bersarang sudah

hi, lama rasanya tak update blog..kadang-kadang dah tak tau topik apa atau cerita best yang nak disampaikan ke dalam blog. tapi malam ini pikir nak juga mencoret apa yang telah berlaku dalam life i semenjak dua menjak ini.

alam kerja memang membuatkan kita mati kutu apabila kawan-kawan yang disayangi duduk jauh dari kita dan ketidakmampuan untuk mencapai mereka yang jauh dan akhirnya aku fedup & bosan. Nasib masih ada adik-adik ku yang sudi menemankan kakaknya untuk membuat aktiviti luar kotak. Aku sanggup menghabiskan kudrat diri 24 hours as long ada yang teman haha...sampai sakit badan dan kebelakangan ini kesihatan diri sedikit terganggu ekoran aku tak mendapat rest yg secukupnya. Bagi ku kepuasan itu penting..

kesempatan ini ramai rakan ku yang telah berkahwin dan didoakan semua agar berbahagia ke akhir hayat ok. Maaf lah adakalanya tak kesemua jemputan dapat dipenuhi, tpi saya dah plan cukup baek untuk memenuhi hari gembira semua. walau ada yang missed secara tak sengaja, kalo nak mention nama memang dah tak ingat la haku..apa pun selamat pengantin baru kepada semua kawan-kawan yang ku kenali.

tak sempat lagi nak ku lawati sepupu baru aku - akhbar dan anak sepupu aku nurin iman, maaf sangat2x kerana jadual yang penuh sampai tak de masa nak melihat mereka. nampak gayanya depa pun dah besar nak masuk 4-5 bulan. nak kata free insyallah raya ni lah baru dapat jumpa dengan korang semua. time tu jer i (mak long) bagi duet raya yer...

balik kg. pun perkara dah lama aku x buat, asal mama & abah datang KL jer mesti menyinggah jumpa anak dara sorangnya yang cukup x berkesempatan nak balik ke kg. walaupun cam today baru hari ini rasanya aku dapat bernafas dalam rumah sewa ku sendiri setelah lama weekand ku dicuri oleh event yang telah berlalu. mohon maaf jugak kerana saya takda hati nak balik kg. boleh kah berperasaan begitu, hati saya masih lagi bimbang berkenaan final project saya yang tak tahu apa cerita..masih dalam mode status UNKNOWN

skang de lah bulan 7, bulan yang sepatutnya kelas sudah bermula, tetapi sy de masalah dgn status as student, dan result sem ini teruk plak. tak dapat nak maintain and sudah jatuh sedikit. tapi cukuplah untuk cover lagi satu sem bagi nak dapat 3.0 ke atas kan..hanya beberapa bulan shj lagi untuk menghabiskannya..tapi haku tak nampak arah tujuan hanya kegelapan saja yang ku lihat...argh abaikan lah masalah ini.

berharap kepada keajaiban...argh tak kan berlaku tanpa usaha..apa pun layanla kegilaan baru aku pada this song ok.

post kegilaan FT

malam ni timbul mood untuk mengila membuat posting, telah terlalu lama aku pendamkan hasrat memblog akhirnya inilah malam rajin ku setelah sekian lama menjadi malas..argh haku dasar malas (haku je leh ckp k)..

sebenarnya banyak sudah berlaku dalam 2 bulan ini, banyak trips & event telah ku hadiri bagi memenuhi masa weekand yang ku ada, menggantikan segala masa yang telah ku gunakan beberapa bulan sebelumnya menghadiri kelas..bulan 5 de lah bulan travel..bulan 6 delah bulan kenduri & haku tutup dgn satu gurl reunion dgn classmate ku di sabah, ku plan dan hangkut semua aweks semenanjung tuk mengintai panorama sabah..dan orangs2x nya..hehe tetiba rasa gelir-gelir..nak pergi berjimba menjadi sweet 17 walaupun umur dah separuh abad...reunion ni penting sebelum ada antara kami akan berkahwin, kegilaan terakhir bersama sang single..sangat teruja.

bukan giler ni yang nak dicerita, tetapi giler apa bila pergi ke showcase Faizal Tahir..
wahaha..akhirnya aku jejak jua ke hard rock cafe khas tuk memsupport FT..bersama mengila rockensteiners yang lain, de ramai bukan aku saja, de mak orang, anak orang, bini orang, laki orang dan lelain lg, kegilaan ini ku lakukan bersama partner in crime miss eda yang semakin mengurus ( haku jeles) ia juga telah menemukan aku dgn kak wan terjah, kak aju ubat, kak zai pemalu, wiwin yang like & comment , ferr, diyanah serta ramai lagi rockensteiners yg best yang lain tu..tak luper diex juga terlibat dalam hiruk pikuk hard rock pada malam itu..

lebih menggila lagi apabila kami semua memang stand bebetul depan muka FT, per saja yang tak tersembur semuanya terjengah dimuka itula resipi lengkap FT. tapi malam itu memang meroyan, tip top dan terbaek. kenapa ko kelihatan sangat best FT, queen song memang best..sorotan lagu baru FT mampu dinyanyikan sehingga lagu semesta yang paling susah itu dapat dinyanyikan dgn sepenuh jiwa..cukuplah kegilaan ini pada FT seorang sahaja..jangan salah sangka, tahap kegilaan ini tidak setanding dengan fan lain kerana aku cuma 5o% shj dari fan lain yang jauh lebih support & kangen terhadap FT..

maaflah atas kekangenan ini, ini sahajalah satu2x nya perkara gila yang tak pernah dilakukan oleh haku..akan cuba berman man selepas ini kerana sem sudah mau start semula, kembali ke alam bz dan serius..alam serabut dan tak ckp tidur, alam tense dan dense..alam cukup sengsara nak siapkan thesis..argh semoga semuanya berakhir dgn cepat..sudah dapat kurasakan bahang kesengseraan ..

gambar kegilaan hanya boleh dilihat oleh rockensteiners sahaja di laman bukuku..
ahahahaha..nak gelak sahaja sepanjang malam ini...

p/s dalam kondisi kurang stabil, teringat noh busuk

merepek 1

sayang,
kata sayang senang dan boleh diucapkan kepada semua kawan, rakan, sahabat dan terutamanya keluarga, kepada kawan yang ku sayangi aku sayang semua. bukan mudah nak mengenali, dan mengerti aku tetapi ada yang sudi menjadi kawan yang baik sehingga akhir ini.
dari aktiviti bergaduh, bermesra, bergembira, marah memarahi, menyampah & luahan perasaan banyak meninggalkan kesan-kesan dalam persahabatan itu.

mungkin kita merasa gembira tetapi kadang-kadang panas hati atas apa yang berlaku. tetapi kenapa terlalu cepat melatah dan mengukur sesuatu perbedaan itu. sebagaimana ahli keluarga yang cuba dipupuk agar air dicincang takkan putus, itu juga yang ingin semua terapkan maka jurang yang rapat menjadi sensatif dan akhirnya keputusan menjauhkan diri yang di ambil.

usia makin menapak ke satu angka lagi, semakin jauhnya usia maka semakin hilang dari pandangan akan sebuah persahabatan. ini realiti..maka ini bukanlah masa untuk kita menghadapi satu kehilangan tapi menguatkan lagi ingatan yang ada antara kita walau ada yang akan pergi jauh...ingatan yang secebis itu.

kiranya kita sudah patut memahami antara kita, bertolak ansur dengan kelemahan dan kekurangan yang ada antara kita. ujian antara manusia ini sungguh tak terduga. lebih berat dugaan antara manusia ini yang hendak dipikul. hanya ketenangan dan muhasabah diri sahaja jalan terbaek buat kita semua..

kita bukan semakin muda, kita akan tua & dan kita sepatutnya matang..
harapan agar suasana akan lebih cerah..disinari cahaya matahari yang sungguh ceria.

p/s - rasa merepek nak tepik je kan

showdown 2010 - giller battle crew

lately posting memang x hal hiburan memang tak sah. tahun 2010 ini banyak benda br yang tak pernah haku buat telah aku lakukan..antaranya pergi menjadi supporter local art, semua la termasuk dance ke, singing ke, acting, directing hehe plus emcee pun jadi..

hari ni so excited giller coz i meet giller battle crew.
tak dapat nak citer panjang coz kene gerak wat kerja giler pergi peneng jup, haha ayat cam peneng tu nak gi kedai mamak je lelepak..tetapi memang itulah tujuannya siapa yg tengok showdown 2010 mesti tau GBC kan..so vote for them if wanna see them in the finale...i want to watch them battle..and dance...ok sila view this website k, de fesbook gak tp cr and add sendiri ok.. leh view their show at 8tv gak hehe ..the site http://gillerbattlecrew.blogspot.com

my excited pic huhu....love giller battle..i pun jadi giller seketika..rasa muda and full energetic..haha

