cepatnya masa berlalu

terlalu cepat masa tahun 2010 ini berlalu, tanpa ku sedari sudah masuk bulan may dan aku bakal menhampiri tempoh masa 2 tahun berkerja di HLA. jika di tokok masa praktikel di tempat yg sama aku dah bekerja hampir 2 tahun setengah. sungguh tak sangka aku dapat bertahan mengharungi tempoh ini.

jika ada rezekinya, pelajaran ku dalam master juga akan tamat pada tahun ini. aku berdoa semoga aku tidak mempunyai masalah dalam menyiapkan thesis ku walaupun aku rasa apa yang ku lakukan tiada hala tuju. atau aku cuba berasa sensitif, argh aku memang sebegitu..insyallah akan tamat dan hanya usaha yang maxima serta doa sahaja yang perlu aku peruntukan skrng. doankan tuk saya juge yea. sy nak sgt grad tahun depan, kerana ada perancangan besar yg lain tahun 2011.

setiap tahun mesti de perubahan & peningkatan dalam hidup, haku tak pernah lari dari merencana & merangka kehidupan diri sendiri, masih tak lengkap sesuatu di jiwa ini lebih2x lagi tentang apa yang ku lakukan pada keluarga ku. kepada yang mengenali diri ku mungkin paham akan diri ku ini. hr ni aku sedikit terkilan atas sesuatu perkara yang dilakukan oleh sahabat sendiri. walaupun kurasa ianya hanya jenaka melampau tetapi jika sampai menyakitkan hati sahabat lain adalah suatu yang tidak baik.

Apa - pun aku sayangkan kengkawan aku. sayang semua walaupun hattanya aku tak la punya ramai kawan sangat...hanya segelintir tersebut.

P/s - bawak-bawakan beringat, kawan biar beribu musuh jangan di cari. jgn sakiti hati dia lagi. adakah saya terlalu di segani atau dibenci untuk tidak dikawani. kekadang terpikir.

1 comment:

x-m(kazikarin) said...

hik...apsal syahdu sangat ni...meh3..cyg die..jgn tertekan dah ea