TV3 Baiti Jannati..

Apakah Baiti Jannati? Well Rumah ku syurga ku

Satu program baru yang akan di tayangkan di TV3 bertujuan untuk membantu golongan miskin keluar dari bengkung mereka yang acapkali menerima bantuan kewangan.

Program ini juga bertemakan membina rumah membina insan. Satu tepa yang cukup tersirat dimana pembelajaran seorang manusia memang bermula dari rumahnya sendiri. Ini bertepatanlah dengan tema rumahku syurga ku.

Dengan itu, sokongan kerajaan dan TV3 telah membuahkan satu rancangan yang cukup bernas untuk membantu golongan ini. Selain itu, disarankan selepas bantuan diberikan setiap rumah akan mempunyai seorang golongan profesional agar dapat mengatasi belenggu kemiskinan ini demi masa depan yang lebih terjamin

Justeru itu, mahasiswa yang terpilih untuk menyertai program ini Insyaallah terdiri daripada 24 orang pelajar Universiti Malaysia Pahang. Sesungguhnya penyertaan ini dapat memperkenalkan lagi UMP kepada masyarakat dan membuktikan kepada mereka kemampuan seorang mahasiswa Universiti Malaysia Pahang.

Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam sungguh bertuah kerana telah diberikan penghargaan untuk menghantar wakil peserta mereka untuk menyertai program ini. Semoga program ini akan mendapat keberkatan dari Allah SWT dan para mahasiswa dapat mempelajari sesuatu yang baru dalam program ini.

Ganjaran scholarship sehingga menyambung pengajian ke peringkat PHD adalah satu penghormatan yang besar buat mahasiswa yang berjaya melepasi program ini. Semoga semua mahasiswa berusaha bersungguh-sungguh dan berjaya menyiapkan rumah untuk golongan miskin ini dalam masa yang ditetapkan. AMIN

Insyaallah program ini akan bermula dalam 2 minggu lagi. Doakan pelajar UMP berjaya.

2 comments:

Anonymous said...

hoho...dh glamour jgn lupa member..hehe..wish u all the best!! chayok haidar..gambate ne =)

Anonymous said...

arigatou. insyallah dah glamour aku belanja huhu..