Trip Gunung Rajah

Akhirnya aku Berjaya mendaki gunung bersama kembara trekkers. Pada hujung minggu yang lalu bersamaan 31 Mac – 1 April 2012 aku bersama banana, abg zam, cik aini, fahim, dan ikan mengikuti trip abg zamri kem treks ke Gunung Rajah.

Gunung Rajah ketinggian dianggarkan 1600m jauh lebih tinggi dari Nuang. Jadi ini adalah cubaan aku lagi untuk mendaki puncak yang lebih tinggi dari biasa aku dakilah. Sebelum ini, aku mendaki dengan berbekalkan latihan melalui “bootcamp”, Tapi kali ini segala cubaan adalah berdasarkan mental dan ikut suka hati mak bapak aku nak training ok. Tapi sekurang-kurangnya aku akan layan 5km jogging sebelum melenjan diri di mana-mana gunung atau bukit.Kalau tak mahu putus nafas masa trek kenalah buat sikit.

Kita start hiking jam 730 pagi. Bercakap pasal trek, starting point kita adalah dari belakang pondok rehat kat air terjun chamang, disitu kita ada pacak trek dalam 10-15 minit. Seterusnya tembus dekat trek lapang yang boleh masuk powil yang jauh dianggarkan lebih kurang 3km. Bayangkan nak menapak begitu jauh flat lagi mental dari pacak (fuyoo ayat x boleh blah skrag sebab dah suka layan trek pacak). Menapaklah line up rajah sampai ke pintu rimba, keadaan trek sangatlah santai sebab rata sahaja kan sehinggalah bertemu sebatang sungai yang perlu di lintas. Lebih kurang 1 jam setengah kita sampai ke kem site Lata Naning. Perjalanan nak menuju ke kem site tersebut dari pagi sangatlah lama walaubagaimanapun kami Berjaya sampai ke sana tepat jam 1 tgh. Perjalanan tidak diteruskan ke Kem Site Hijau jadi kami terus memasang fly, ground and melepak di Lata Naning.

Ekoran dah melepak sangat kat situ, esok paginya terpaksalah bangun pagi untuk mengejar view rajah yang dikhabarkan superb itu. Jam 330 pg rerata line up dah bangun untuk menyediakan bekal masing-masing dan jam 430pg semuanya telah siap sedia berkumpul untuk taklimat dah memulakan sesi hike day pack ke puncak rajah. Hanya dalam 45min kami sampai ke kem hijau untuk berehat seketika sambil menunggu masukknya solat subuh. Baik sikit rasanya ikut kem treks lineup ni sebab ada solat Jemaah. Amin. Semoga semua line up gunung ini diberkati dan dipermudahkan segala urusannya kelak agar boleh terus beriadah seperti yang diminati.

Jam 630 pagi kami meneruskan perjalanan kami ke puncak rajah. Banyaklah pacaknya namun kita layan sahaja sebab ini yang kita mahukan. Tepat jam 930 pagi dah der line up yang cecah peak rajah untuk melihat view yang terbaik itu. Selepas berehat selama 1 jam, line up mula turun ke bawah untuk mengemaskan barang agar dapat shoot ke bwh jam 1 ptg. Namun jam 1230 tgh baru kami tiba dilata naming, justeru itu berehat dan menunggu sweeper sampai akhirnya jam menunjukkan jam 230 ptg. Agak kerisauan jika terpaksa berjalan dalam gelap dibawah nanti, jika dah masuk kem balak oklah tapi kalo masih didalam hutan agak menyeramkan.

Maka tepat jam 3 ptg, kami shoot kebawah dengan kuasa laju tertinggi memasing. Demi mengelakkan diri terpaksa berjalan dalam gelap. Terpaksalah mood berlari anak, sprinter, berlari santai dan berjalan laju dipraktiskan. Maka tepat jam 545 ptg kami dah sampai starting checkpoint. Bersiap2x mandi lepak makan jajan sambil menunggu sweeper terakhir sampai jam 745ptg.

Gunung Rajah menjadi tempat latihan buat aku nak mendaki salah satu gunung G7 minggu ini. Fuyoo semoga segalanya selamat dan mentalku kuat.

P/s - sangat addicted kepada bau hutan sekarang ini..


7 comments:

didintulus@ymail.com said...

salam kenal. boleh saya minta FBnya?

didintulus@ymail.com said...

salam kenal. boleh saya minta FBnya?

elliashah said...

wslm din, fb sy adalah haidar akma. search shj jumpa punya. salam kenalan

izzah ujang said...

salam.. saya da nak gerak ke gunung rajah esk..nk mntak tips ckit..

elliashah said...

wslm izzah, nak minta tips apa ye?
kalo ada powill naek jer sampai pintu rimba hehe save masa dan kurang mental. kejap jer naik sampai atas tu. dont worry have fun ok.

Unknown said...

Salam.bro Ade pkai guideman x nek gunung rajah?

Unknown said...

Salam.bro kena pkai guideman x?