pra-project mode is activated

2 jan 2010 adalah hari mulanya sem 3 aku sebagai seorang pelajar Master of Structural Engineering, tak sangka aku berjaya menghabiskan setahun pengajian pertama. (kalo amik fulltime dah habis ni), tapi x dapatlah rasa betapa mencabarnya memikul dua tanggungjawab yakni kerja dan belajar dalam satu masa yang sama. Rasa bertuah kerana diberikan peluang untuk melakukan aktiviti sedemikian, semoga segala yang aku pelajari dapat diamalkan dan dipraktikkan untuk menjadi seorang engineer yang bertauliah.

Selepas dari exam penggal yang lepas, aku berazam untuk lebih berdisiplin dalam kerja. alhamdulillah tangan aku sudah tidak serajin dulu untuk membelek laman sesawang facebook atau rencana lain yang tidak ilmiah semasa bekerja. Cuba biasakan diri untuk menyelak perkara-perkara lain tersebut hanya dalam waktu rehat sahaja. Nasib keadaan agak membantu memandangkan kerja diofis untuk mengejar dateline sudah berlambak dan mesti disiapkan. Maka banyaklah masa menghadap kerja.

Untuk mode pra-project, aku cuba untuk lebih disiplin pada masa hadapan. Strategi aku adalah perlu 150% tekun di opis dan berusaha menyiapkan segala assignment yang bos berikan semasa waktu pejabat. Sebab itu, aku perlu train dari sekarang manfaatkan segala masa yang aku ada di opis untuk kerja dan kurangkan aktiviti membawa kerja opis dirumah, kerana banyak kerja sekolah menanti aku di rumah ok. Aku perlu fit dan bina stamina diri, maka workout 12 kali sebulan or 3 kali seminggu harus diteruskan, kerana pada sesi depan aku perlu membaca sekurang -kurangnya 50 jurnal dan 30 buah buku untuk menghadapi persediaan pra-project. Minda harus cerdas dan body pun mesti cergas agar aku tidaklah tertidur sewaktu membaca -baca. Disiplin masa jugak penting, aku mesti peruntukkan 1 -2 jam setiap malam untuk study aku.

Ronggeng time or bersuka ria tetap ada dalam kamus aku selagi aku single. Aku boleh berjoget or melalak seorang diri, menonton cerita, bersembang dan gelak ketawa pecah hingar selagi boleh tetapi terbatas tingkah laku. Terlalu banyak agenda berjalan pada tahun 2010. Ticket KK sudah dibeli untuk trip June 2010. Belanjawan untuk ke beijing china pada musim bunga jugak telah ada, Jejak semalam setapak ke orchard road singapore dan selam pulau di terengganu pun ada dalam list, tidak dilupa konsert julung kali Siti di Istana budaya pada feb 2010 bersama faizal tahir terchenta and aizat rock tidak akan aku lepaskan. Tengok..terlalu banyak hiburan yang aku pertaruhkan pada masa hadapan.

Maka disiplin dalam masa, wang & spiritual dari godaan tambahan perlu dielakkan kerana jadual aku sudah penuh. Jadual kosong yang lain adalah untuk aku bermeeting dengan supervisor aku di UTM KL dan menyemak pra-project..serta pulang ke kg berjumpa keluarga dan sanak-saudara.

Semoga aku mendapat keberkatan atas benda ilmiah yang aku buat dan keselamatan atas benda tak ilmiah yang aku gemar nak buat.

P/s - yeah, tahniah kerana hari ini aku berjaya menangi 4 ticket rehearsal penuh AJL ke 24
( 9 jan 2010) dan aku perlu berpikir sekarang ini siapakah gerangan mereka yang boleh menggila bersama aku di AJL itu nanti. Aku berharap dapat tangkap pic dengan Faizal Tahir.. rawks. .sesiapa nak follow kene buktikan level mana tahap rocks anda...jika kurang baik tak yah..yahoo..

3 comments:

x-m(kazikarin) said...

NAK!!!!!!!!!!!!!

elliashah said...

pergh..pantang de konsert..ok ur in..
mari pergi menggila..haha

along said...

che we..x nak tangkap gambar dgn bapak faizal tahir??dia prof kat ump nie...hehehe....