DEMAM

Tak tahu nak kata apa
apabila kita dekat dengan sesuatu yang menentukan masa depan kita cam exam
kita wajib di duga
aku demam lagi 2 hari nak test
kepala masih lagi berdenyut dan berat
dah tido dekat 1 hari tapi masih belum kebah denyutnya
adakah ianya tak dapat ilang
saya kene periksa ini
harap ianya pergi sebelum siang
semoga cabaran ini dapat mencemerlangkan diri ku

p/s - selesai download fast furios 4, wolverine, slumdogmillionaire, aktiviti pas exam nanga movies

sofia ridza unnie - kawaiidesu



jam tepat 2.25 pg, aku sedang dalam mood dah tak bleh blah dengan notes repair2x struktur ni. sbb itu aku telah melanggar ethic untuk tak berblog sehingga 4 mei, tak bleh tahan dowh, tak wat update pasal aku yang dah berlambak isu dan gosip cool ni..

actually just nk share pic this one girl yang study kat korea, kir2x dia ni seniorla kpd rakan2x yg aku kenal time lawat korea dulu cam syifak, min, nana, pdot, dll sory tak ingat nama u guys.
payah gak nak cari pic sofia unnie ni, dapat pun dari website korea yang haram jadah aku tak paham nasib bleh right click and save. (alamak kantoi ciplak) sorry, credit to unknown blog.

nak kenalkan kat pija nie pasal kisah cinta sofia dgn jejaka korea yg minat kat dia, mesti syok dia dengar. (sofia + jong), nak tau check this video.




..hehe aku baru je nampak satu flyers yang skang si sofia ni wat job dgn travel agency trip to korea with sofia ridza. dia dah balik malaysia tak tau apa jadi kat luv story diorang.

this is sofia..

P/s - baru aku terpikir, if this gurl baru balik masia tahun ni, mean dia ni satu batch dengan kengkawn aku..huhu meh aku cek gambar batch dia..mean dia ni baya kita..pikirlah.

Aku yg bersyukur

Alhamdulillah, aku telah berjaya menempuhi beberapa dugaan dalam berjuang untuk belajar dalam peringkat ijazah sarjana ini. Walaupun ada beberapa kekangan dan cabaran dari subjek, masa, kerja ofis, kawan dan diri sendiri, akhirnya masa untuk menentukan kesungguhan dan ketekunan kami hampir tiba. Aku telah dibenarkan untuk bercuti selama beberapa hari demi untuk meluangkan masa untuk diri sendiri. Aku teringin nak balik ke kg. Akan aku peruntukan sebaik-baiknya masa yang akan ku perolehi ini. Aku yakin, aku tidak diberikan kesempatan ini semata-mata aku yang ingin tapi telah diberikan berlandaskan kesanggupan aku ini. Semoga aku memperoleh keberkatan dan petunjuk dari Allah. SWT.

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
-Surah Al-Baqarah ayat 286

antara idup dan mati ku...

banyak isu banyak komplen sakit hati sibuk rumbu banyak tido jugak menyebabkan dah lama tak hupdate blog ini dengan seronoknya..entri kali ini pun ntah hape-hape kerana ingin memaklumkan bahawa bermula minggu ini study week ku akan bermula..jadi aktiviti sosial wajib di kurangkan sehingga tamat final exam..

tarikh berikut adalah keramat buat diriku:- 23rd april, 2 mei & 3rd mei, kepada rakan yg kusayangi diharap tidaklah membuat aku gelisah gundah jika nak travel atau joli masa ni nak mengajak aku, nanti aku tension marah sebab tak dapat ronggeng sama, sharing is caring ok..

aku rindu nk baca entri si ketagih blog banjar, lbk, lerai fantasi, psaku, durianguling, nadciput,emmachan, karipapsayr, cup tea, & fan twilight dll lagi. namun waktu tuk beronggeng sudah takde. skang ini tempoh masa yg kritikal zone. So ini aku declare tempoh penyeyapan sehingga 4 mei 09 ok.

SALAM SAYANG UNTUK SEMUA DAN DOAKAN KEJAYAAN SAYA. AMIN

sakit teruks

akhirnya,
ptg smalam aku telah jatuh sakit (sesungut teruks)..dan demam pada esok harinya..

P/s kerje ofis ada lagi masih tak siap.. + study for final exam masih belum buat..

KLIA - transit paris - jejak spain - barcelona

seronok sangat dapat peluang untuk menjejakkan kaki ke paris walaupun transit sahaja cam aku dulu jejakkan kaki ke hongkong sekejap dan menetap beberapa hari di seoul korea. semua jejakan jejaki ini dapat aku rasa time aku belajar di universiti pahang tercinta (ump) bersama kawan-kawan koreiv tercinta ku jugak. alangkah beruntungnya badan.

tapi skrang masa kerja ini kita akan menjadi sibuk rupanya dan agak sukar untuk memperoleh peluang untuk travel dengan sesuka hati. time study boleh skip2x kelas kalo nak wat meeting ke, nak jumpe staff hep atau nk cari sponsor kat pekan kuantan tu. tapi skrng kalo nak ponteng atau escape ofis wat ala-ala ko cam time off huh fuh cukup payah. kalo ada mokcik pokcik nampak ko plus tak suke plak kat ko habis ko direportnya dan gaji ko dipotong atau tau-tau akhir tahun ko dapat evaluation dr bos yg ko ni no improvement or low performance. mati ko gaji tak naik siap kene potong lg. biler keje ko makin skema. (percayalah)

tapi ini bukan cerita pasal diri aku..lar tapi adik aku tersayang. satu2xnya adik lelaki aku dalam family. my proud..adik aku belajar di ALAM & ntahla aku sbnrnya tak pham akan minat dia. tapi yg aku tahu dia telah memikirkannya dengan mendalam dan menolak segala kos mekanikal automoatif di utm dan semua matrix ada 2 matrix dia dapat dan akhirnya pergi ke alam. ini kerana alam menjanjikan masa depan yg lumayan dan kos belajar yang murah siap dapat elaun setiap bulan. tak pernah menyusahkan family especially aku yg garang ni dan sentiasa nak bg aku duit walaupun dia student and aku ni engineer kuli yang sengkek. alhamdulillah semoga rezeki adikku murah, bile kerje nanti lagi 2 tahun dapat tolong aku kasi duit wat downpayment beli honda jazz. monthly aku bayarlah. ko duit muka (ini rancangan aku untuk adik aku haha kata gaji banyak berbukit, insyallah la kan)

skrang ni dia dah berada di barcelona..tengah bergumbira dan menjadi jakun di tempat orang sana-sini bergambar di pokok kerusi batu dan segalo objek yg terdapat disana. gambar di papan tanda mesti sekali, tempat makan dan rupa makanan serta awek2x cun di luar negara tidak dulukan. wajib. ..hepinya.memang inilah gaya orang malaysia bila pertama kali menjejakkan diri ke tempat orang huhu..Semoga adiku menjadi orang yang bahagia dan baik serta lead happy life. Amin.

gambar adalah hari sewaktu menghantar beliau ke airport & sikit gaya-gaya jakun ye. emmm merasa jugak antar sanak saudara pergi overseas sbb study. aku pun akan pergi jugak UK next 10 years for studying phd. my moment will come. dont worry. amin.

jadi penunjuk arah kat papan tanda wajib nie

kan dah kata gambar dgn tembok & pagar

papan tanda bukti dah sampai ke paris

pokok di spain mesti jadi jugak satu pose please

Tak percaya lagi, nah ticket ke PARIS

Sweet plak daughters and mother in pinky, ada theme ker hari tu

cek beg kat kaunter, 1st timer bersungguh betul

siapa nak diorang ni gaji riban-riban sila antar form

ini jelalah cerita for this one fine day..good luck my bro

P/s- aku dah ada dah sicomot wfx4288 buat aku experimen sebelum beli sejibik honda jazz aku tahun 2011 ok.

sTress KeRja Study = RoNGeng + Mkn sMpai buncit

Aloha, 2 minggu lepas adalah week yg stress wat aku, after posting (lantak la cakap ko tue)..
lepas dapat skit consult dr a few frens and enemy rsnya lega skit. Ckp enemy pun saya dengar jugak ok. Positive thinking. Lagipun aku rasa hepi sangat sbb last week lebih kurang 4 hari my mama and 2 adik pompuan berkampung kat umah sewa kecik aku tu sempena cuti sekolah..
biasalah masalah kita dapat ilang dgn mudahnya apabila kita duduk bersama orang yang kita sayang cinta. eh cinta satu lagi belum cari lagi..

tak lah aku stress giler sesangat. tetapi ada satu perihal lg iaitu komunikasi kurang berkesan berlaku kat aku oleh seorang hamba allah ini, ini pun sbbkan aku racau skit la. aku tau aku lampi, tak pandai, huduh, no sense of humor, skema, bongek dan etc, menyebabkan manusia ini kurang komunikasi berkesan dgn aku. kekadang aku menyampah kerana aku shj yg berusaha untuk pastikan aku dapat berkwan dgn minah ni. tapi ini aku lah..if u tak nak kwan dgn aku just mention it. aku ni bukanlah manusia bagus, sempurna, kaya ke or cantik sangat sampai ko nak dengki ngan aku. enough. aku dah fedup, better we bolayan ok. agree...

untuk itu, time bebusy ini hanya adik2x aku shj yg bleh nak teman aku anytime undospot bebila sahaja aku ajak. bagus sungguh adik2x aku ni. Arghh..semestinyalah nak ikut sbb aku yang bayar semua perbelanjaan makan dan mainan korang..member mana pun tak nak tak ikutkan kalo orang belanja..hehe..jadi beronggengla aku ngn adik2x aku jup tgk dragon ball RM8 je early bird lar.., then survey matta fair cam itik masuk kandang, book satu price g langkawi yahoo..2 malam pi survey kat lowyat CPU merah aku, pi beli satu, survey besi buruk bergerak aku satu angkat satu gak dalam 2 hr ini je..pastu dpt rezeki terpijak pokcik ku tersayang belanjan makan kt road house grill, apa lagi makan cam buruk lantak puaskan hati kerana stress...

Semuanya kerana stress..(buku plak tak sempat bukak langsung sepanjang orang cuti sekolah) ini tambah stress lagi..berikut adalah gambar stress..

engineer dan bangunan tak dapat dipisahkan

gaye kame-kame haha

muke ketat yg stress sangat

pagi di klcc

matta fair yg sesak gambar gegar

letih after survey trip..act mangung jup

Aktiviti makan-makan pulak...

steak rusuk..paling mahal giler

chicken chop standard price..mahal gak

grill platter peper souce..recommended by chef

abah act tepuk kepala kunun dia bayar, tapi bukanlah pokciklar

P/s stress pun berkurang biler jumper mama abah and adik adik ku..alhamdulillah, semangat semula kerja untuk siapkan UMP infra dan studies ku. AMIN








progress ump pekan campus tetap

hye kengkawan,

hari ini sengaja nak posting pasal progress ump, a.k.a universiti malaysia pahang.
tapi bukan yang dah ada di gambang tu tetapi yg berada di kampus tetap pekan pahang.
lokasi sebenar kampus tersebut adalah berhadapan pantai lagenda di kuala pahang.

so dari kuantan/gambang anda bolehlah mencari reference point KIPSAS dan bearing anda hendaklah betul untuk masuk ke susur pekan. setengah jam perjalanan anda boleh sampai ke

ump pekan. akan ada signboard besar masuk kiri bila anda hampir tiba di destinasi tersebut.

nak jadikan cerita, dah 2 kali saya terpaksa memaksakan diri untuk menghadiri mesyuarat koordinasi bagi fakulti meki n eee dan technical meeting for ump hostel with other consultant n contractor. Adalah kantoi pada hari ini kerana kontraktor request drawing sewer and drainage level tetapi saya tak dapat kasi kerana tak siap lagi. sungguh teruk saya ini, tapi saya cuba buat sesungguh walaupuan saya tak pandai..Tuhan tolang hambamu ini jadi lebih rajin dan pandai..next week sy bg.
Oklah..

Tanpa buang masa berikut adalah beberapa view yang dapat saya catch untuk reference rakan senior and junior saya.

jalan masuk ke fakulti mekanikal n elektrik

fakultas mecha n eee

piling machine for ump hostel (site sebelah br mula)

material pile sampaiii

Main drain 1.8 x 1.5 untuk fakulti and hostel

lantaklah apa orang nak kata mulut orang tak bleh tutup

lantaklah mulut ko bukan mulut aku..wargh marahnya hehe..

dah lama aku tak membuat nukilan luahan hati dan perasaan seperti ungu faiza atau skema rawk (kwn pja). kerana aku tak suka amik hati pada perkara-perkara yang tak mendatangkan faedah pada diri aku.

serius aku tak amik port kalo orang mengata aku. lantak pe depa kata aku ignore sahaja. tak pernah lah aku nak respon n balas balik pada apa orang kata.
banyak pendekatan berdiam diri aku amik kerana serius letih kalo nak bergaduh atau nak pertahankan diri.

tetapi kekadang sedikit bengang. kebelakangan ini aktiviti seharian aku sangat padat oleh kerja bertimbun di ofis dan assignment berlambak di umah. di ofis pelbagai submission kene buat, amend sana-sini, surat sana-sini dan drafting problem yang bebukan itu. tau lah kerja camnerkan, menyampahkan. tapi aku tak pernah mengeluh panjang atau mengexpreskan kepayahan semua kerja itu sewaktu masa pejabat, sebab apa? sebab aku cool largh kut. aku tak suke mengeluh pebende yg penting aku buat sahaja. cuma kekadang mendengar keluhan orang lain adalah sesuatu yang tak best.well, ingat korang je boleh mengeluh, aku pun boleh. baik senyaplah. pada pandangan aku largh. bagi aku keluhan adalah suatu perkara negatif yang akan memberikan stress maksima pada otak ko. kerana otak kita tahu analisis bahawa keluhan = negative. jadi sbb itu ko stress kat ofis and ko jadi negative.

please men, jadilah positive. relaxkan diri you all. aku pun stress, orang laen pun stres jugak. yg paling penting pandai fokuskan masa dan keadaan mood anda dimana jua anda berada. kat ofis wat kerja, balik ofis wat assignment, tido, revision wat report.makan, excercise skit dan lead your life happily. so far aku dah tak negative atau stress kat ofis kerana aku sentiasa happy and +ve even tough berhadapan dengan pelbagai problem. monday-friday pi kerja, sabtu ahad pi kelas, asal ada cuti jer movies and vacation + balik kampung. Tak ker happy and +ve.

pastu janganlah condem orang lain punye kerja. orang lain punya body orang lain punya otak diorang yang tanggung. kalo seseroang itu tak boleh buat apa yang orang lain buat. adakah bermakna orang tu takkan berjaya dalam apa yang orang itu buat walaupun apa yang dia buat itu berbeza? Agak berbelit susah nak difahami tetapi please men. setiap orang ada gaya dan cara tersendiri untuk kejar matlamat dalam hidup. ada yg suke untuk bersusah dahulu bersenang kemudian. aku dah lama idup susah sejak dr kecik jadi melalui satu lagi phase yang susah dalam idup aku adalah perkara yg normal aku lakukan. Kenapa mesti ada yang nak memberikan kritikan tak membina pada aku walaupun secara langsung atau tak langsung. At first place, tak de sesiapa yang ingin dirinya dikritik walaupun secara percuma.

cubalah bagi pendorong skit, baguslah, teruskan usaha, aku tahu ko boleh buat, cayalah semoga berjaya. bila nak exam wat elok2x...Dll, eh camne ko wat yer, baguslag ko ni. Kan best dapat ayat gini kasi motivate jadi lagi rajin..

ini tidak, ayat negative yg aku dapat...aduhai cthnya: tak nak aku jadi macam ko, eh boleh ker ko idup camni , hei xder life lah wei, eh susahnya aku tengok ko. ish serius ker ko wat camni.

Well kengkawan apakah? cubalah kasi moral support and always think positive. dont give negative statment to ur friend, atau perlukan saya mengajar anda cara komunikasi berkesan yang tak menyakitkan hati rerakan anda. Itulah suruh masuk program agar improve your communication skill tak nak, Kan dah problem camni?

Maaf saya sedikit terkilan dengan keadaan yang berlaku sekarang. Buat baik silap buat jahat lagilah silap. Inilah realiti kehidupan. Tapi saya senang melupakan. Cuma kali ini sebelum melupakan nak memberi pengajaran dan tauladan pada rakan-rakan yang lain.

P/s - salahkah aku tegas pada diri sendiri, skrng sangat bengang jadi nak pergi nek gunung.

5/7 Forestry target list jejak Gunung and Taman Rimba

Mesti kwn2x aku pernah dgr forestry tapi tak pernah amik port pasal apa dia, sebabnya banyaknya engineer. Jadi wat perlah kita amik port terhadap perkataan tersebut.

After aku view website forestry itu hari aku dapati, forestry adalah pihak yang menjaga kecantikan alam semulajadi hutan kita n sungai2x kita. Maka aku pun tertarik kepada forestry Selangor sahajalah. Travel or outdoor aktiviti means money..money..money..


Kita lihat dalam forestry Selangor kita ada tempat berikut:-


  • Kanching - dah pg ada 2 tempat satu ket lentang satu kat rawang
  • Sg congkak - dah pg kat cheras
  • Sg tekala - dah pg kat cheras
  • Sg tua – dah pg kat blakang gombak
  • Taman rimba templer – dah pg kat rawang
  • Gunung nuang - in progress kat cheras
  • Taman rimba komenwal - in progress kat rawang


Tetiba aku notice yg actually aku dah pergi jejak hamper 5/7 dr tempat yg dijaga oleh forestry Selangor. Jadi aku wat satu keputusan untuk setelkan list tersebut..Target aku adalah mesti menjejaki gunung nuang and rimba komenwal.


Perancangan n geng dah ada, just masa yg tiada buat masa ini. Semoga segalanya berjalan lancar mengikut yg aku rancangkan. After exam and hantar assignement kita enjoy.

Tunggulah pengembaraan yang lebih menarik dari aku..


P/s – tak sempat lagi nak tonton udin ipin, sayanglar, betul2x