aku dah ada mood

sebelum cuti raya cina hari tu, haku tersangatlah sibuk dalam kerja tetapi tersangatlah lapang di waktu malam, namun sedikit masa pun tak dapat nak diperuntukkan untuk belajar. hasilnya terkena batang hidung sendiri apabila haku telah diperli mashyuk oleh SV pada SV meeting 2 minggu lepas. Unsur2x perlian yang bakal mengagalkan aku menyebabkan aku tersentak dan tersedar, walhal aku cuma tak berbuat apa-apa pada bulan jan menyebabkan imej ku sedikit tercalar depan SV, so untuk redeem semula trust dari SV maka aku paksa diri dan cubaan untuk tune diri agar berupaya membaca journal & ebook, masyallah punyalah payah. Namun 2 hari sebelum maulidur rasul aku telah berjaya berada dalam mood thesis..amin dan sedang berkembang sehingga sekarang. Meeting semua bersama Sv ahad yang lalu agak melegakan hati namun perlu lebih usaha kerana aku berjanji untuk menghantar hasil pra-project aku ni pada minggu ke 2 bulan March.

bulan 3 ini, aku disiplinkan diri dalam pemakanan ku semula, ekoran bulan feb yang bertaburan menu ku tetapi masih lagi under control..sangat seronok apabila mengamalkan cara pemakanan yang sihat, rasanya berbeza seperti dulu, mood ku untuk workout sangatlah tinggi tetapi 2 bulan ini mac dan april adalah bulan penentuan dalam menyiapkan thesis, project dan final exam. Terpaksa ku pendamkan perasaan bergelora untuk menjejak dance floor with my glitter skirt. Bulan ini insyallah aku akan menjejak jua kelas sabtu or jumaat petang utk melepaskan rindu dendam ku itu. After exam bolehlah aku pulun semula semua jenis dance haha..i will..

trips-argh ghupanya banyak trips menanti ku after exam, redang, trip ke utara sementelah melawat bash kahwin, singapore and KK, pikinik ngn mocha and mek. & sampai tak cukup lak duet aku, asal cuti semester je confirm sengkek sebab habis spend for trips. haha..tak dilupakan attend wedding member2x yang turut menggunakan byk duet haha.

Oklah..kene get back to meja study yang cuma kotak CPU aku, meja dah kene angkat balik oleh housemate..so study atas kotak jepun je..ok cayok2x and doakan haku boleh terus berjuang untuk semester ini, adalah sem yg critikal dan penting buat aku. amin

Hentikan demam & keresahanku

hi cukuplah demam terhadap artis ni lelebih FT, mood haku masih lagi ditahap fanatik terhadap FT tapi harus dikurangkan sementara aku sangat sibuk sekarang. Baik kerja mahupun belajar, tetapi banyak berat ke kerja, semester ini gayanya lebih teruk dari sem yang lepas, tahap malas lebih maximum akibat beban kerja yang terlalu banyak. Mata haku menjadi rambang dan badan menjadi lesu untuk menyiapkan pengiraan yang aku sendiri tidak mahir.

Tak tahu apa suntikan yang diperlukan, hanya disiplin dan keazaman yang tinggi sahaja boleh membantu aku. Cukuplah belajar, harapan dapat menghabiskan semuanya dalam tahun 2010 ini. Tak sanggup aku menghabiskan masa dengan belajar lagi, aku mudah bosan dengan apa yang aku lakukan sekarang..

Argh..haku tak pernah syukur dengan apa yang aku ada, aku mahukan lagi kelainan dalam hidup, Benda baru agar terisi dan semestinya bukan lagi sambung belajar..ingin trip lagi..sudah terencana 2 trip untuk masa akan dtg ini, tetapi banyak betul halangan yang ada depan mataku ini.

Haku perlu fokus, siapkan assignment project steel, assignment 1 dr Baha, assignment 2 dr izni dan project precast, proposal thesis praproject and slide presentation, preparation studies and final exam. Wargh so damn banyak. Stress ..aku perlukan jeritan batin agar release all stresses..

P/s - semoga aku tak out of control. amin

Episode of chasing Faizal Tahir





Wah nak sangat buat post yang sangat best ini. Baru pulang dari melihat Faizal Tahir perform bersama Aizat dan Dato Ct, the biggest attraction mestilah FT, if tak disebabkan semalam memang tak tahu betapa gilanya peminat terhadap FT dan aku pun turut terbawa-bawa didalam kegilaan yang melanda fans FT. Konsert perform memang best tip top from FT, AT and CT, apa pun kami tetap rockersteiners, FT Fan. Ini adalah pertama kali aku terlibat didalam kerja gila ini, sepanjang zaman student pun tiada artis lain yang dapat memaksa aku buat benda begini, well apa dapat dengan sign artis dan sekeping pic bersama diorang, Takde maknanya, tapi kalau dengan FT rasa berbaloi-baloi siap rasa diawang-awangan, pendek kata memang dah angau ngan FT. Best performer on stage. Tak kisah apa kontroversi dia buat, After this kene admit memang fan sangat dengan FT so kene grab the original CD of next album adrenalin ok. Konsert memang great, tapi the best moment is after the concert, ada chasing of faizal tahir sikit, Nak jumpa dato Ct memang tak payahlah, cepat dia nak kena balik tapi its ok, she's sangat cute like babydoll dan half hat keluar jambul memang trademark wat si comel CT, paling kelakar aku sais HI to dato' K, layan je Dato; K senyum, oklah tu, kalo tak senyum mau jadi isu hari ini.


Before meet FT, block tahan mr aizat 21 tahun dulu, alamak soft spoken lah this aizat, rasa sejuk je layan peminat macam ini, padanlah miss LJ menyukai dan meminati personaliti aizat, siap dah book dulu dari orang lain yang tak minat tu, tak kisahlah what physical background, yang penting current appreance, haha..tak tau lah diroangnya feeling, tapi they looks cute together memang ok dah lah sangat.


tetiba abang guard datang (kwn anas KOQ yg rambut pjg tu), bagitau FT boleh take signature je lagi, dia memang dah terlalu exhausted untuk melayan peminat menangkap pic, alah kesiannya kat ktoang, tapi simpati lagi kat FT sebab dia masih dalam condition tidak sihat, wow tapi perform BECHINTA memang jauh lg best dr AJL hari itu, superb. Ktoang pun x perlah, yang penting kami ber6 yang dtg tu dapat sign FT..haha, tak dapat jumpa FT pun jumpa Anas Tahir pun oklah, tak sangka kami dapat jumpa anas kat situ, pikirin anas tak amik port apa abang dia buat, rupanya tidak, kalo memang dah jiwa seni memang they support each other, tahap kesengalan anas memang terserlah and nasib baek dia ni cool, tq anas sebab sudi kena paksa dek kami amikkan pic FT. Anas pemalu katanya haha, tapi sesiapa nak mengenali anas lebih dekat sila search anas tahir dalam youtube ok, Sure jumpa and korang mesti kelakar dengan dia ini, boleh menceriakan suasana yang gempak. Btw anas ni kecik je orangnya and cerah sikit dari FT opss..takpe FT kan rowks.. the best moment ever adalah, ada FT punya kameramen ini suruh geng kami wat speech ke FT, wow apalagi memang tak dilepaskan, so amik peluang cakap apa nak ckp ke video itu, pergh rasa memang cam poyo and tak sangka buat benda cam gini, tapi actually rasa best, so normal lah cakap take care, jaga kesihatan and of course mesti cakap we luv you FT. Tolonglah rasa memang seperti poyo dan tak percaya. Tapi kameramen nya memang cool and tq abg kamera serta pak guard yang menyampah nak layan ktorang. Mana de kami terkam Ft kami cool je kan duk kat tepi..tak pepasala rasa mesti nak kene menyampah dgn semua bguard artis haha. WQM919, civic putih FT, masa yang ditunggu telah tiba, nak wat lambaian terakhir to FT. Jeng jeng FT keluar dengan sweater superman yang tidak dapat dipisahkan..and terus kami beramai menjerit-jerit yang tak la kuat sangat sebab berapa kaki je jauhnya wat speeh between fans and artis, pergh apa speeh dah sebut kat video tadi semua keluarkan balik same script and cakap ke FT, dia pun tunggu jer tak masuk kereta lagi dan dengar apa ktorang cakap, and biasalah pas cakap we luv you FT , confirm reply balik I luve u too..haha suke giler semua orang..meaning dia dengarlah apa semua speech yang kami sebut sebelum itu. Budget tapi serius dia dengar ok. Then itulah lambaian terakhir bersama WQM919 and the owner..Pulang dengan terkilan tapi kepuasan kerana Ft memang best and superb. hahaha..



P/s - maafkanlah kerana penulis baru pertama kali buat benda begini jadi keterujaan dan kepoyoon itu terserlah dan mesti diserlahkan agar orang lain memahami sebenarnya apa yang telah berlaku, ini bukanlah perkara yang disengajakan..huhu

annual meeting

kui kui, sejak aku di opis aku tak pernah lak terkene meeting tahunan ala ala AGM time school dulu, tapi jumaat lepas kene gak dgr speech, duk dlm room yang bdk laki as usual cam memalas je nak ke depan, yang junior mesti kat depan, really cam old schools. argh miss old times. tapi best and sweet kekadang wat aktiviti cam ni lelebih lagi time dah kerja ni memang hampes nak wat bebenda gitu kan, argh rindu nak jadi seorang kakak fasy.

tapi x nak waste time and tak de story pun just nak share picture and manpower yg ade at my opis..

pose sebelum start speech

pose poyo time dengar speech

bersungguh nak tolong blok jalan for pic session

infra & structure man power

aksi beriya -iya b4 snap pic

without opis name

Opis manpowers..yoshyosh

p/s - bak kata en Hr, jika kita nak something dari syarikat, syarikat pun nak something dari kita, maka bekerja lah dengan jujur, ikhlas dan bersungguh di masa hadapan, semoga dapat jadi engineer yang pro.. yeah

keringatku yang maksima

jejak tahun 2010 ini memang agak memberikan impak kepada keadaan ku seharian, hari semakin hari tahun meningkat tanggungjawab diri bertambah dan semakin berat rasanya beban untuk meneruskan hidup dengan kerja dan belajar, tapi dek kerana aku suka kepada semua benda itu tak mampu untuk aku mengatakan tidak kepada kerja yang semakin mencabar sekarang..

ini adalah semester yang ketiga buat aku di UTM, berusaha nak habiskan dengan 4 semester sahaja. ya Allah Kau bantulah aku agar aku sentiasa sabar, usaha dan ikhlas dalam semua kerja yang aku lakukan. Benarkanlah aku untuk menghabiskan postgrade ini on time. Sebenarnya, aku sangat bimbang untuk semester ini subjek yang di ambil so so so susah iaitu steel, wah subjek yang time degree dulu senang nak dipelajari di dalam kelas tapi jawab exam nearly failed. Subjek inilah yang mengantoikan degree aku dulu, habis point jatuh, kalo dak 1st class dah..haha nasib badan. semoga tak berulang lagi semester ini, let me shout..steel susahnya you ni..warghh..

working under pressure, itu yang sedang di lalui pada kala ini, banyak betul kerenah manusia berambut hitam, erhm hati baik kot tapi attitude yang buruk. tapi normallah duniawi semuanya tu, kene adapt lah kerana ini jalan yang telah kita pilih iaitu menjadi seorang engineer, erm should i change my job haha..i will someday ok. ( im gonna be a lecturer in da future)

today kene skipped buat workout jilian micheal, actually jadual start 1 feb tu memang dah follow, dah wat sampai 3 hb Feb, memang best giler workout dia, banyak squad and sit up serta lompat bintang, tapi hari ini senggugut datang balik erm agak teruk gak rasanya..nearly4 months tak menghadapinya hari ini dtg plak, perut kejang rimas, emosi memang blow up gler senang je nak hangin tapi under control, tapi sakitlar..esok if dah ok sikit kene continue sambung sebab ada target yang perlu dikejar..cayok2x to myself.

pressure of working, determination only for studies and highly addicted to workout memang memaksa masa aku hampir 24 jam digunapakai, rasa badan memang beroperasi sahaja, none stop. kene muhasabah dan be careful takut aku sudden collapse, susah nak jawab..semoga aku memperoleh kesihatan dan kesejahteraan hendaknya demi memenuhkan lagi jadual ku yang kosong-kosong itu..

P/s - blogging selepas minum bersama mama, abah and adik jam 10.30 pm. rindu kepada keluarga kerana dah lama sangat tak pulang ke kampung ekoran Malas..so siapa rindu saya sila datang berjumpa saya ok..

workout stuff

haha disebabkan tersangat kagum dengan blog sist ini, http://einz2shape.blogspot.com/ maka haku telah memulakan step pertama iaitu get my own workout equipment yeah, haku dah de:-

1) CD workout Jilian Micheal 3o days shred
2) My own pinky dumbell
3) My pilates matt

haku belum dapatkan my on ipod or mp3 ke mp4 keh..haha semangat yang melampaukan.

kehkeh..jadual JM workout akan bermula 1 feb 2010, huhu..sungguh tak sabar untuk mulakan new routine baru, terasa sangat teruja.

Since kelas today postpone ke petang, maka masa pagi aku akan diisi dengan danzethon 2010 with kak lynda group. hehe sungguh menyeronokkan, akan dancing queen 2 hours..ehm perlu stamina tinggi ni...alamak kene gerak dah chow dulu.

feel fit and healthy now..yeah

january month of journey

bulan jan ini almost every week ada sahaja outstation kene attend, pg balik pekan, gambang, jeniang, kedah, pendang, gambang balik pastu johor plak..pergh cam tour 1 malaysia, best dapat keluar dari opis sekali sekali, tetapi so much make me felt so exhausted, well sebab aku girl kot, nak tak nak memang tulang 4 kerat ni tak cukup gak nak mengatasi power orang lelaki yg lagi kental dan cekal..tambah pula skrng hormon cam tak berapa nak stabil akibat pattern pemakanan aku yang berubah dan kekerapan workout ..got serius skin problem skrang, maybe selepas badan aku dapat terima perubahan yang berlaku ini, masalah yang tak patut terjadi akan beransur pulih.

nasib petang tadi selamat dr kejadian kemalangan yang mungkin terjadi jika haku panik, and nasib baik the kereta is honda CRV, coupling or socketnya pada long shaft tercabut sudah, patah kot, ntah ler (haku x paham) orang Plus cakap memang dah karat tahap dewa bearingnya, memang tunggu masa je nak tercabut. Kalo kete jenama downgrade sikit confirm terbalik kete, aku masih muda dan belum kahwin, masih sayangkan nyawa huhu..rasa kecut perut and insaf sedikit..

teringat kejadian pertama, berlaku last week, outstation ke kedah, on da way balik, de bunyi tersangkut exactly the same bunyi today, but ghupanya tayar pecah. em boleh katakan actually maybe shaft tu dah start to loose bila ianya kat kedah hari tu, then today bwk plak lagi long distance, lari laju sikit sampai tercabut semua socket yg ada..fuh..nasib selamat..

insaflah, kerana nyawa kita bebila boleh tercabut, dengan penyakit atau accident..

p/s - aku insaf seketika, kene jumpa mak bapak sebelum berlaku peristiwa ntah pa -pa lagi..raya cina ni konfem balik kg..

skipped

alah this week skip lagi, skip nak baca buku wat assignment steel..
reason sbb malam ni aku tgk NCIS and wat sikit drainage design kat umah tapi tak larat ni, dah jam 1 pg, tetiba adrenalin increasm, so mood nak update blog pun dtg.

pastu aku skip my healthy eating meal, sbb stress punya hal kat opis balik umah ku pekena tomyam campur banyak garam, esok kene disiplin balik ini. skip dance klas kak lynda lagi, wadush ada balance 6 kali lagi before 1 feb, cam orang gila nak mengpulun balance workout yang ada ni. mampu ker, hari ahad tu jer dah effect sakit belakang sampai sekarang..huh azam mesti boleh, demi mencapai target, kene ingat sifo miss ina..(refer previous post k)..
kene disiplin semua untuk mulakan 2 weeks kellogs challange yeah, menang takde hadiah just for self satisfaction and mental torture for human.

skip plak meeting nak jumpe otai geotech kak zila kat jps, aduh..kene gak jumpe itai ni sebab nak paham design slope and seepage, cam giler and blur baca juronal tapi haram lah agak tak paham sebenarnya, perlukan tnjuk ajar sifu..lala, siapa baik hati lagi hensom yang boleh mengajar saya geotech sila sukarelakan diri anda yer..amin

pendek kata, minggu ni start jumaat malam sampai hari isnin ni adalah spoil days. kene displin..displin..displin..lagi..

P/s - esok ke Jb kerja , cayok2x semangat

kagum seh

hari ni bangun agak lewat (cet, lifestyle ku terganggu) akibat malam tadi melepak sembang minum bersama teman sehingga lewat pagi, pikirnya sudah malas haku mau pergi tetapi pikirkan member kuturutkan jua lantas mataku sangatlah berat. bila lewat bangun ni biasalah mood dah spoil and everything turn upside down. workout tak buat, breakfast tak amik, lunch pun cacamerba timenya, buku pun dah malas nak bukak, so haku decide tuk surf the net sahaja tuk cari info.

hari ini aku terkagum la plak dengan saudari ini yang dr 97kg drop down ke 67 kg , dia target 51kg..hanya dengan workout sahaja, well plus jaga makan la, mana boleh jaga makan sahaja. boleh lah baca story miss ina at http://einz2shape.blogspot.com/ . So percayalah, high determination memang helpful dalam loose down ur weight. 1st objektif memang la semua orang nak loose weight kan, tapi in the middle of the process the most important is healthy eating life style. marilah kita bersama-sama menjalani hidup sihat, berat kurang, badan jadi sihat dan kuat..aku kagum ni, sampai nak ikut je pe bende yang beliau buat..impress sampai nak tidur pun susah ni..

untuk keadaan skrng aku perlu shred aku punya kilo sebanyak 13kg tuk get my ideal weight. haha bunyi cam impossible. belum apa-apa aku dah negative. Akan ku cuba menjadikan miss ina my sifu tambahan plak my friend mr Fakh, amboi dah berkilo-kilo hilang, mementanglah nak kawin dah. ehm kawin memang factor utama untuk kurus , semua pengantin nak nampak cun and macho. haha..seganlah fitting bj pengantin..orang fitting kita plak fatting haha..

kagum aku sampai ke malam ni, hehe nak kene tido awal, esok tak boleh miss my mtvdance with kak lynda..huhu adios

p/s - seganlah citer sal nak turn berat ni, huhu azam baru jangan segan and jangan peduli org

rajin dalam bermalasan

tahun baru membawa determination baru dalam hidup, ada improvement dari segi kerjaya dapat aku rasakan. tapi dr segi hidup masih kosong, terlalu banyak cabaran dalam mengejar ilmu, impian dan harapan haku. semoga segala dapat haku tempuhi dengan lancarnya kerana ku rasakan agak susah tambahan pula tanggungjawab makin bertambah. Kerja semakin mencabar dari hari ke hari, progress, penilaian dan kefahaman terhadap apa yang aku lakukan semakin melebar di mata dan kepala hotakku.

ingin aku meronggeng bersama teman dan keluarga tetapi mood aku buat masa ini sememangnya ingin bekerja , bekerja dan terus belajar. aku bengang kerana terlalu lambat untuk memahami sesuatu yang ingin sangat ku fahami. engin otak ku terlalu lemah untuk berpusing. aku perlukan motivation dan keazaman yang tinggi untuk melalui semua ini.

gaya hidup sihat jugak adalah motif 2010. corak pemakanan dan aktiviti harian menjadi sensitif buat haku. terasa trauma apa bila menghadapi tekanan darah rendah, terlalu rendah metabolism, kadar kolesterol dan tambahan angka kg dlm hidup sementelah usia bertambah. semoga disiplin yang baru ku terapkan selama 3 bulan ini menjadi kelangsungan dalam hidup.

argh.. semestinya buhsan bercerita mengenai diri sendiri, tetapi lebih baik dr diriku memperkatakan hal orang lain. semoga apa yang ku rancangkan tahun ini menjadi dan berjaya. amin.

P/s - masa untuk study dan membaca jurnal - boring time is coming. chow