25, suatu permulaan

semakin luput memori tentang kejadian dan diri sendiri. Tugas mengemaskini blog sudah tidak seceria waktu belajar dahulu. Tanpa sedar usia sudah meningkat ke satu lagi tangga. Bagi kebanyakan anak dara, usia di tangga ini adalah suatu paras dimana suatu permulaan hidup lain perlu di buka dan difikirkan agar lembaran hidup masa hadapan jadi lebih bermakna, ceria dan lengkap...hehe rasanya semua dapat tangkap maksud sebenar saya, cepat-cepatlah yea.

Kepada civil engineer khususnya pulak, inilah masa untuk kita tekad dalam membuat keputusan atas bidang yang ingin kita ceburi dalam industri ini. Macam industri senilah pulak. Setelah masuk 2 tahun berkecimpung dalam industri ini, banyak pengalaman dapat dikutip. Memanglah tidak sepantas pengalaman dapat dikutip dibanding dengan engineer yang ada di tapak, tetapi pengalaman design adalah jauh lebih susah, memerlukan kesabaran, ketekunan, kerajinan, kesungguhan serta minat yang mendalam. Kemahiran berfikir dan berinteraksi dengan other parties juga perlu dalam usaha menjadi seorang yang arif tentang technical. Kita insyallah akan sentiasa berada dalam keadaan yang disiplin dari segi masa untuk menyiapkan assignment kerja, dan dateline pihak lain. Masa kerja yang tetap dan kondusif. Mentang-mentang saya memang orang consultant, maka kenalah saya mem'backup' team saya ini..Bukannya tidak elok duduk di site tetapi experiance kerja di tapak akan dilalui kemudian dengan tempuhi pelbagai site meeting, inspection, testing dan lain2x..yang perlukan kita trun ke tapak. Pendek kata, jika nak amik PE exam silalah angkat kaki melangkah masuk ke consultant sekarang..now..now..

Bukan duet yang dikejar tapi kepuasan hidup yang nak dirasai sebelum hayat tiada. Ayat ini tak boleh blah. Ramai yang boleh belajar engineer tapi tak semua boleh jadi engineer...

Penat sudah aku mencanangkan rakan-rakan seperjuangan untuk sesame mendapatkan P.E. hanya beberapa manusia sahaja yang termakan akan kata-kata aku. Yang lain masih tidak dapat memahami konsep dan tujuan yg sebenar. Diharap aku juga tidak putus asa dalam mengutip segala-gala ilmu yang ada sewaktu kerja mahupun semasa belajar ini. Masih terlalu banyak pengalaman dan kemahiran yang perlu dipelajari. Hanya kesabaran sahaja dapat mengelakkan aku dari fedup kerana kita perlu berasa confidence dengan diri sendiri baru boleh pergi amik P.E exam.

Yang perlu hanya masa..semoga berjaya dan sabar kepada mereka yang berazam untuk mengambil P.E ini. Malas sudah nak bercerita sal topik buhsan ini...ok chow dulu..cant wait for AJL 24 malam ni..fuhh..

P/s vote vor bechinta ok. apapun FT rawks...aizat and stacy..

No comments: