Celebration of 1st Ramadan

Cabaran 1st Ramadan.

Alhamdulillah..akhirnya tanggal 13 Sept 2007 semua umat Islam berjaya menyambut kedatangan bulan Ramadan al-mubarak yang mulia. Seperti insan yang lain aku pun sungguh gembira dengan kedatangan bulan ini. Seboleh-bolehnya banyak perkara yang ingin aku lakukan untuk menambah kan amal ibadat buat diri aku sendiri. Sebagai remaja memang banyak perkara lagha yang aku lakukan..tetapi kenapa masa bulan ramadan saja org mula berubah menjadi yang lebih baik dan kemudiannya kembali kepada keadaan yang asal.

Contohnya ada orang bila bulan poser dia akan pakai tudung siang hari bagi menandakan dia menghormati bulan mulia ni.

Ada jugak yang tidak akan pergi clubbing dan tidak mau berpakaian seksi bila keluar dari umah (sentiasa ingin berbaju kurung)

Ada yang ingin kurangkan bercakap banyak utk elakkan dari mengumpat atau mengata org lain.

Tak masuk panggung wayang time poser

Segan nak masuk karooke box ..tidak melalak time poser

Jaga tingkah laku dan adap sopan bersama dengan mereka yang bukan muhrim

Banyakkan bacaan alquran (hari-hari nak baca) sebelum ni tak pernah nak ingat

Tak dating dengan pakwe timer poser tapi buka boleh plak bersama

Tak dengan lagu atau wat perkara-perkara yang lagha yang boleh membatalkan poser dan tidak afdal dilakukan..cthnya tgk cerita - cerita yang mengkhayalkan..

Bila dipikirkan balik segan rasanya..sebb ada antara yang disenaraikan di atas mungkin adalah kita dan kadangkala adalah rakan-rakan kita sendiri. Aku x mau menjadi antara mereka yang lagha tapi aku sememangnya lemah untuk menentukan yang mana baik untuk diri aku sendiri kerana kenikmatan dunia memang jauh lebih menyeronokkan dari perkara lain. Mungkin orang lain kata kita teruk sebab pentingkan nikmat hidup sahaja. Tapi ntah kenapa ..asalkan perkara itu tidak menjatuhkan moral cukup baik buat kehidupan sekarang ni..

Inilah trend dan cara hidup umat Islam masa kini. Tak semua boleh larikan diri dan dapat cekal hidup untuk menjadi seorang muslim yang bertakwa dan beriman. Sememang lemahnya diri ni...walaumacamnapun..bulan ramadan ni aku cuba untuk menjadi lebih baik dari bulan yang lepas..sekurang-kurangya ada sedikit keinsafan dalam diri aku.

SEMOGA KESABARAN DAN KETENANGAN YANG DIAMALKAN DIDALAM BULAN RAMADAN INI DAPAT MEMBERIKAN SEDIKIT KEKUATAN BUAT DIRIKU. AMIN

No comments: