KK cubaan pertama RM1000 sahaja hiking kk + island hoping

hola hola, sekarang semestinya aku didalam mood untuk cuti - cuti malaysia dan destinasi budget. Kali ini cubaan membuat trip hiking kk plus Pulau manukan dalam RM900 sahaja untuk tahun 2011 termasuk airasia flight tix, makan 3hari pertama dlm pakej climbing, pakej climbing 3h2m, airport transfer, penginapan 5h4m dan pengangkutan balik ke KK dan ke airport semula, aktiviti snorkeling di pulau manukan, city tour last day before balik kl.

alhamdulillah, buat masa ini draft yang dibuat adalah under control(within budget lar) tetapi cubaan ini tidak lagi dianggap berjaya sehingga kami semua seramai 13 orang ini berjaya sampai ke kk, sampai ke puncak dan jejak ke pulau serta kembali ke semenanjung dengan selamat.

Total progress sehingga today adalah 70 percent. Baki program climbing perlu dijelaskan awal march ini, wang pendaftaran climbing yang cash sewaktu hari event, and 50 percent deposit transportation dan baki transportation adalah sewaktu program dijalankan. Pembayaran aktiviti pulau juga sewaktu hari kejadian. Kotigensi RM100 disediakan sendiri oleh peserta dan dijaga oleh diri masing-masing sewaktu event jugak jika ada apa-apa yang kecemasan.

next posting selepas kejadian May 2011 akan didedahkan detail pembayaran k khas untuk rujukan semua bagi sesiapa yang berminat untuk menguruskannya sendirian bhd.

P/s - preparing gathering koreiv port dickson and international trip bangkok

murah pulau redang RM250per pax - KL - terengganu

haha mesti bestkan dapat pergi pulau redang dengan harga RM250 per pax kan, dah lah murah de tempat tinggal, ada makanan siap transportation lagi pergi balik dari KL - terengganu. boleh snorkeling tengok penyu lagi and naik bot pergi ke marin park. semua ini hanya untuk 3h2m sahaja. percayalah...

tapi ini semua hanya tinggal kenangan, kerana ini harga sudah tiada lagi, last hentian aku ke redang adalah pada april 2009. memang murah cam tak caya. tapi itulah harga yang boleh didapati untuk relax and chill serta destinasi budget di pulau redang.

tetapi pada kali ini, dapatkah lagi harga tersebut. jika ada silalah maklumkan segera kepada saya agar saya boleh arrange and membawa ramai orang ke redang serta menemukan jodoh ramai orang haha...pernah terjadi tetapi baru sekali menjodohkan manusia secara tak sengaja.

p/s - mencari budget yang murah ke pulau krabi 2011

training 1 Kinabalu 13/2/2011 broga + tokwan

hi acap kali aku buka website blogspot untuk update mesti terbantut disebabkan kelembapan streamyx sejak kebelakangan ini yang terlampau, nak tengok online vampire diaries, pretty little liars and tonton.com.my pun buffering so many times.. sabar jerlah.

cerita post hari ini adalah berkaitan training 1 telah berjaya diadakan dengan team hikekk11. nama yang aku sendiri bagi. terdapat seramai 13 orang semuanya. namun yang berjaya meredah 9.6km distance adalah aku, my sist, aini, zul, irwan, kwn irwan hafizan and hanis. yang lain masih belum mendapat masa yang sesuai untuk join dalam training 1 ini. diharap training seterusnya dapat melibatkan semua orang. selain itu, ada juga terdapat beberapa orang yang tinggal di ceruk johor, pahang & N9. Dengan harapan silalah buat training sendiri yang sepatutnya agar kita semua dapat menakluki peak kinabalu.

tahniah and tanks a bunch pada semua yang berjaya menghabiskan pendakian ke peak tok wan dalam masa 3 jam shj (naik turun). berbanding pencapaian aku sendiri adalah 5 jam. training 1st ini bertujuan untuk memberikan wakeup call kepada everyone tentang stamina masing-masing dan cuba untuk menguji tahap endurance kita sendiri.

p/s next week - training at bukit tabur, taman melawati..semua pic boleh dilihat melalui facebook k.


macam-macam hal awal 2011

banyak telah berlaku apabila masuknya awal tahun 2011, malangnya pada tahun yang baru ini azam baru tak sempat nak design. Just nak maintain and loose weight sikit, azam yang tak pernahnya berjaya dijayakan ekoran nafsu terlampau dan pengaruh buruk dari kawan yang sengaja nak anaiya aku (gurau aja).

abis je master 23 dec yang lalu, aku terus susun strategi berkaitan climbing trip to mount kinabalu this coming May. seakan tak percaya masanya hampir tiba and sekrang dah masuk bulan dua. pergh debaran dan tekanan makin terasa. sudah masuk bulan ke dua aku masuk ke gym di celebrity fitness demi untuk prepare training for kinabalu. sangat risau jika pergi kesana sia-sia tidak dapat sampai ke puncak. kecewanya rasa. jadi sejak jan aku stat training cardio agar dapat membina dan meningkatkan stamina. doalah semoga aku tahan sehingga bulan april ini.

pastu AJL25 baru jer berlalu, seronok sangat this time dapat attend AJL yang sebenar bukan raptai bersama geng sukasuki a.k.a Rc's faizal tahir, of course semuanya hadir dengan Baju superman yang mahal-mahal tu, 1st time dalam sejarah aku hidup aku beli tshir Superman yang original dengan harga ratusan ringgit. Buang tebiat apabila dipikirkan, sanggup aku demi menyokong artis pujaan, haha. rasa kelakar tapi memang di alam dewasa ini sungguh membosankan. takper over sikit asal aku masih ingat landasan yang sebenar. kekecewaan mestlah melanda apabila lagu faizal tak dapat no, just dapat best performance. well its oklah. what ever pun yang faizal buat memang dah terbaik dan memuaskan hati peminatnya. hope Ft ada rezeki di masa lain. AJL bukanlah platform yang bagus sangat untuk sesetengah orang. Jadi bolayan sahajalah result ajl tu dan lupakanlah siapa pemenangnya. Jangan ingatkan aku ok.

terlupa plak hal keluarga, cousin aku a.k.a didin telah bernikah dan berkawin pada awal januari 2011. aku ahli keluarga yang sibuk ini berjaya menghadirkan diri ke semua program keluarga. paksu aku pulak nikah di minggu yang berikutnya, dimana semuanya berlaku secepat kilat. apabila cousin aku dah lengkap ketiga-tiganya berkahwin maka aku as usual menjadi topik hangat untuk dikahwinkan segera. haha, tahan jerlah telinga tebalkan jerlah muka menahan usikan manja pakcik makcik dan sepupu sepapat aku. apa-pun doakanlah kebahagian aku yea.
busy sungguh pada bulan satu ini. luperplak pasal kejadian, jumpa paan bunkface di semua kenduri2x tersebut. haha aku tetap tak percaya yang paan adalah dua pupu aku. tapi kami tak pernah rapat sila harap maklumkan. jangan nak tanya2x aku plak. apa-pun aku memang support bunkface. hope bunkface menang ABP tahun ini.

kemudian, aktiviti panjat broga dan gunung tokwan sekaligus. wargh giler mencabar tak pernah dibuat aku, climbing dari jam 930 pagi sampai ke atas gunung tokwan jam 1200 tgh lepak jap dalam 15min jer pastu turun balik sampai ke bawah jam 2 petang. wakaka..berjam-jam workout dengan aktiviti climbing. tetapi sangat berbaloi dan berbangga kerana dapat meneruskan dan turun dengan selamatnya. insyallah next climbing akan dibuat after chinese new year. demi Kinabalu. Another program adalah nak naik bukit tabur, gunung angsi, gunung nuang and gunung tahan (ini kalo sempatlah)...dapat complete this set of gunung pun dah cukup bertuah.

sebelum itu, luper pulak pasal alumni UMP FKASA yang khusus untuk budak awam sahaja.
tujuan alumni ni adalah untuk accreditation course di UMP, fkasa dapat 2 tahun jer lulus, jadi kena apply lagi untuk budak2x bawah ktoang. jadi junior hormatilah kami kerana kami berusaha membantu pihak UMP untuk membolahkan our course dapat more year lulus. so korang yang junior sesangat tu dapat diiktiraf. Senior mesti support punyalah. nak jadi cerita hebat dengan undian 21/29 aku temporarily adalah orang kedua alumni for gurl and the boss is our Mr aizuddin(jps). zoodenk nampak serius skang, his cutest charming tu dah boleh disembunyikan. biasalah orang dah matang. tapi serius best pulak attend alumni civil sebab semua orang cam sporting tetiba...senior and junior...

wow bagi mengakhiri bulan terakhir dalam januari ini, adalah aktiviti ronggeng, karaoke dan stimbot bersama geng suka-suki, nak berjumpa budak2x Rc's dan enjoy moment yang best bersama geng best yang baru dikenali ekoran minat yang serupa iaitu meminati faizal tahir hehe.

oklah, enough for tonight. aku paksa jugak diri aku buat post ini, kerana setiap hari aku pergi workout jadi sebenarnya tersangatlah letih pada masa ini. sekarang aku sangat-sangat buntukan untuk tidur.

P/s - sedang dalam process nak design KRABI trip, gathering koreiv PORT DICKSON, and BANGKOK trip. another interesting year for me, hopefully this year will be the best year ever.

batu caves stepping

last week aku gi batu caves walking, tak leh panggil climbing kene panggil stepping over 272 steps.

oklah duration naik within 10 minutes - non stop and turn balik 10 minutes jugak k.so sbab tak lah teruk sangat, so spend la a few minutes within the temples k. just appreciate other people holly place. so total duration melepak kat batu caves hanya lah 30 min sahaja.

if nak lepak lebih lama dah tak perlu sangat pun. paling maximum dalam 1 hour anda boleh menikmati scenary batu caves k. fitness level yang diperlukan oklah for beginner cam haku ni. special scenary adalah boleh belajar culture orang india, they work really hard to convey their prayers to their god. if kita step the tangga by kaki, they all step by lutut jer tau. determination yang hebat. salute them on that.

oklah. at least when my foreigner friends tanye. dah pernah gi batu caves? i kan cakap i dah pernah. cewah...(sapalah kawan foreigner ko)..haha

p/s - next plan bukit tabur, melawati ..and gunung angsi N9

aku akan grade lagi lar

aku akan grade lagi lar..grade per lagi?? grade master lah pulak kunonya.
tak sangka perit jerit aku selama 2 tahun ini telah berlalu, aku takkan ada lagi weekand classes and aku takkan ada excuse lagi nak cakap pada teman-teman yang aku sibuk. walhal aku lagi free and available...hehe

masakan masa ku study pun aku free dan ada masa untuk beronggeng ria. apantah lagi bila aku sudah de kekosongan ini. aku habiskan semua hinggal final thesis pada minggu pertama december, agak mencabar dan menyusahkan untuk persiapan akhir thesis aku, terpaksa turun ke jb berkampung selama 3 hr di utm skudai dan tak tidur2x selama 2 malam untuk finalized komen thesis and final submit. on the way balik kL memang aku tidur sokmo. terima kasih tu my parents and siblings 2 orang yg sudi menemani haku ke jb ye.

aku tetap tak percaya, tapi ini kenyataan. aku akan ada transkrip master degree jika tiada masalah pada bulan mac ini. dgn syarat mesti settle kan hutang aku sebelum january ni. kalo dok aku konvo bulan lapan la...lambat sangat lah kan. susah lah nak wat life transition ahaha...aku shj paham.

next plan...active dalam rockensteiners and preparation for mount kinabalu climbing. lambat lagi tapi kene start dr skang. dan wat cardio selama 2 minggu.

p/s ; nak kene wat pedometer, 10000 steps per day. another life objective for next week. jgn lupa untuk menonton malaysia lwn indonesia tonight.

it must be those guys

aku sedang dalam mood untuk update blog, dah tade mood nak update especially part upload pic semenjak facebook medium membenarkan tag function. since that, nak tengok pic silalah rujuk ke my facebook or kekadang my tag photos since haku pun malas upload pic. datang mood rajin, rajinlah daku.

well, aku ada alumni ump makan-makan tak formal di seoul garden last saturday at OU. sangat best since aku kempunan giler nak makan kimchi sejak mr hazaruddin a.k.a polaris kononya pandai buat kimchi. so terliur lah aku nak makan radish jeruk dan akhirnya aku mendapatnya di seoul garden and seriusly aku rasa sedap sangat, plan nak pergi lagi with my mom sahaja.

to be honest, it must be those guys. haha kalo ikutkan kudrat memang dah tak mampu aku nak drive ker OU tu, that day siang ada amazing race di FRIM kepong, syukran dapat no 3 selepas berhempas pulas dekat 3 jam lebih didalam hutan yang besar tu. good team work yg membolehkan kami mendapat 3rd place, rasa berbaloi2x dapat gak sekali hamper dari HLA, kalo boling sure kalah, tapi since it is outdoor adalah advantage sikit to myself. cettt konon pandai sangatlah aku outdoor activity ni.

ceritanya, kalo tak kerana my favourite koreiv team member and the only along. tak denya aku nak dtg. terlalu letih jam 630 ptg br dapat bangun untuk bersiap ke OU. drive memang caca merba sebab terlalu mengantuk. tapi duduk bersamanya dan gelak sesungguh sampai lupa diri ini letih, dan can stand still till 1am. tp mr botak transwater/ungu faiza/bendahari tak dapat dtg, memang kempunan nak bersama korang. cewahh..hopefully kita akan dapat masa lagi untuk berkumpul bersama serentak, always tak cukup korum.

but life mesti diteruskan, with or without u guys. please seek for your own happiness k.

p/s - betul kata orang kalo benci nanti suka, jadi janganlah membenci orag sangat, buat tak peduli sahaja. hehe

plan to mount kk

teringin nak climbing mount kinabalu, actually ni adalah azam 2010 tetapi gagal sebab tak yakin dapat pergi dan rasa tak seronok jika pergi dengan scale group yang kecil. selepas teruja denga opismate yang pergi redah sahaja dan last minute berjaya menjejaki gunung kinabalu. maka haku pun terover poyo excited. akhirnya within 2 weeks aku berjaya get the team member and alhamdulillah the team consist of person yang memang haku nak ada bersama-sama dengan i mengejar impiian sendiri. thank u uols kerana sudi untuk bersama menunaikan impian yang tak seberapa ini.

sejak dulu climbing adalah one of my favourite activity, just kekadang takde team/member yang best yang nak follow or nak di ikuti. haku bukanlah kaki climbing tapi kaki buat apa saja. masih banyak lagi list dalam hidup yang ingin dibuat seperti bungee jump, paragliding, extrem water rafting, diving, excessive workout nk jadi jilian micheal, siapa JM sila cari sendirik, europe backpackers, jejak every island in malaysia and backpacker within malaysia by public transport..haha macam-macam lagi..(jadi artis jer not in the list, please see urself in the mirror 1st). tapi supporter/follower tegar Faizal tahir (ft) sedang giat dijalankan, cewah.

so aku dah de team 13 orang, hopefully semuanya dapat workout secara peribadi dengan giatnya. kerana aku dah mula workout just to prepare my self for kinabalu next year may 2011. banyakkan cardio workout ok. selamat berjuang to my team member k.

p/s- sdgn kronik wat thesis, just need some air to express things i love. actually i nak sangat pg beijing, need to find an handsome chinese guy to accompany me there huhu..anyone?

just a few more step

alahi, sikit sajer lagi untuk menghabiskan study ini, tak sangka lagi sebab dah nak masuk 2 tahun berlalu sejak aku mula menjejakkan kaki belajar di utm kl pada tahun 2008. di sana aku mengenali rerakan satu malaysia hehe bermakna berlainan bangsa dan agama and suka help each other. aku tak lah ingin menggunakan tema satu malaysia, tapi ianya seakan menjadi satu trademark untuk menterjemahkan kepelbagaian bangsa di malaysia.

thank you, kerana pernah mempertemukan aku dengan rajakumaran, puteri, sabrina, rohaizat, thayalan, raji, albert, low, hidayah, zaki and the rest yang terlibat. nak mention luper plak. mereka adalah engineer dan juga tenaga pengajar yang ada keazaman untuk bersungguh menyiapkan study master dan kerja on the same time, i'm proud with everyone. walaupun ada yang dah grade dahulu tetapi dont't worry kita ada a few steps sahaja untuk habis ni, jgn putus asa dan semoga berjaya di masa hadapan. Semoga friendship ini last forever.

the best part is time makan kita akan bergosip, tentang sesiapa sahaja, pasal kakak, abang, adik, pakwe, girlfriend and bakal boyfriend. haha tema yang sering digunapakai as keyword. mesti aku rindu dgn kekecohan raja and puteri, memang kaki kecoh yang bestlah korang. oklah need to go back for thesis, after thesis update climbing planning next year...wargh nak kena workout lah nampaknya.

p/s - kene kembali ke disiplin mode..oh workout

pasal aku nak exam

entry ini pasal aku nak exam, sbb aku nak exam ni lah aku tak dapat nak buat macam-macam hal, seperti menjadi bongek melayan kerenah kawan-kawan, mencari geng untuk diajak ronggeng or back to nature atau menonton wayang dimana semua cerita best seperti magika aku dah terlepas tengok.

sebab aku exam lah aku stress tahap impak maksima, aku melalui semula kehidupan pemakanan tidak sihat dan cara hidup tidak bagus, tiada lagi healty life, healthy style untuk 4 bulan terakhir 2010 ini. teringat bahawa enty azam baru setiap kali di tulis diwaktu hujung tahun, seperti keadaanya sekarang aku ingin menulis azam baru bg 2011 pula. maka aku telah menjadi lesu, malas, tiada disiplin, caca merba, kesihatan tak menentu, tidak berperwatakan menarik (sblm pun x menarik juga), rasa terabai dan senantiasa ingin tidur kerana aku kurang tidur yang pasti kena asik makan sebab mentelaah buku adalah habit yang harus dielakkan kerana perbuatan tersebut menyebabkan anda kebulur dan perlu makan untuk mengatasinya. Jadi tabiat study ini rupanya buruk.

aku akan exam 28h nov 2010 ini, pada sesi petang jam 230 di utm kl, selepas exam ni maka merdekalah aku diri, jiwa dan segalanya dari seksa menyiapkan master. Aku sungguh tak menduga aku mampu untuk mengatasi masa kritikal dalam hidup aku ketika aku pasrah dalam menyiapkan thesis tapi aku mampu memberikan pembentangan yang terbaik, aku rasa berbunga-bunga sehingga segalanya menjadi senang buat aku selepas kejadian present final thesis. semoga baki-baki terakhir aku yang tinggal 3 minggu ini memberikan keputusan yang baik buat diri aku. kerana aku telah menjadi malas sejak 2 minggu lepas.

sekarang aku ada masalah lain, dimana apa pulak aku nak buat after aku habis master? kerana aku tak mampu memi
kirkan aku tiada benda untuk dilakukan...sedang berfikir untuk mencari kerja part time tapi belum pasti nak buat apa..akan berfikir kemudian hari..tukar kerja kah hahaha...

yang penting kene settlekan yuran UTM, kalo ndak aku tak boleh konvo or amik transkrip ku tu.

p/s - mohon restu dan doa family & kengkawan for my final exam ni k.