1st attempt pic with bboy - khenobu, steal, an, me & zerohavoc
excited giller

2nd attempt - khenobu, steal, an, me & zerohavoc
control skit

p/s - vote GBC 33399 ok, and watch 8tv

ke broga hill

terlalu ramai dah menceritakan perihal route to broga hill, keseronokannya dan keasyikannya ketika berada di atas puncak. haha, tapi bagi aku yang sukakan cabaran broga hill memberikan ketidakpuasan melampau yang ingin ku rasai seperti ketika lepas mendaki gunung stong or gunung datuk. lum sempat ku rasakan semangat juang ku ghupanya sudah tiba di puncak bukit tersebut.

terbantut hasrat ku seketika, tetapi perjalanan ini sesuatu yang lain dari biasa kerana aku berjaya pergi bersama 3 orang adik ku yang cool & pelik itu tetapi tetap ku sayangi. kakak mana tak sayang adik woii..patutnya mama, abah & adik ku yang bongsu turut serta tetapi mereka ada agenda lain di kg. jadi pergilah aku bersama geng koreiv ku yang disayangi, walau de azam & bd cukup menggembirakan hari itu. kawan baru seperti zul juga mula terjebak selalu bersama team ini untuk menceriakan lagi suasana kami bersama.

apa yang ingin ku tunjukkan de lah hasil gambar terbaik mr bd di puncak broga a.k.a pic kami la..credit to amatur bd..hehe

jumping attempt

stylo...

p/s - kepada yang tak biasa nak nek gunung, broga tempat yang sesuai untuk amatur cam kita ok. jgn berlagak nak naik yang tinggi jer jika bukit yang ini pun tidak lepas. selamat mendaki..bilalah aku dapat naik gunung kinabalu ini..azam 2010 yang tidak tercapai lagi.

cepatnya masa berlalu

terlalu cepat masa tahun 2010 ini berlalu, tanpa ku sedari sudah masuk bulan may dan aku bakal menhampiri tempoh masa 2 tahun berkerja di HLA. jika di tokok masa praktikel di tempat yg sama aku dah bekerja hampir 2 tahun setengah. sungguh tak sangka aku dapat bertahan mengharungi tempoh ini.

jika ada rezekinya, pelajaran ku dalam master juga akan tamat pada tahun ini. aku berdoa semoga aku tidak mempunyai masalah dalam menyiapkan thesis ku walaupun aku rasa apa yang ku lakukan tiada hala tuju. atau aku cuba berasa sensitif, argh aku memang sebegitu..insyallah akan tamat dan hanya usaha yang maxima serta doa sahaja yang perlu aku peruntukan skrng. doankan tuk saya juge yea. sy nak sgt grad tahun depan, kerana ada perancangan besar yg lain tahun 2011.

setiap tahun mesti de perubahan & peningkatan dalam hidup, haku tak pernah lari dari merencana & merangka kehidupan diri sendiri, masih tak lengkap sesuatu di jiwa ini lebih2x lagi tentang apa yang ku lakukan pada keluarga ku. kepada yang mengenali diri ku mungkin paham akan diri ku ini. hr ni aku sedikit terkilan atas sesuatu perkara yang dilakukan oleh sahabat sendiri. walaupun kurasa ianya hanya jenaka melampau tetapi jika sampai menyakitkan hati sahabat lain adalah suatu yang tidak baik.

Apa - pun aku sayangkan kengkawan aku. sayang semua walaupun hattanya aku tak la punya ramai kawan sangat...hanya segelintir tersebut.

P/s - bawak-bawakan beringat, kawan biar beribu musuh jangan di cari. jgn sakiti hati dia lagi. adakah saya terlalu di segani atau dibenci untuk tidak dikawani. kekadang terpikir.

bulan bulan jimba

letih, hilang kudrat and tenaga sejak kebelakangan ini memang memberikan impak buat diri haku. perasaan kecewa dan rasa sakit hati atas pembentangan ku yang kurang baik pada april lalu masih terpahat jauh di sudut hati aku.

macam-macam hal dah aku lakukan untuk menenangkan diri, pergi ke pulau, pergi ke pantai timur wat motivasi untuk bdk sek men sambil makan angin di kelantan, main bowling setiap minggu, lepak minum bersama kengkwan setiap kali de jemputan, menonton episod cerita yang best giler cam penunggu gunung raya, asmaradana, adammaya, nenek kabaya, showdown2010, tophost, pergi semua event siaran langsung, naik genting tengok ABP, pergi aim17, superb pg double troubled. banyak giler habis duet 2 bulan, ni yang anehnya ada je kewangan untuk berjimba, sangat pandaikah aku menguruskan kewangan, asal berjalan mesti naik flight. Gilakan faizal tahir juga merupakan kegilaan terbaru melanda, tapi akan cuba ku kurangkan after showcase FT terakhir ni. Cukuplah rasa seronok yang ku hadapi menengok FT dua-tiga menjak ini. tak dilupakan pesta laksam yang baru berlangsung malam tadi..tq for uddin mom's.

oh jadual bulan 5 dan 6 ku yang padat..dengan kenduri dan aktiviti sukaria dan lepak2x..bulan dimana aku asyik menjejakkan kaki ke pantai timur, style cam orang kaya, mesti nak pergi naek flight sebab letih naek bus punya hal, apa pun aku admit memang best duk pantai timur jauh dari hiruk pikuk bandar dan makan still murah. pe pun my soul still kat selangor KL jugak..aku tetap nak jadi orang jati selangor, i luv selangor.

banyak lagi trip mendatang, ada dalam 2-3 lagi untuk dihabiskan br tahun 2010 ini. tahun ini memang terbahek dari segi ronggeng. semoga terbaik juga dalam pelajaran.

P/s doakan saya berjaya habiskan master tahun ni yer kengkwan semua.amin, saya dah tak larat dah saya nak wat perubahan & peningkatan dalam hidup. yeah.

hidup dibayangi kenangan indah

hi hidup ini kalo tidak terbayang kenangan lama memang tak sah, sebagai orang kita memang cepat kesunyian dan rindu akan seseorang, tak kiralah teman spesel ke, family ke, org opis ke, makcik pokcikkt kg or kepada rakan yg suka berjimba-jimba ( bersuka ria)..

aku pun merujuk post yusfaiza, teringat dan mengenali mereka ini semua adalah antara perkara terbaik dalam hidup aku, hopefully mereka juga begitu. walaupun perangai pelbagai genre, ada yang melucukan, ada yang menyakitkan hati, ada yang sengaja blur, ada yang jiwang keparat, ada yang perasan hensem, ada yang budget cute, ada yang cukup memahami..pengenalan selama beberapa tahun ini mungkin tidak cukup untuk mengenali antara kita tapi cukup untuk membuatkan aku sayang kamu semua.

dengan bayangan hidup yang indah ini, aku dengan segunung harapan ingin mendoakan kebahagian mr pian & mr bash yang telah dan akan membuka tirai alaf baru iaitu alam perkahwinan. semoga kamu tetap ceria dan gila - gila kerana itulah kelebihan masing - masing yang akan membawa kebahagian dalam diri korang. amin.

persahabatan antara kita akan lebih kukuh dan erat sehingga ke anak cucu, persahabatan ini mungkin pelik tapi jika dipelihara dan dipertahankan sehingga hari tua ianya akan menjadi perkara yang paling sweet dalam hidup kita...itukan janji kita didalam fesbook.

insyallah dalam 5-10 tahun lagi kita akan adakan couple retreat untuk berjimba bersama-sama.
semoga everyone live happily ever after. the end.

jimba pulau

jimba pulau telah berjaya dilaksanakan bersama teman-teman ku yang disayangi. akhirnya aku berjaya mempertemukan kengkwan yang ku sayang masa di universiti dan di sek menengah dulu. mission tercapai sebelum semuanya nak kawin dan beranak pinak. mungkin dah takde masa nak berjimba di pulau lagi bersama kengkawan. walaupun seronok jimba (apa maksud aku pun tak pasti) satu word yg asyik ku dengari untuk berjimba di pulau, lalu ku layankan saja perkataan ini seperti sangat best maksudnya.

banyak kenangan manis, pahit, buruk, marah, tak semenggah dah dilalui bersama.
semoga kenangan yang ada ini akan mengeratkan hubungan persahabatan kita semua sampai hari tua dan akhir hayat kita. korang memang Terbaek..woook.


p/s - marah - marah tandanya sayang kan, teringat kene marah dengan bos botak dan teringat adengan memarahi kengkorang semua..lah