Air Terjun Perlus




12 Mei 2012 yang lalu, aku bersama team BCA dan Plaza Alam Sentral, Shah Alam seramai seperti diatas telah menyusahkan diri menjejak trek ke Air Terjun Perlus. Sudah dikhabarkan orang lain betapa banyaknya pacat disitu tetapi manusia tetap degil nak jugak menapak kesana kononya nak mendapat kepuasan. Hasilnya aku telah memperolah rekod terbaik dalam hidup aku, gigitan pacat sebanyak 14 ekor telah menjadikan aku makanan mereka. Geram dan benci sungguh perasaan ku pada masa itu dan sekarang ini kerana kegatalan melampau ini terpaksa aku tahan selama seminggu lamanya lagi.

Berkaitan trek, kita masuk melalui route Sg. Gabai, park kereta di rumah orang asli. Bagus jugak brother ini tolong tengok-tengokkan kereta kita. Makan jgn lupa bg tips kat abang tu dalam RM10 ok sebab korang dah menganggu kawasan lama rumah dia. Janganlah pergi nak marah brother tu, padahal brother tu lebih layak nak marah kita yang dtg sebagai pengaco ini.

Dalam 15 mins trekking start dr belakang rumah orang ke kawasan dusun. Dari dusun ke pintu rimba dalam 15 mins gak sehingga jumpa sebatang anak sungai kecik. Dari situ kita nak sampai ke junction pertama yang ada simpang yang ditutup dalam 1 jam, kemudian jumpa next simpang yang ditutup dgn tali hijau adalah dalam 1 jam. Trek rata jer ada slope pun dalam 23-30 degree sahaja. Dari checkpoint 2 tu, pacak sikit dalam 10 mins dan landai semula sehingga ke Air terjun Perlus dalam 30mins. Senang jer track tapi pacatlah terlalu banyak memang tak boleh blah haha..

Pendek kata tobatlah aku nak masuk trek yang jarang orang masuk nie, tarik diri kot, baek masuk trek bersih jer cam G7. Baek layan gunung orang selalu masuk ok. haha

P/s biar parut di kulit bukan di hati kata OGKL

No comments: