finally finish my FYP presentation

selesai sudah satu perkara yg amat membimbangkan diri pada satu ketika ini. Iaitu presentation final year project yg amat panas berlaku pada hari ini..di bilik YDK 15 di ump.
sebagai pelajar tahun akhir..memang menjadi tanggungjawab utama untuk siapkan fyp dan present dihadapan panel. walaumacammanapun persembahan aku pada hari ini kurang baik kerana menerima tujahan soalan dr panel sehinggakan aku sampai satu momentnya x bleh jawab dan x reti nak jawab. maka tamatlah riwayat aku sebagai presenter pada waktu itu. ..

bukan aku sorang saja yang kene hentam pada saat itu, maka keempat-empat candidate yang ada dalam bilik itu telah menerima hentaman kromo dari ty, ky, and am. Nampaknya semua candidate dikenakan dengan satu point yang sama iaitu comparative studies kami:
aku dikenakan sbb x valid kerana aku sampling sekali sahaja
kwn 1 aku plak sbb x valid kerana height yg ditetapkan kadarnya sekali shj
kwn 2 plak x valid sebab samplingnya sama cam aku sekali jugak
kwn 3 plak x valid sbb xder comparative studies yg jelas actually

jadi bleh dikatakan hentaman itu menyebabkan pelbagai jawapan yang tidak patut keluar telah keluar. dan segalanya telah dicantas baik oleh ty, ky and am (bkn nama sebenar). Sungguh malang nasib kami pada hari ini. tapi x per, mungkin ni adalah silap kami sendiri sebenarnya. terlalu mengikut-ikutkan kata supervsior sendiri. tapi jika kami tak ikut siapa lagi.

kami wat kerja last minute, kami xder comparative studies yang valid, kami xder masa nak wat, kami sibuk sangat..ker..inilah antara nasihat dan ayat penyata yang diberikan setelah selesai semua peserta wat persembahan mereka.

Kami adalah bakal jurutera yang bertaraf dunia tetapi comparison study yang baik pun masih belum dapat kami laksanakan. nampaknya sebagai bakal engineer, masih banyak lagi kelemahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki. attitude dan mentaliti kelas pertama masih perlu diberi penekanan dalam otak kami...

antara isi-isi hikmah yang didengari...aku terbakar, kwn 1, 2 dan 3 juga terasa pedas akibat mutiara kata yang diberikan. namun aku terima dengan redha kerana panel berusaha untuk memberikan nasihat yang terbaik buat diri kami. aku tak terkilan dan aku gembira mengetahui bahawa aku masih lagi insan yang lemah dan akan aku cuba untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik lagi pada masa akan datang.

kata-kata ty, aku ku ingat lebih lagi..insyallah aku akan merubah diri menjadi lebih baik dan menaikkan nama universiti sendiri.aku nak jadi seorang civil engineer yang berguna.. semoga tuhan memberkati dan memberi petunjuk ke atas diri ku ni..amin.

No comments: