusaha keras dan pastikan anda pass benchmark assessment dengan masa yang power.

Kemudian, sesi diteruskan dengan warming up dan seterusnya steady exercise yang melampau gempak telah diadakan pagi tadi. Ms duduk bertentangan dengan rank haku. Tak dapat ku lupakan muka Ms yang betul2x seperti didera. Rasa seperti bersalah dan kesian melihat Ms bersungguh-sungguh melakukannya walaupun mukanya memang tak boleh blah. Tahniah buat Ms, walaupun berjaya melaluinya selama 30min (15min lagi dah stop), haku bangga dengan kamu dan berjaya buat kamu bangun pagi dan kena dera hehe.

Steady exercise ini dimulakan dengan routine seperti berikut:- (nama x berapa ingat..layan jer)
  • Warmup
  • 10 grunts (due to late comers)
  • 30 sec push up x 4 sets
  • 30 sec push up with oblige x 4 sets
  • 30 sec half & full squat x 4 sets
  • 10 grunts (due to some taking water break without permission)
  • 30 sec jump with straight shoulder up with 50cent circle x 4 sets
  • 30 sec push up position x 4 sets
  • 2 sets of 10x jumping jack
  • 30 sec jump hold position x 4 sets
  • 30 sec window wash x 4 sets (with partner)
  • 30 sec pegang & tolak lengan x 4 sets (with partner)
  • 30 sec letak & tolak tapak tangan x 4 sets (with partner)
  • Cooldown
Mungkin ada 1 or 2 lagi sets of routine yang dilakukan, tapi saya lupa sudah haha. pagi tadi memang melampau. tetapi terbaik sebab haku melakukan semua dengan jayanya tanpa mencuri yang terlalu banyak. Cuma push up kena practice extra lebih lagi agar dapat turun lebih bawah dan naik dengan segera.

P/s - sangat puas hati dengan bc hari ini, tak sabar menunggu hari jumaat pula. hooyah