pasal pasal?

agak lama dr posting yang lalu kan,
sebenarnya jadual tetap pack ekoran short sem kelas hari tue and final exam 28 jun yg lalu for subjek pro-ethics for engineers..agak malang sebenarnya saya tidak dapat study dengan baik kerana telah jatuh deman pd hr jumaat melarat ke sabtu dan ahadnya test..sy terpaksa jugak tido dan memaksa diri membaca slide lecturer, walaubagaimanapun tiada satu hafalan dapat dibuat.
sungguh sedih..

tapi hari ini saya telah menyemak result dan akhirnya saya peroleh A, impresive bg orang deman yg menjawab test asyik tersengguk dan tertido setiap 10 min. Syukur, ini pengajaran buat diri saya dan semua. Cukup pasal study..

Pasal kahwin, akhirnya alang telah kahwin denga syifa 4 julai lalu. Aku and geng jpp kmm telah attend dan ktorang cam happy sangat sebab dapat jumpa kenalan lama..Aku as expected, over excited. Ohh..i really love my friends all of you no matter where you are. (pergh poyo tapi benar)
Next posting aku akan post gambar shj k, this posting nak story sahaja..

Dalam geng tersebut, laici (girl paling cute + ckp paling laju pernah jadi kawan aku) telah menjadi seorang akauntan di TM bangsar dan sedang dalam proses mengambil ACCEnya..aku suka pd yg komited dalam studies, salute habis.

Sedara anuar kwn aku yg lost contact since 1st year universiti datang juga dengan semangat dan telah menjadi seorang manager (field pertanian) di sebuah ladang yang besar di Perak. Sorang yang berwawasan dan berkeinginan untuk menjadi bussiness man & seorang yang akan menyambung study di Upm dalam bisness, salute habis.

Amirah plak, seorang gurls yang fobia pada darah, tersangatlah pandai sebab asik dapat 4 flat je, pernah dapat offer jadi dokter tapi kene tolak sbb blood fobia ini. So jadilah farmasi di hosp. sg buluh. Syirah plak katanya makan anggur tapi tak percayalah, ustazah ini seorang cikgu dan mengajar tuition kanak-kanak, sangatlah keibuan dan baik orangnya tetap maintain sopan. Aku
pergh la kalo cuba bersopan semua akan komen tak sesuai, apa kes ini? so bila boleh aku jadi ayu..sok sek..

aini & rahim, bakal dokter yang akan tergegar kliniknya kerana kami ingin datang mendapatkan perkhidmatan percuma apabila deman, sesakit badan, memuntah atau beranak..(huhu kene berkahwin dulu yea). adli plak seorang guru yang sanggup bekorban apa sahaja kerana sanggup berada di lubuk hantu serawak tuk mengajar anak-anak, waduh salute habis..beliau kene asyik berdoa agar hujan untuk water level sungai naik dan beliau boleh menaiki sampan untuk pulang ke semenanjung..cerita yang tragis, tapi kami tetap terharu kerana adli sanggup turun nak jumpa kami ( ye ke niat dia hehe aku pasang sendiri)

azam yuni & acik , geng2x johorian ini. Azam planner engineer Sime darby yang mana familynya peminat kereta nasional dan semuanya mempunyai plat kete yang sama. Apa no dah x ingat, hehe? Tetap maintain cute dan gaya bergambar yang sama. Cuma berat dari 45kg time matrik telah bertambah dan menjadi jantan hehe.. Yuni plak accountant di kilang besor mana ntah di johor tue..tetap sempoi tetapi ayu..camne la ko wat keayuan begitu jeles.. Acik plak luper nak tanya aduhai aku yg silap sbb cepat sangatnya nak balik..Next time gathering aku interview huhu.

Nurul & husband, makin happy makin isi kata aizat faiz ok..hehe. Seorang guru bio di poli tak silap aku. Nurul pun aku tak dapat korek banyak kerana sibuk sangat nak balik, biasala seorang isteri rumah itu penting. (padahal laki kut jalan sama..hehe)

pasal koreiv plak, uddin dah belayar dlm chemical ship, dgrnya dah sampai indon dah (habisla berubah ke x dia ni) awek indon ramai lawakan..jangan sangkut satu dah la. Dok atas kapal ini bahaya..ishish..BD plak dah masuk UKM..wah wah rasa salute pada kwn aku yg suka belajar ini. Dapat jugak lepak sembang ngan bd and bash last week. Terubat kerinduan pada member..rindu ke x diorang ni dgn aku hehe..perasan je la , tapi aku memang rindu dgn pija hanis adan pian and azam skrang ni. Walaupun nakal diorang ni tapi tetap tercuit hati..Oh pija dah kat jb jadi trainee dgn elaun mahal, hanis trainee petronas (cable besar dia ni) adan jadi lecturer kat poli, azam pun seorang trainee yg rajin & pian seorang piping engineer SDE yg sangat sibuk dan akan berkahwin tahun 2010. Hope dapat jumpe korang ASAP.

pasal - pasal hal lain nanti aku story, skrang aku odw nak ke kg sebab esok nak send cousin kahwin kat Kg pija sg siput utara. Jauh giler tempat ini. Oklah have fun with my story..All about my memories..Salam sayang buat semua.

No comments: