keringatku yang maksima

jejak tahun 2010 ini memang agak memberikan impak kepada keadaan ku seharian, hari semakin hari tahun meningkat tanggungjawab diri bertambah dan semakin berat rasanya beban untuk meneruskan hidup dengan kerja dan belajar, tapi dek kerana aku suka kepada semua benda itu tak mampu untuk aku mengatakan tidak kepada kerja yang semakin mencabar sekarang..

ini adalah semester yang ketiga buat aku di UTM, berusaha nak habiskan dengan 4 semester sahaja. ya Allah Kau bantulah aku agar aku sentiasa sabar, usaha dan ikhlas dalam semua kerja yang aku lakukan. Benarkanlah aku untuk menghabiskan postgrade ini on time. Sebenarnya, aku sangat bimbang untuk semester ini subjek yang di ambil so so so susah iaitu steel, wah subjek yang time degree dulu senang nak dipelajari di dalam kelas tapi jawab exam nearly failed. Subjek inilah yang mengantoikan degree aku dulu, habis point jatuh, kalo dak 1st class dah..haha nasib badan. semoga tak berulang lagi semester ini, let me shout..steel susahnya you ni..warghh..

working under pressure, itu yang sedang di lalui pada kala ini, banyak betul kerenah manusia berambut hitam, erhm hati baik kot tapi attitude yang buruk. tapi normallah duniawi semuanya tu, kene adapt lah kerana ini jalan yang telah kita pilih iaitu menjadi seorang engineer, erm should i change my job haha..i will someday ok. ( im gonna be a lecturer in da future)

today kene skipped buat workout jilian micheal, actually jadual start 1 feb tu memang dah follow, dah wat sampai 3 hb Feb, memang best giler workout dia, banyak squad and sit up serta lompat bintang, tapi hari ini senggugut datang balik erm agak teruk gak rasanya..nearly4 months tak menghadapinya hari ini dtg plak, perut kejang rimas, emosi memang blow up gler senang je nak hangin tapi under control, tapi sakitlar..esok if dah ok sikit kene continue sambung sebab ada target yang perlu dikejar..cayok2x to myself.

pressure of working, determination only for studies and highly addicted to workout memang memaksa masa aku hampir 24 jam digunapakai, rasa badan memang beroperasi sahaja, none stop. kene muhasabah dan be careful takut aku sudden collapse, susah nak jawab..semoga aku memperoleh kesihatan dan kesejahteraan hendaknya demi memenuhkan lagi jadual ku yang kosong-kosong itu..

P/s - blogging selepas minum bersama mama, abah and adik jam 10.30 pm. rindu kepada keluarga kerana dah lama sangat tak pulang ke kampung ekoran Malas..so siapa rindu saya sila datang berjumpa saya ok..

2 comments:

mr_jayzack said...

haidar..
jom kita berusaha same2.
berusaha habiskan master...
caiyuk caiyuk!!!!

elliashah said...

yer berusaha ini dulu yer..aku sangat cramped this semester, barulah terasa impak part time student ni..so so pack.
kita sesame doakan kejayaan kita amin