kesalan terakhir

tinggal beberapa jam lagi untuk menghabiskan sisa-sisa baki bagi tahun akhir 2009. tanpa sedar setahun lagi berlalu dalam hidup aku dan usia makin meningkat kadar jumlahnya. Di usia 25 tahun kiranya genap suku abad hidup di muka bumi ini. Masyallah..

Ntah apa yang telah dilakukan sepanjang 2009 ini, banyak kepada melaghra dan menghiburkan diri sahaja. Terasa mampu untuk membuat 2-3 beban kerja yakni belajar, bekerja dan berhibur. Teramat bersyukur kerana pengajian ku dapat disambung ke pengajian sem seterusnya, kebimbangan akan mendapat result yang teruk telah berlalu. sekarang cuma ingin bersedia untuk menempuh sem baru, rakan baru, lecturer baru dan segalanya yang baru itu.

Adakah aktiviti yang dilakukan sepanjang tahun ini membawa keselan kepada diri sendiri. Mungkin ada yang terasa atau tersinggung dengan diri aku yang sememangnya tidak pandai berbicara tambah pula suka lebih berdiam diri tapi kuat mengarah. Semoga kalian yang terasa dapat memaaf dan melupakan segala yang berlaku, kerana hidup perlu diteruskan. Janganlah bermasam muka atau hilang bicara apabila berjumpa. Walaupun kadang-kadang aku pun sudah putus kata bila berjumpa dengan rakan-rakan lama ini.

Tahun ini boleh dikatakan sibuk dengan pelbagai agenda yang menarik dan semoga tahun depan akan menjadi lebih menarik. Perancangan masa depan juga perlu direncanakan memandangkan diri akan semakin tua. Tidak disangka akhirnya mencecah jua umur yang kritikal ini. Satu sempadan garis yang akan memberi ketetapan pada diri kita dari pelbagai sudut. Ghupanya sudah menjadi seorang yang bekerjaya masuk 2 tahun..

Takde apa perlu dikesalkan, cuma perlu diperbaiki dan muhasabah diri agar lebih elok pekerti pada masa akan datang. Sentiasalah memberi peringatan kepada diri ku kerana aku sering sj lupa dan lalai. Semoga kehidupan ku lebih bewarna-warni pada tahun depan.

1 comment:

Shah said...

Selamat Tahun Baru moga tahun 2010 akan membawa sinar lebih terang untuk menerangi hidup kita.