kesihatan tidak menentu


Bulan april adalah satu lagi bulan yang sangat padat buat diri aku, makin ramai kenalan baru dikenali terutamanya dalam yang sama 'interest' dalam memanjat gunung. Makin luas kenalan makin banyak terdedah dengan aktiviti yang dirancang oleh team sanalah, sinilah, situlah. Kalau nak ikutkan badan dan masa memang tidak termampulah nak mengikuti semua program tersebut.

Nak jadi cerita, sejak join group mendaki ini makin berani nak 'reach out' dengan semua kawanan baru. Dari networking universiti, pekerjaan dan akhirnya mendaki. Walaupun sangat penat tetapi memang dah 'SOUL' suka sangat memang tak boleh jadi. Mama pun dah membebel, anak daranya setiap minggu tak de, kalo tak kat puncak mesti meniruk kat mana-mana. Patutnya mama dapat anak sulung lelaki, dapat anak perempuan pulak jadi perangainya kenalah macam itukan.

Tetapi akhirnya sebab terlalu aktif dah dah lama aku tak jatuh sakit sejak bulan november yang tahun lepas, aku jatuh sakit gak satu minggu lebih ini. Dari jumaat yang lalu sampai ke jumaat lagi satu nak lanjut ke weekand seterusnya. Geram jer dalam hati, aku nak memanjat stong kot minggu ini tetapi apakan daya akukan sangat degil tetap akan gahkan diri gak mendaki.

Pendek kata memang tak boleh nak berhenti lagi, sesak nafas aku kalau tak bau hutan kot, lepas dua minggu sure jadi macam ini. Hehe confirm pergi stong esok ni aku menjadi sihat semula. yeah yeah.

P/s oklah sudah mau pulang awal ke umah mau shoot ke dabong kelantan via train. doakan aku selamat sihat pergi dan balik ok. xoxo.
  

No comments: