Terhenti seketika Outdoor activity


Ramai kawan-kawan tidak tahu yang aku telah bekerja di Bintulu. Jadi akan adalah beberapa rakan-rakan yang masih bertanya akan apakah kegiatan atau aktiviti aku dihujung minggu, ada yang nak mengekor dan nak join segala aktiviti hujung minggu aku yang best itu. Jadi terpaksalah aku membuat announcement bahawa segala aktiviti lepak minum di malam hari (waktu bekerja),jogging waktu petang (selasa & khamis), trekking/hiking setipa minggu dan movie mingguan adalah dihentikan buat seketika dalam tempoh yang agak lama dalam dua fasa. Fasa 1 dan Fasa 2.

Fasa 1 (Jun - Ogos) adalah berhenti terus selama 2 bulan dan tidak kemana-mana hanya terperuk di dalam bilik setiap sabtu dan ahad lepak makan tido (bimbang akan kenaikan MR. KG). Tengah mengurangkan keinginan makan nasi..lelain makan lagi.

Fasa 2 (Sept - Nov) berada di tempat lain yang akan mempunyai complete public transportation, maka segala aktiviti akan automatik activate kecuali aktiviti hiking kerana kena cari group hiking yang best dulu baru boleh join mendaki. Fasa 2 lokasi dan aktiviti akan ku reveal kemudian.

Jadi kepada rakan-rakan harap maklum akan status saya hehe..

P/s - akan paksa diri ini jogging bermula minggu ini. Ada pesta regatta lagi di water front bintulu. Akan aku pergi menyaksikannya..

No comments: