Gunung stong, ayam, baha

Lambat sikit entry gunung bulan ni sebab berkira-kira nak cerita ke tak nak. Tapi kalau tak share info gunung buat teman-teman kedekut pengalamanlah pulakkan. Ada benda tk best sikitlah berlaku pada tuan empunya badan.

Hr jumaat hari tu pada 27 april 2012 aku datang kerja agak awal sebab ada meeting jam 8 pagi. Bila datang awal kita ada chance nak pulang awal jam 530 ptg. First time aku nk pulang sebelum jam 6ptg setelah berbulan aku kerja ditempat baru. Jadi timing memang terbaiklah kerana aku memang plan nak datang awal ke kl sentral dengan niat suci murni nak menolong abg naz dan team apa patut.

Tepat jam 650 ptg, aku dan aman bergerak bersama ke keyell sentral. Untunglah datang awal dapat bantu serba sedikit bahagikan ration dan baju. Datang awal itulah ada hati lagi nak pekena mcd dengan zul a.k.a ikan. Jadi dah gatal sangat kami bertiga dengan aini sekali pergi beratur kat mcd jam 815pm. Haha lama pulak order, dapat jer burger berlari kt org ke pintu A keretapi. Tak sangka rupanya dah nak kena tinggal. Memang marah lah abg naz ker kami haha lelebih lagi ke haku. Ktorg ni dtg awal tapi gatal sangat suka wat keja last minit. Punctual pulak train ni, tapi pengalamanlah hampir nak kena tinggal train ni. Best rupanya nek tain beramai ni, gerabak tu bising tul cam kita jer yg naik hehe.

Tp lambat ktorang ada lagi sa budk kecik yg kene tinggal. Dia lg hebat lenjan kete dan naek kat gemas. Ok skip citer kebestan duk dalam train. After gemas semua dah start tido dan rest sehingga berhentinya kita didabong jam 930 pg.

Sampai didabong, team kita park disatu kedai makan. Kita port beg dekat sana, breakfast dan wat aktiviti caving dekat gua pagar, gua gelap and gua keris. Aktiviti yang menarik sebab aku tak pernah caving sebab lemas tempat sempit sikit huhu. Caving amik dalam masa 2 jam sahaja. Tak ingat waktu mula dan tamat tapi lebih kurang jam 130 ptg kita dah naek van untuk pulang ke port kedai tadi.

Sampai kedai kt lunch dan berkemas untuk ke entrance gunung stong yang hanya 15 min drive dr stesyen dabong. Biasalah sampai sana menunggu lagi sampai jam 430 ptg. Tunggu guide comel kita ja dan abg li. After briefing terus team shoot lalui air terjun jelawang.

Lebih kurang jam 5 ptg kita sampai di airterjun kene cross sikit, rest kejap dan trek semula atas trek batu sehinggalah ke pondok pertama. Lebih kurang 30 mins gak nak menapak ke sana tetapi tambah masa rest atas batu dalam 45 min kita sampai pondok. Rest lagi 10 mins kat pondok dan sambung 1 jam lagi jalan ke kem baha. Jam 630 ptg team sampi ke kem baha.

Jam 7 ptg, cek port, setup fly, ground and dapur, masak, mandi, makan, kemas, sembang ilmiah bawah fly, saya tak masuk sembang kemah abag naz giller karang haha, x join pun asik kena kaco jer dgn org fly sebelah. Malas nak layan, sembang dengan nana jer spjg malam dan jam 1 pg kami pun tido x larat nak layan mata dah.

Esok jam 630 pg, berkat rindu alam yg kejut berjaya jugak bangun utk melihat sunrise dan kepulan awan dr atas stong. View terbaik walauaapun cuma sunrise tidal terlalu kelihatan, tp tak perlu risau sebab kem baha ni memang favourite spot untuk di repeat hehe.

Amik sarap jam 8 pg dan terus berkemas utk start hiking day pack ke puncak datok, ayam dan baha. Kita start jam 930 pagi dan route senang jer dari bwh nak ke sungai rantai lebih kurang setengah jam, kene cross sikit memang trauma mak nak lompat2x batu ni, bimbang jatuh tapi alhamdulillah ok. Gerak lagi ke depan dalam 45 mins lagi dan sampai ke kem balak. Kat sini ada 2 laluan dimana kita boleh melalui terus sampai ke gunung kob or gua kob and 2nd path masul gunung baha dulu. Tp destinasi kita start dgn stong jd kita guna laluan pertama. Dalam 30 min kita sampai ke gua kob untuk ambil bekalan air sbb dah xde water point lagirasanya sehingga sampai stong.

Teruskan lagi perjalanan lagi satu jam nak menyampai ke laluan kayu balak besar pemeluk, pastu lagi sejam nak sampai peak. Argh memang dah mental dah bila masuk jam yg kesekian ni sebab lama sangat, pacak pulak plus dah hujan lebat. Memang tak bolh blah rasanya bila ujan dan tak bwk raincoat, menyesal sgt. Tapi kena gahkan diri, dah sampai peak tak mampu nak nek puncak terus menyorok bwh batu berhimpit beramai untuk memanaskan diri masing-masing. Hujan masih turun dan kami lunch dalam ujan. Maggi fama yang tak sedap tu pun dah jadi nikmat tak hengat sebab kepanasannya hehe.

Dah siap lunch, cam whoring session bersama team di puncak stong. Habis pose gedix semua orang pun menurun kebawah menuju ke puncak ayam. Dari stong ke ayam tak terlalu lama, trek menurun pada mulanya dalam 1 jam lepas tu sampai point last water point boleh amik air. Dr situ 1 jam lagi plus pacak sikit nak menyampai ke ayam. So dah sampai cam whoring lagi dan lepak dlm 30 mins.

Pastu guna route yg sama 30 mins jer dah smpai ke simpang baha kat last water point tadi. Dr situ guide kata 3 jam sampai baha, rupanya kk jugak guide kita haha. Cuma 20 mins jer dr situ dah sampai peak baha. Terus sampai memang amik gambar jer dan tak sampai 20 mins menapak disana kami terus shoot untuk pulang ke kem baha jam 530 ptg.

Trek memang menurun sahaja lah, berejam rasanya nak menyampai ke sg y tu. bimbang guide kata takut air besar atau kepala air dtg, maklumlah br lepas hujan kan. Lama gak nkenurun ke bwh sbb jam 710 br sampai ke sg y tersebut. Aku jalan on track dengan nana sahaja memang nervouslah sbb dah gelap sangat dan banyak sangat route lain yang boleh buat kita sesat.jalan pulak dalam magrib rasa nak stop sekejap tapi sg tu sikit jer lag kat bwh, so kami decide nak jalan gak at least sampai ke sg dah sampai ke ja dan lelain.

Dari sg y nak ke atas sure nya dah gelap. Aku tak suka ot tapi nak buat macam mana kena gak hadapi. Tak mau kenangan lemah di yong belar berulang aku disiplinkan diri jugak menaikkan diri ke trek pacak tu. tak sanggup nak dgr bebelan sweper dr belakang pantang kot jadi nak tak nak kenalah kuat dan laju sikit. So teruskan hiking sehinggalah kem balak. Lama gak nak rasa nak sampai sana walaupun rasanya patut kejap jer, jam 830 pm. Dalam 30 mins kemudian kt jumpa balik sg rantai cross balik dan agak lama tunggu masyarakat yg lain tiba. 930 start gerak semula.

Trek turun dari situ lebih kurang 30 mins dah sampai ke simpang kem baha. Lega rasanya dah sampai base camp, 1st perkara aku buat semestinya mandi. Busuk sgt dah tak henggat.

Part mandi memang lama, dekat 1 jam kot berlukut kat sg mandi bersama nana haha dan abg bob yang menyibuk jugak kat situ. Tp dia dok pandang tempat lain so bolayan jerlah. Rupanya dah jam 11pm. Bergegaslah bersiap dan melantak lauk sardin yang bang chik and abg romli masakkan. Tenkiu. Memang uols sweet, x yah penat chef lain nak masak dan ktnie penat tunggu masak lelama.

Pas melantak, lapar gila sbnarnya semua org. Memang karam terus, dlm jam 1 semua dah masuk tidor haha. Adalah gak yang menyembang, tapi x mampu rasanya diri ini. Rasa nak demam jer adalah. Segala urat dah putus dan muscle pun sore sesangat.

Esoknya pun jam 6 pg dah bangun konon nak tgk lagi sunrise tu, tapi bdn memang letih tul. Tolong org kat dapur pun dah x mampu, layan lagi tidur sampai 730 pg hehe. Memang heaven bangun lambat kat atas gunung yang sejuk ini. Ada pulak org serve nasi lemak dan teh o panas hehe terbaik. Terus sihat badan.

Hehe masa dinanti telah tiba jam 11 pg. adalah masa menggelungsor di air terjun tertinggi tu. oklah make it short. 1st try gelungsor best memang terbaik walaupun dalam tapi ok sebab selamat boleh berpaut kat bebudak ni. X mau buat 2nd attempt tapi tergoda gak dgn abg naz nie pepaksa pulak. So aku buatlah cubaan kedua yang tak berapa bertuah tu haha. Jalan dah licin beb, hati dah degup dah terdetik cakap aku macam nak jatuh jer tup tup waktu mengengsot bontot ke spot batu yg kt kene duduk standby sebelum gelungsor. Haha aku tergelincir sikit dan terbalik tersangkut nasib badan bertuah sebab tangan aku terpaut kat kaki brader mana ntah. So aku telaha diselamatkan oleh 4 brader guide plus abg naz sekali lah. Melekap kot aku kat batu tu seketika cam cicak terkuis kuis kaki nak nek ke atas haha. Berat kot nak tarik aku dr position yang sebegitu haha. 4 org tarik aku kot, tapi layan jerlah nak wat camana nak selamat punya pasalkan. Peh tu memang aku dok kat abag naz sambil geram jer kat dia haha. Tp pucat lesi kot muka. Sebab dah duduk kat atas tu tetap kena turun gelungsor gak haha.

Seronok betul team hiking aku ni bahankan aku sampai sudah kot siap ada nama baru cicak tokek kot. Lantal koranglah, aku selamat korang happylah, cuba aku jatuh berdarah serius kan kowt haha.

Itu jerlah, tak tau moral of the story dia apa. Banyak kali dah malang dengan air tapi aku tetap suka air terjun dan laut dan hutan. Agaknya soul dah org utan x tau nak komen apa.

Malam ini tido lambat walaupun awal dah ada kat umah. Sembang dgn kawan lagi sampai pagi. Boring barangkalikan x masuk utan. Oklah gtg nak kerja esok ni tapi mood so la xde hehe.. Nk layan pic kene view my facebook k.

P/s: sesangatlah best nak layan g7 nier oiii

No comments: