takde tajuk

Yatta..

akhirnya aku telah tamat peperiksaan akhir semester 2, dan insyallah dengan harapan dan angan-angan yg tinggi aku akan sambung semester 3 lagi pada tahun hadapan, doa-doakanlah agar dapat ku habiskan perjuangan yang belum selesai ini. Semoga hidup ini lebih diberkati dan dapat buat apa yang aku inginkan.Aku yg sangat suka merancang masa hadapan yang jauh kehadapan itu. Walaubagaimanapun, exam pada kali ini tidaklah seberapa bagus seperti sem yang lalu, agaknya kengkangan kerja yang agak melampau banyaknya sehingga mengatasi kemampuan otak dan badan untuk membahagikan diri dan masa terhadap buku sangat terbatas. Aku janji semester depan tidak lagi aku berperangai buruk seperti ini. Lebih berdisiplin pada tahun 2010. Alamak usia menginjak angka dua lima. (sungguh menakutkan)

Usia ini adalah seperti sudah 25 tahun berada diatas muka bumi, tetapi pencapaian apa yang telah dilakukan. Alamak, aku masih lagi kosong tiada apa-apa yang boleh dibanggakan. Suka melepak, meronggeng gelak ketawa sahaja bersama teman-teman membuang masa, wang dan tenaga. Nampaknya tahun depan mungkin akan menjadi umur yang sangat kronik dari pelbagai aspek diri, rohani, kehidupan, keluarga, harta benda, kerjaya, pelajaran, rakan-rakan, network. Masih banyak lagi perlu dikejar, diperbaiki, dipelajari dan dibaikpulihkan....

Opss tetiba aku rasa perlu berhenti berblog sementara untuk memikirkan nasib diri. Lebih banyak plan yang perlu dibuat.

3 comments:

Anonymous said...

akak haza..ronggeng itu penting..study pon penting..ehh..25..hurm..kawen penting gak kan??

zati said...

"Opss tetiba aku rasa perlu berhenti berblog sementara untuk memikirkan nasib diri. Lebih banyak plan yang perlu dibuat."

padahal die nk gi uptown tu...

elliashah said...

yer plan beronggeng di uptown adalah satu kesukaan buat diri ku, tambah seronok kerana pergi mendapatkan pakaian futsal untuk geng nama KKB ..semoga geng ku berjaya menjaringkan beberapa gol untuk kepuasan bersama. huhu