Diragut dan Ditikam

Pagi ini bangun dengan keadaan terkejut debar-debar sedikit selepas mendapat sms dari kawan mengatakan seorang dari rakan sekerja kami telah diragut dan ditikam lewat petang semalam dikawasan rumahnya. Aku agak kaget, kerana minggu ini banyak kali aku pulang lewat dari ofis tambahan pula parking kerete di atas jalan yang berbukit dimana bukit tersebut adalah gelap dan sunyi bila mencecah jam 7 ptg. Pemilihan manusia untuk diragut tidak akan mengenal siapa tuannya itu, jika mangsa seakan membawa handbag yang berisi barang yang bernilai serta seakan-akan alpa dan lalai yakni memberikan ruang kepada peragut untuk merompak diri kita ini.

Pada kejadian kali ini, peragutnya adalah seorang yang tekad pada firasat saya, kerana dia sanggup untuk menikam manusia lain seperti sememangnya dia telah bersedia untuk melakukannya jika tidak dapat meragut dengan catatan terbaik yang pernah dilakukannya. Ataupun adakah mangsa akan mengenali peragut jika tidak di tikam atau peragut seorang yang dikenali atau berdendam dengan simangsa. Pelbagai andaian timbul dalam kepala otak ini namun semua tidak dapat dijawab oleh saya melainkan peragut dan mangsa itu sendiri.

Walauapapun kepada semua kenalan perempuan saya di luar sana. Kurangkan tabiat memakai handbag terutamanya di kawasan yang sunyi, bukit, lorong gelap, dan kawasan yang mana kenderaan seperti motor mempunyai ruang untuk meragut barang kita tersebut. Sentiasa berwaspada semasa hendak menaiki kenderaan dan turun daripadanya. Segala yang penting harus diasingkan dan yang tidak penting bolehlah di sumbatkan didalam beg tersebut. Saya sangat sukakan handbag, namun nyawa lebih saya sayangkan. Naik kerete terus lock dan jangan buka pintu pada orang yg tak dikenali. Masih banyak hendak dilakukan di dalam dunia ini. Janganlah kerana hendak kelihatan bergaya dan menampilkan jenama beg mahal kita, kita sanggup mengenipikan harga nyawa kita yang tidak ternilai.

Maka pada hari ini, aku akan berjalan di shopping mall without handbag. Hari insaf diri hari ini. Semoga kakak ofis aku tu cepat sembuh dan dapat kembali bekerja seperti biasa.

P/s - Nak beli handbag antibeauty hehe, nk kene pergi kedai yuna kat subang

1 comment:

pja said...

jaga diri baek2 ye..tgu ak datang..