malaysian election 2008

PILHANRAYA UMUM NEGARA 2008
SELAMAT BERPILIHANRAYA

sesedang hangat bloggers yang lain sibuk-menyibuk dalam memperkatakan dan memperblogkan pemikirann serta dakyah mereka, aku juga tak mahu jadi mereka berkecuali. sebagai bloggers bebas aku pun nak memberi komen dan kata-kata ku yang tak seberapa nie.

sblum ni boleh dikatakan kehidupan aku adalah sebagai student, jadi life as a student nie taklah punya banyak peluang untuk mengenal sangat apa erti politik..walaupun aku bekas kerajaan (mpp) di universiti dahulu yang sebenarnya tiada istilah pembangkang pun pada masa itu, nasib baik tempat belajar aku masih belum punya politik kampus yang kuat lagi..jadi we rule as we want to rule..(walaupun ada auku) sbb too sometimes ada orang tak puas hati dengan corak pemerintahan kami , tapi kami biar pi la..diorang pada masa itu. yang penting dapat menunaikan tanggunjawab sebagai penghubung pelajar pada ketika itu la.

aku tengok kali nie ..bendera bunting banner empunya kroni sangatlah banyak, kemeriahan yang ditonjolkan kali nie nampak seperti pilihanraya yang dulu sebelum ni hambar ker atau ada kebimbangan ker disebalik keriuhan kempen yang dilaksanakan pada kali ini. aku tak tahu? tapi kalau aku ditempat mereka tentu aku amat bimbang, risau dan khuatir..

episod kempen kali ni memang lebih ekstrem dari yang dulu, sekarang ni dengan stesyen tv swasta stesn radio surat khabar dan internet di yahoomail ada jugak memaparkan tentang pilihanraya. Takut ker diorang nie? atau pun kurang keyakinan? aku tau tahu tapi kalo aku jadi diorang aku seperti rasa takut.

yang lebih lucu, kali ini lebih ramai yang telah bangkit untuk memberikan ucapan perdebatan, yang selama ni suaranya terpendam dan tersorok sahaja tak pernah kedenganran, tapi agaknya tahun ini agak kelainan maka..mereka memilih untuk bersuara. suatu perubahan tetapi disebabkan ketakutan, rasa terancam dan bimbang akan kehilangan punca rezeki pada kali ini.

sebagai anak muda, dan anak yang telah merasa payah jerih duduk di kampung mendengarkan orang-orang kampung di olok-olokan dengan sewenang-wenangnya. Tak mudah nak mempengaruhi anak muda ini. Sebenarnya di luar sana tue tahu sahaja tentang apa yang berlaku tapi ada yang ambil keputusan untuk berdiam diri atau mengikut telunjuk kerana ini adalah perkara yang paling senang buat kan..sapa yang tak nak hidup senang.
zaman sekarang ni bukan zaman berjuang macam ex-kroni dan rakan-rakannya buat.sekarang zaman hiburan sahaja...pembangunan dan kemewahan. aku pun antara yang nak bergembira sahaja. tapi kadang-kadang rasa malu kan..aku tak nak tergolong dalam mereka yang lemah, membuat diri tertindas tapi sangat suka melobi untuk kesenangna hidup. Aku tak mahu.

semoga tahun ni akan ada perubahan yang lebih baik, dan pada mereka yang sudi berjuang. terima kasih dan teruskanlah perjuangan masing-masing. hanya masa sahaja menentukan bila dimana dan siapa akan berjuang bersama-sama. sekarang ini juga masa aku untuk berjuang dalam hidup untuk menjadikan diri ini lebih baik. Insyallah

SELAMAT BERJUANG
BERJUANG ATAS NAMA KEBENARAN
BUKAN ATAS NAMA KEBENDAAN

No comments: