Pic from langkawi

Memory card aku selamatlah, rasa sedikit lega kerana segala memori indah bersama keluarga dapat dikenangkan bersama. Sambil tengok gambar lucu hati rasa girang sambil terkekek-kekek gelak depan gambo. Berbunga rasa dapat tgk pic walaupun phone rosak. Yang penting keluarga happy dulu.. Ok layan sahaja moment happy ku bersama keluarga.

walking at tasik dayang bunting

pose akak yang excited kat pulau dayang bunting


Time nek bot nk wat island hoping

Abah favourite pose (nape ntah suke gini)

Mama pose control cun + ayu

Gaya tak reti pose, uweks

pose himpit sakan kasi muat phone at jetty kuala perlis

P/s - Langkawi berjaya menaikkan motivasi aku untuk kembali kuat bekerja dan belajar. Semoga aku akan lebih berjaya kelak. Amin ( dalam proses nak pergi beijing, cayok-cayok)

12 - 14 jun - citer langkawi 09

Baru pulang dari langkawi trip 09 bersama keluarga. Syukur tercapai jugak harapan nak berjalan bersama keluarga setelah agak lama kami sekeluarga tidak dapat trip bersama-sama. (since 1997 eco-crisis). Namun tetap tak cukup korum kerana adik lelaki ku yang seorang ini tidak dapat join kerana masih berada di perantauan iaitu skrg di Taiwan sambil menangkap gambar di Menara 101 yang tertinggi di dunia itu katanya ( bengang sekejap).

Bertolak jam 5 pagi dr Sg. dusun menuju ke utara dan singgah sarap sebentar di Tapah dan Kuala Kangsar tetap tidak mencukupi untuk sampai sebelum jam 2 di langkawi. Tepat jam 9 baru gerak ke utara menggunakan PLUS dan sampai di Jetty Kuala Perlis jam 1.30 ptg. Ticket jam 230 dibeli untuk naik feri namun delay jam 3.30 baru dapat naik dan akhirnya hati berasa sangat lega kerana berjaya menjejakkan diri di Langkawi jam 5.00 ptg. Kami sangatlah lapar ya amat, maka selepas mengambil kunci kereta dan meletak barang maka melantaklah kami KFC yang sangat dekat dari kereta itu.

Makan tersangat lah laju, sehingga 2 ketul ayam setiap sorang licin sehingga menjilat jari. Itulah akibatnya jika meng'skip' lunch anda. Walaubagaimanapun masih tetap lapar kerana tidak makan nasi erti kata makanan sebenar. After makan kami terus direct ke Aseania yang terletak di pantai ceneng. Check in je bilik terus bersiap-siap mandi solat dan lain-lain after maghrib terus keluar ke pantai chenang untuk bersiar-siar di waktu malam sambil berborak bersama ahli keluarga dan aktiviti melompat-lompat dipantai yang luas itu seterusnya aktiviti makan nasi di Restoran Aliah.

Esoknya kami meneruskan aktiviti island hoping pada waktu pagi sehingga jam 1.00 petang. Sangat seronok kerana dapat bermandi-manda di pulau dayang bunting , berjalan-jalan di Tasik dayang bunting sambil tido petang disana semasa menunggu bot dan menyaksikan helang yang ramai memakan roti ala-ala aksi menangkap ikan. Pembawa bot sangatlah baik kerana sanggup patah balik mengambil topi abah yang jatuh ke dalam laut di tiup geseran angin yang kencang itu.

Balik ke bilik terus menuju ke pool untuk berendam katak sebentar kerana risau tak sempat mandi dalam pool. Malang tidak berbau, bukan aku seorang sahaja yang terjun tiruk kedalam pool tapi SGHL - 700 Samsung Limited Edition Pink kaler aku juga turut bermandi-mandi (usia 4 bulan lebih). Sedar pun after 30 minit. Maka apa lagi aku pun menjadi HEMO HEMO pada alam & manusia seketika dan terus menidokan diri tak sampai 40 min tu. Bangun dari tido tengok semua pun tido kerana tak mahu menganggu aku yang tengah mengamuk sakan (dalam hatinya itu). Maka tak sampailah hati aku nak merosakkan mood pada petang itu. Aku terus bersiap-siap (aku je tak siap lagi) dan mengejutkan semua untuk lunch dan bergerak ke Cable Car jam 445 ptg.

Aku berpura-pura melupakan kekecewaan kerosakan dan kehancuran phone ku itu. Nasib masih sempat tiba jam 5.30 di cable car dan terus menaikinya hingga ke puncak gunung Matchincang haha agak je. Tak ku sangka memang mama ku penakut sikit2x.tapi kesian tengok dia memang takut sungguh, genggam erat tangan ku dipegangnya, muka menjadi merah padam dan asik tunduk kebwh saja tak pandang kiri kanan atas bawah. Letih pujuk tak nak di tolehnya..hehe tapi kami semua hepi. Abah yang pada mulanya katakan tak mo naik cable car ini kerana mainan budak-budak sebenarnya sungguh excited apabila berada di atas puncak..Nampak air terjun telaga tujuh dari atas cable, bebduak rasa excited nak pergi, tapi ptg tak sempat sbb semua letih lagipun penat sngt sbb pusing pulau-pulau tu. Bila waktu turun plak, mama dah jadi ok sbb dah berjaya meredakan keresahannya mengatasi kefobiaan ketinggiannya itu berasa seronok melihat suasana di puncak yang terbentang luas itu. Aku berpuas hati kerana hari ini dilalui dengan gembira.

Pulang dari Oriental Village, Singgah sebentar di Cendol dan Mee Rebus Black Pepper yang sangat sedap itu. Wah ini adalah makan malam kami kerana malam ini semuanya tertido yang agak awal iaitu jam 9 malam. (cancel plak aktiviti shopping di pantai cenang & makan kerang bakar kami).

Rest pun secukupnya, maka esok bangun sangat awal untuk menjejakkan kaki juga di Telaga Tujuh dan Air Terjunnya. Sebanyak 230 lebih tangga perlu di jejaki untuk sampai ke air terjun dan baki 330 tangga untuk sampai ke Telaga Tujuh. Syabas buat mama dan abah, kerana sakit lutut mama tidak memberikan tanda ketidakupayaan dan abah berpura-pura mempunyai stamina tinggi. Tapi mama dan abah mendapat tempat ke 4 dan 5 lah kerana anis adik ke 2ku yang mendapat tempat akhir (pemalas). Aku (1), Nana (2) dan emmy (3), walaupun bersaiz besar tapi kekuantan mental ku lebih dari yang lain maka akulah sampai dulu ke puncak. Apa-pun tahniah pada semua kerana berjaya sampai ke puncak. Sayang kita tak dapat daki Gunung MatChincang yang cuma 960m itu kerana tidak mendaftar dahulu. ( Next time ok)

Dari jam 9 sampai jam 1230 membuang masa di atas puncak, kami terus trun untuk pekena air kelapa sejuk dan pergi ke pekan kuah untuk membeli-belah. Aku semestinya membeli T-shirt bercorak langkawi cenderahati diri sendiri menandakan aku telah sampai ke sini dan agenda seterusnya membeli coklat yang banyak untuk atuk, nek, sedara dan rerakan sikit yang banyak nak makan sendiri serta toto kepunyaan mama.

Tiba waktu pulang, ticket 530 pm di ambil dan tepat jam 7 kami sampai di jetty dan menuju destinasi pulang ke Sg dusun tercinta. Bila balik cepat plak kerana jam 2 am suda sampai ke umah.. Aku mandi dan tito..

Sangat seronok dan rasa ingin datang lagi ke langkawi kerana sangat best. Insyallah next time ada lagi. Amin.

P/s - Gambar tidak ada kerana telah ditangkap sepenuhnya oleh SGH-L700 aku yang telah rosak itu. Tapi telefon lama aku ada menangkap sedikit gambar namun perlukan masa untuk aktiviti transfer yang payah itu kerana aku malas nak bluetooth ( takde laptop la)




j

Just watched JPBC

Aku baru sahaja balik menonton JPBC, Memang best. Bagi aku menjadi jugak cerita komedi seram ini kerana memang aku terkekek-kekek lebih-lebih lagi part orang minyak asyik menyanyi bila nak bertukar dan the best part shaheizy sam largh yang cute tu haha..bertukar-bertukar cam citer kartun plak.

So everyone, JPBC is recommended movie to watch. Pergilah sokong filem tempatan dan Ahmad Idham hoho. Aku adalah ahli kelab penyokong pengarah muda lagi segak (syamsul, faridkamil, pierre), yang paling penting berbakat largh. Aku pun suka khabir batia sbb cantik sangat shoot yang dia amik. For fun and enjoy aku suke layah afdlin, if not idham memang ok. Tapi tak minat plak owner of citer mukhsin, sepet or mualaf tu. Maybe aku not multicultral type kot. Im konservatif..(village girl)

Tak sbr rasanya nak tunggu movie of the year(my own list lar). Transformer 2 - aku siap dah beli T-shirt dah nak pakai time tengok nanti huahua..Siap dah pakat nk tgk ngn member2x. harap menjadi la korang tu. Kerana aku memang selalu on tapi korang memang payah hoho..
Okla just nak posting something for today. Tomorrow sharp 535 aku akan balik kg because the nextday aku akan berada di Langkawi. Yahoo. Akhirnya aku disana berjaya membawa keluargaku.

Langkawi here I come..
P/s - not here Friday 12th June - Monday 14th June, make sure I do not plow anything at my farm to prevent any waste. Haha

Trio Route to Kerteh pengubat rindu

Kelmarin aku pulang dari trio route ke kerteh , che we (aku), atih (zuba) and achik (din) telah menjadi wakil dengan bersungguh-sungguh untuk pergi ke Majlis Kenduri Uda (ain) bersama pasangannya kamarul. Tapi agaknya kami telah ditakdirkan untuk TAK bertemu dengan uda kerana uda dan suaminya telah pergi menangkap gambar di Pantai-pantai indah yang terdapat di kerteh itu meninggalkan kami yang lambat sampai tu (530pm br sampai).

Agak terkilanlah kami bertiga kerana tak dapat bertemu ahli keluarga mpp yg kami sayangi ini. Nampaknya ktroang kene reunion besar tatkala alang(nasrul) kahwin nanti this coming Julai di shah alam or dungun. Che we pasti akan ke shah alam (belah syifa') kerana sudah tidak sanggup nak ke pantai timur yang jauh itu menaiki kereta.

Aktiviti kami banyak berkisarkan didalam kereta sahaja. Tak ku sangka ktoang pergi ke kerteh menggunakan WFX 4288, Kancil Putih ku 660 keluaran 1997. Kemampuan kereta masih lagi utuh kerana tidak bergegar walaupun berlari dengan kelajuan 120-130km/jam. Rekod terbaik kerete aku adalah 144km/j mengikut rekod yang diberikan oleh data Garmin GPRS kepunyaan atih. Semakin sayang aku akan kenderaan kenit ku ini. Walaupun aku bakal mempe
roleh Jazz or Civic aku sendiri nanti(angan-anganku keazamanku). Akan ku tetap simpan sikenit ini untuk buat pergi pasar. hehe..(bolehlah aku metallic pink kan kenit ku itu)

Trio ini seronok kerana merapatkan lagi hubungan kami adik beradik (yang konon ini). Topik perbicaraan kami banyak mengisarkan tentang hubungan adik beradik angkat dan adik beradik sebenar masing-masing. Rasa macam sekejap sahaja, tengok-tengok kami sudah meninggalkan bumi ump dan aktiviti mpp kami yang penuh nostalgia, masam-manis, suka duka dan adengan yang tak diingini berlaku. Yang utama, aku memang sayangkan sangat family mpp ku ini. Semoga adik-beradiku ini berjaya dalam kehidupan dan kerjaya masing-masing serta memperoleh apa sahaja yang diinginkan dalam hidup.


P/s - Tetiba rindu yang teramat sangat pada semua:-


Current status:-
Alang - Married (Coming July 09)
Tam - Married (2008)
Uda - Married (June 09)
Adol - Engaged
Usu - Engaged
Chede - Engaged Soon
Adik - Engaged Soon

P/s _ Haiya, semua orang dah menuju ke alam yang baru, bagaimanakah yang lain adik beradik, cepat-cepatlah jugak yea. Nampaknya yang paling grand kahwin adalah bos kita lah. Semoga semua berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin.

Aku yang memaksa diri ini..


Tak sedar langsung yang rupanya aku sudah 1 tahun 9 hari berada di dunia makan gaji ini bersama syarikat perunding bumiputera. (Kalo dicampur masa training aku di hla akan menjadi 1 tahun 6 bulan dan 9 hari). Apakah yang aku rasa aku dapat apabila berada di dunia kerjaya ini di dalam department infrastruktur ini? Dapatkah aku apa yang ingin aku pelajari dan dalami? Mahirkah aku dalam menyelesaikan masalah yang acapkali akan timbul dalam design hasil dari complaint pemaju, bos, kontraktor, arkitek, M&E or rakan sejawat yang lain. Bolehkah aku secara langsung membuat rekabentukjalan, jambatan, bangunan dll jika dituju aku tanggungjawab untuk merekanya? Mampukah aku? Layakkah aku?

Jawapannya memang aku tak layak lagi dan asyik rasa rendah diri sahaja bila membuat sesuatu tugasan. Kadang-kadang apa yang kita rasa kita benar-benar inginkan bukanlah seperti apa yang jiwa dan kehendak kita ingin lakukan mahupun mampu melakukannya. Aku asyik berkata pada diri sendiri bahawa menjadi engineer bergelar IR adalah apa yang ingin aku lakukan. Tapi hati dan perasaan aku berbaur-baur kerana aku lebih sukakan bidang akademik yang tidak terbabit kepada unsur-unsur makian, boleh membuat masterpiece sendiri dan membentangkan kepada student, melibatkan diri dengan aktiviti student di universiti, menjadi inspirasi dan galakan kepada mereka yang ingin berjaya lebih lagi. Aku tamak, aku tak mau rugi, aku kerja dan aku belajar. Aku tidak sanggup untuk berpisah walau dengan mana satupun. Aku ingin IR pada masa yg sama mendapat PHD, dengan mereka berdua jugak aku tidak mahu berpisah. Adakah aku akan ditakdirkan untuk mampu membuat semua ini? atau aku terpaksa memilih antara salah satu sahaja sebagai arah tuju hidup aku. Apakah aku sangat memaksa diri aku sendiri?

Alhamdulillah, result sem satu master sudah lepas dan aku sangat bersukacita dengan result tersebut. Jika dimurahkan rezeki dan result sebegitu kekal hingga ke akhir semesta insyallah merasa jugak untuk graduat dengan 1st class. Terpikir lagi aku, jika Tuhan memudahkan kerja aku dalam pelajaran adakah ini satu petanda aku patut beralih terus dan tetap ke bidang akademik? Aku confuse dan celaru? Nasib ada rakan-rakan seperti bd dan adan yg kekadang memberi inspirasi kepada aku jugak kerana mereka sangat ingin berkecimpung dalam dunia pengajaran. Adakah mereka berjiwa lembut sahaja yang suka ingin menjadi tenaga pengajar? (Cewah aku bd and adan berjiwa lembut, ayat tak bleh blah).. Terima kasih jugak pada mereka dan rakan-rakan aku yang lain yang memberikan sokongan aku membuat partime study ini. Kerana ada segelintir kawan-kawan yang menidakkan kualiti, keputusan dan mengatakan bahawa tidak akan berjayalah aku ini jika membuat 2 kerja pada satu masa. Sedikit rasa kecewa dan terkilan kerana disangkakan aku begitu. Semoga aku memperoleh keberkatan dalam menunaikan tanggungjawab aku sbagai student maupun pekerja.

Pekerja, emm kebelakangan ini kerja-kerja pejabat menjadi slow dan aku menjadi tegar untuk berperilaku seperti pekerja yang takde motivasi. Semangat keinginan untuk bekerja seperti mula-mula bekerja sudah semakin pudar kerana aku membuat sesuatu bidang yang aku sendiri tak pasti minatnya dimana. Jika aku ada peluang, ingin aku cuba semuannya dan akhirnya memilih bidang mana yang menang dan layak untuk diri sendiri. Sudah aku katakan sifat tamak memang menebal dalam diri. Tapi peluang itu semakin menipis dan aku seakan ketinggalan dalam apa jua aktiviti yang berlaku dalam suasana kerja tersebut. Aku risau lagi kerana terpikir akan memilih untuk tetap menjadi perunding ini langkah yang memuaskan hati aku atau tidak. Semoga minggu mendatang hadir sesuatu unsur yang memberi inspirasi kepada diriku ini?

Yang pasti, apa yang membuat aku puas adalah memberikan kesenangan kepada kedua orangtau aku dan merantau negara orang sangat memuaskan hati aku. Semoga kedua perkara ini dapat aku laksanakan sehingga akhir hayat aku. Berbakti kepada mama dan abah adalah perkara terbaik yang harus aku lakukan. Semoga liku-liku hidup ini tetap aku teruskan walau terpaksa memaksa diri ini.

Kepada rakan-rakan yang aku sayangi semoga korang berjaya jugak dalam apa yang korang lakukan, dan semoga kita sentiasa mendapat peluang untuk travel bersama-sama . hehe

P/s - si udin telah membuat pengumuman untuk meninggalkan bumi malaysia, mungkin kami (koreivians dan umpians) semua akan merindui udin manusia berbulu pink dan semoga rakan kita memperoleh apa yang dikehendakinya. Salam sayang buat semua.

Salam Birthday to My luvely Mom

SWEET 47th BIRTHDAY TO MAMA


Ya allah, aku boleh sampai luper beday mama semalam (1june),
biasanya malam jam 12 mesti nak wish, ni boleh pagi2x..jam lapan aku aku baru wish..
nasib mama pergi rewang kat kg tue jugak, jadi sms pun dia tak reply petang sikit baru reply tq..hehe mama memang tak pandai bermain kata-kata.

Sms sms tak reply, takde kedit ke (aku terpikir)
bukan ghupanya, mama takde kat umah jadi aku call lah abah,
tanye abah watper beday mama ni, abah kata dah siap masak spesel untuk dia.
wow masak pe spesel, adalah resipi ubi kayu nak kasi dia makan..
haha kejam sungguh abah sempat melawak, dengar dek mama kang nangis (gelak je)

tahun ni memang tak de la sesambut sbb komitment kerja, tapi insyallah hadiahnya aku akan bwk pergi berjalan ke langkawi next week. hope mama happy and dapat pergi buat hobi yang dia suka iaitu belanja-belanja...

Ok mama luv you so much. terima kasih sebab selalu doakan kakak berjaya dalam apa yang dilakukan walau tak le perform sangat hehe..Maaf kekadang mengecewakan kerana sering tipu..hehe..



Selesai masalah yang satu ini

Alhamdulillah, masalah yang terjadi di cameron last week telah selesai. Kami telah berjaya menyelesaikan perkara tersebut dengan tuan punya kamera dan beliau juga setuju untuk menerima kehadiran sony t70 (pink) menggantikan dcs - t20 nya (compact cyber shot) yang telah dibelinya setahun yang lalu. Tapi dalam case ini aku telah melayang RM200 kerana sama-sama ingin memikul tanggungjawab beraksi sakan menggunakan cam tersebut. Tapi akan ditopup semula oleh BD pada sabtu ini. Akhirnya selesailah masalah ini. Syukur.

Inilah rupa T70 pink:-
P/s - hope owner puas hati, dah ganti malas plak aku nak amek kamera kat klcc tu cam lantak ko jela labu hehe..okok aku amik punye, risau plak si juna aku kata gini

lesen ep 4 - dr blog frenster

hr ni tak semena-mena aku telah berjaya drive sendiri sampai ke lowyat
sungguh menakutkan, and sape kate engine tak leh mati kalo auto..haha auto pun bolehlah cuma nasib malang skit lah orang tu kena iaitu aku..

Tapi kalo tak kerana kejadian tersebut (rahsia geng pg cameron hr tue) tak de kejadahnya aku akan pergi sendiri ke lowyat tanpa niat. tapi ok la sampai juga aku kesana. habis pusing satu building memang payah nak dapat apa yang aku nak itu, maka skrng kecewa skit la riso kerana tak dapat tolong member aku then tak tau camne nak tell the truth (rasa bagi pihak member kununla)
hope semuanya baik..juna kita kene berterus-terangla..honesty is the best policy now, before kita proceed dgn idea kita seterusnya..

masih kurang pakar dr segi nak memotong especially bila nak potong lori, kene improve la skill aku nie. hopefully aku dapat keberanian utk drive ke area damansara plak coz dpt jumpe member class aku yg ramai duk area sana..( nak ke diorang jumpe ko yuya tak mo nya berangan je ko ni)..hehe memang angan-angan itu penting..

P/s - rasa hepi pas dapat jumpe kawa and dayah last week, bakal jumpe sue lusa wowo..me to JB (aku muntah pg JB dulu keje everyweek JB balik hari woo)

Cameron Trip

Alhamdulillah, settle gak cameron trip dgn koreivians, walaupun tak ramai as di genting dulu tapi kalo berlima tetap tampak meriah dan bersuka ria dengan batasnya..(ye tak yea) haha..

Tak sangka semuanya sukakan aktiviti masak makan dan nyanyi, itulah kami antara bende yang menyebabkan semuanya sekepala dan menjadi sejelikit tersebut*geli plak, Excited sebab dapat jumpe geng balik di tempat yg menarik. Banyak kejadian menggelikanhati (ayat sopan) terjadi sepanjang di cameron.

Berikut adalah aktiviti ktorang:-

tangkap gambo dulu..dlam apt best nie..

(huduh benar pusing dari belakang)
gi psar beli barang dapur

tgh siapkan dadih plus strawberi - desert

pose tuang kicap pada BULGOGI

Inilah BULGOGI masakan korea

Gaya je potong bawang + sdg wat coselow

sibuk di dapur, lelaki contoh (puke)

lunch kami - western food

Petang pulak kuar pergi KEA FARM, jalan-jalan cari makan lagi disana:_

Makan kubis goreng

Makan steamboat plak

Makan strawberi coklat ( tak sedap pun)
(Apalah Dato' Siti pikir time makan nie..hehe)

dinner kami bulgogi

desert after dinner -
dadih strawberi + low fat milk + krimer
(lemak sungguh)

at ladang kaktus + pokok2x ntah pa pe

at ladang teh pas pekene teh tarik vanila + currypuf
RM 40 - mahal sungguh

Best syot at ladang teh- credit to BD

Not much to say, just nak kata sangat happy and release stress sehingga hilang semua ilmu gelek sampai pecah perut. Hope next trip ada lagi bdk2x lain yang cam best gak.

P/s - Next trip backpacker beijing before pian kawin (b4 march 2010)...sempat ke nak kumpul RM 2000 nie

tetes mata kerana anak comel

hari ini aku telah mendapat seorang rakan baru dari Fbook hasil dari ketegaran aku bermain farm town itu, apa lagi. namanya sist suriani@nickname surianyjames.Actually bukan nak bercerita pasal aku dpt kwan, tapi nak menceritakan tentang dua orang anak sist ini yg sangat comel. Ya allah betapa comelnya anak sist ni..sehingga aku suke sangat, habis pic aku view sampai aku menitiskan air mata sikit (jiwa lembut sudah datang) melihatkan kecomelan dan keletah Iman dan Alisya yg sangat la cute. Rasa cam bersyukur gile aku utk sist ni sbb anak yg dikurniakan kepada dia teramatlah comel dan kelihatan sangat bijak. Semoga sist su dimurahkan lagi rezeki dan bahagia bersama keluarga di UK ok.

P/s-adakah perasaan keibuan memang kuat dalam diri setiap wanita, apabila menginjak usia perangainya seakan-akan berubah menjadi matang dengan tidak disengajakan. Akhirnya aku semakin matang. Semoga aku menjadi insan yang diberkati dan berguna di masa akan datang. AMIN. (Nak anak comel jugak - miang)

Hidangkan korang gambar2x Iman dan Alisya ok. (Izin guna gambar sist suriany yea.)

alah cam solehah plak cute

geram kerana cute..alahai indah ciptaan tuhan

pandai posing senget anak sist ni

Alisya dengan lesung batu, boleh standby nak bergambo,
memang cute

Tgh makan hotdog sambil pose kepala senget