Allahyarhamah Noor Aisyah bt Jaafar

Pagi ini sewaktu aku sedang menjalankan tugas sebagai jurutera awam yang hingusan lagi aku telah dikejutkan dengan satu sms yang memberitahu bahawa saudari Noor Aisyah bt Jaafar telah meninggal dunia akibat penyakit denggi. Aku menjadi kaget dan termenung sejenak.
Mecha seorang girl yang sangat happening, giler-giler, menceriakan suasana dan sangat menyayangi rakan-rakannya. Seingat aku kita baru sahaja konvo bersama pada august yang lalu dan picture di atas ni adalah gambar terakhir aku bersama Mecha sewaktu konvo. Meecha adalah yang hujung sekali bahagian atas memakai tudung coklat, kerana sebelah hujung atas tu plak adalah aku.

Sebenarnya ada berlaku sedikit kekeliruan terhadap siapakah yang telah meninggal dunia kerana disebabkan perkara yang tak sepatutnya berlaku, berlaku. Namun confuse itu biarlah saya sendiri yang menyimpannya. Yang paling utama adalah kita mendoakan kesejahteraan roh saudari kita agar Mecha diberkati dan dirahmati Allah SWT serta ditempatkan bersama orang yang beriman.

Kepada rakan-rakan yang lain, jadikanlah perkara ini sebagai ikhtibar bahawa kita ni hanyalah manusia yang menumpang didunia ini. Ajal dan maut semua rahsia tuhan dan tidak ada antara kita pun yang tahu. Jadi beringatlah kepada Tuhan, ibu bapa, saudara mara, rakan -rakan dan mereka yang mengenali kita. Semoga kita tidak menyakiti hati sesiapa dan kita memaafkan orang lain juga.

P/s - rasa sedih dan menyesal sebab bergaduh dengan nenek (wan), wan I luv you and dah lama tak balik kampung sebab attend class every week, Mama abah I miss u so much. Nanti ada masa cuti kakak balik kampung yer pergi shopping kat TF Mart sesamer....

4 comments:

azie said...

Innalillahi wainnailaihi rojiuun..

daripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali.

semoga roh arwah ditempatkan dikalangan yang soleh

al fatihah..amin

Mr Final said...

Al-Fatihah...

Mohd Hazaruddin said...

Dear Haidar ...

Aku pun sama, termenung sekejap lepas dapat tahu meecha dah tak ada ...

She's so nice ... semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya ...

elliashah said...

yer betul.

tak terbayang kan oleh kita bahawa perkara macam ini akan terjadi

tahu ajal maut di tangan tuhan

tapi aku still terjenak pikirkan perkara ini.

apa dpt kita buat untuk mak bapak diri kita dan keluarga kalo kita dah tak de

semua yg berlaku ni tak terbatas

semoga meecha memperoleh ketenangan dan rohnya diberkati

Amin