Banyakkanya keputusan

Banyaknya keputusan nak kena buat kebelakangan ini atau terutamanya tahun 2012 ini. Alhamdulillah, kalau nak ceritalahkan tahun ini banyak rezeki yang aku terima dari segi kerjaya, kewangan, keluarga, kawan-kawan dan ehemehem . Aku bersyukur atas semuanya, bila aku toleh ke belakang dan lihat sekeliling akan apa yang berlaku baru ku dapati kehadiran kawan-kawan serta keluarga yang banyak menyokong jatuh bangun aku. Memang benar kata orang pengalaman banyak mendewasakan kita dari segi menilai sesuatu serta membuat keputusan.

Suatu masa dahulu, aku kene buat keputusan samada hendak berhenti kerja atau tidak. Kemudian bila dah apply kerja baru kene buat keputusan pergi atau tidakkan. Dah kerja baru pulak aku dikehendaki pindah department dan akhirnya buat keputusan untuk masuk projek lalu bertukar tempat ke bintulu. Masuk project sangat menggembirakan kerana aku masih boleh review drawing, baca tender document sampai muntah dan engage dengan construction, masih didalam bidang yang aku belajar masa di UMP, tak lah terlalu sia-sia ilmu aku sampai master cokiak ini.

Apabila rasa stabil sikit aku rasa nak buat keputusan membeli rumah untuk keluarga aku dikampung merasa rumah cun sikit. Biasalah orang kampungkan anak sulung pulak tu, jadi dah naluri aku tak sampai hati nak membiarkan aku merasa kegembiraan dan kesenangan seorang diri. Mungkin dengan membeli rumah untuk parents aku di kampung membolehkan rezeki aku lebih murahkan. Tuhan sahaja yang tahu ini. Amin murahkanlah rezeki aku lagi dimasa hadapan yea. Jadi ini adalah dalam proses semoga ianya berjalan lancar.Kalau untung by oktober ini dah boleh duduk kat rumah baru, yer kah? Nanti i tanye pemaju ok, haha aku nak gunakan rumah itu as homestay dahulu sebelum menetap disana. (Promo homestay tanjung malim hehe).

Usia pulak dah meningkat, luaran sahaja dah tua tetapi hati tetap muda kot. Aku berazam untuk jadikan hiking as my fevret sport sampai bila-bila, hatta aku dah berkahwin beranak pinak bercucu cicit aku tetap nak mendaki gunung weih. Nak strong sampai bebila. Pasal membina keluarga ini, mungkin dah sampai seru ini, insyallah kalau murah rezeki lagi aku nak settle down jugak. Jadi ini adalah satu lagi keputusan yang nak kena buat. Walaupun sekarang jadual kerja aku tidak menentu dan aku akan kerja ke luar negara selepas raya akan aku cuba sebaik mungkin untuk memberi masa dan ruang untuk diri sendiri. Apa pun loose yourself a bit and everything should be fine.

Pendek kata 2 bulan aku di bintulu sahaja banyak keputusan aku kena buat. Semoga segalanya dipermudahkan dan diberkati olehNYA. Amin.

No comments: