Got the job, Not Structural Engineer

Aku dapat masuk 2nd interview untuk job interview aku yang ke 3 dalam hidup aku ini selepas akan bergelar graduat Universiti Malaysia Pahang. Tetapi akhirnya aku memilih yang lain juga dalam hidup aku. Inilah satu-satu keputusan yang aku buat tidak berlandaskana perancangan aku tapi dr pendapat dan pandangan kwn2x aku yang baik itu.

1st job aku kat Jurutera TSS sudah ku tolak -Structural eng

2nd job kat SW Design jugak telah ku tolak - Internal Audit eng

3rd job di A.Sani Associates bakal ku tolak - Structural eng

4rd jod di HLA associates sdn bhd bakal ku amik - Civil (infra) eng

Tak ker giler aku nie, semua kerja yang telah ku perolehi telah ku tolak, aku bersyukur srupanya murah rezeki aku di muka bumi Allah nie, cuma aku sahaja tidak berapa pandai menilai sejauh baik manakah keputusan aku ini.

Byk musabab aku tolak kerja-kerja nie, tapi paling utama adalah masalah kewangan yang melanda dirikulah, kalo pergi jauh nak cr rumah lah nak keretalah nak bayar sana-sinilah. jadi akhirnya aku pilih yang dekat ngn famili agar bila aku ada prob senang je bapak aku nak kejar aku untuk bantu aku selesaikan masalah aku ini.

Semoga keputusan yg aku ambil ini tepat, Jika silap aku terpaksalah menemupuh satu perumpamaan melayu aitu belajar dr kesilapan lalu.

No comments: