alumni ump

akhirnya, aku de topic yang out of my ordinary diaries.
nak story pasal alumni ump. atau nama saintifiknya UMPAS. UMP Alumni Society, nama ini muncul dari mana tak tahu lah saya asal usulnya. yg pasti cukup membanggakan kepada mereka yang sentiasa support dan sudi memberikan sokongan and sumbangan bg menjayakan aktiviti alumni.

bebaru ini, buat pertama kali Umpas diberikan satu slot alumni selama 45 minit untuk menerangkan tentang alumni. credit to senior kita jaro, faizal, krul, tihah, abon, suliana, haiza and especially mamad kerana kesanggupan menjayakan lagi slot alumni. ( ckp cam organiser tapi jauh panggang dr api hehe)

program berjalan lancar, walaupun bdk2x tak berapa paham kerana slot tersebut jatuh pd hari kedua dimana freshies masih blur mengenai universiti mereka. blur dan mengantuk adalah barah biasa buat kita as student kan.

bak kata dato farid redzuan (tv3), ayat typical beliau, slot alumni akan diteruskan pada masa akan datang dan masih ada ruang yang perlu diperbaiki untuk mempersembahkan rancangan yang terbaik buat freshies.. wargh aku selalu sgt tgk dato ini berucap..ayat2x typical penerbit tv3..hehe

pada masa itu juga aku berkesempatan untuk duduk semeja bersama dekan fkasa , dr idris. yag telah menggantikan prof fad. beliau berhasrat untuk bertemu dgn alumni civil. insyallah jika berkesempatan akan adalah ruang untuk beliau bertemu dgn alumni2x civil. saya dengan ini menyeru kawan seangkatan saya yang telah berjaya dalam hidup menjadi engineer @ kerjaya yang anda minati untuk kembali ke ump fkasa untuk memberikan sumbangan ke atas universiti yang telah menjadikan siapa diri kita pada hari ini.

janganlah berkira-kira untuk hadir ke ump dengan memikirkan apa siapa kita semasa zaman universiti itu, segala apa kita sewaktu dizaman U adalah sama sekali tidak menjadi faktor utama untuk kita tidak hadir ke ump. selagi kita pernah menjadi seorang pelajar UMP tambah lagi student FKASA sudah cukup konkrit untuk menjadi faktor utama untuk kita boleh hadir ke mana-mana upacara yang ingin pihak FKASA anjurkan.

semoga hasrat prof idris dapat dilaksanakan mengikut yang beliau rencanakan. harapan agar semua rakan dapat hadir dan turut serta.

p/s - untuk makluman, insyallah dalam oktober ada aktiviti alumni jadi kepada semua dijemput hadir. maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian ok.

2 comments:

Mr Kamarul said...

wah.. my name pn disebut hehe. che wa, letak la gamba

elliashah said...

hehe..eh i xde pic lar yg best..
skrng mng x upload pic hehe