hectic january for me

Lembaran baru 2012 telah dimulakan dengan aktiviti berikut:

1 jan - New Year & Hiking Tanjung Tuan Pee Dee
7 jan - Hiking Gunung Angsi bersama Abg Anas & Abg Acoi
8 jan - Berjaya Run 6km
14-15 jan - KL-Pangkor Treasure Hunt (7/15 place)
21-24 jan - 3 serangkai JJCM Selangor/Perak/Penang
28-29 jan - Rehat bersama keluarga sambil menonton AJL 26th

kita start story dengan gunung angsi terus yea.

Bagi aktiviti gunung angsi, ada dua trek yang boleh kita lalui. Satu pilihan adalah shorter distance tapi dimulakan dengan trek pacak tak hingat yang mana pd beginner boleh moral downkan kengkawan secara berjemaah. Abg anas selaku taiko kita pada hari itu memang bijak mengatur langkah kerana kami mulakan daki gunung angsi dengan menggunakan trek longer distance melalui sungai tetapi trek yang menyenangkan. Bila turun baru kita melalui trek pacak tadi agar lebih mudah dan cepat sampai ke bawah. Pendakian bermula jam 930 pagi dan selesai jam 330 ptg. Lineup semua bebaguih belaka dan menambahkan lagi kenalan baru dalam aktiviti outdoor ini. Itu jer story naik gunung angsi. akhirnya list telah dilunaskan tinggal bukit kutu/irau & tahan in da list buat masa ini.

Sedar tak sedar, minggu treasure hunt telah tiba. pertama kali nak menyertai Treasure hunt anjuran equip management. Memang mencabar perah otak. Nak main treasure hunt ini kena ada strategi dan yang penting score jawapan. Penalti dan masa adalah belakang kira. Game dimulakan dari IYC, Youth centre Cheras jam 730 pagi. Arah perjalanan menuju ke tempat yang dituju adalah berpandukan tulip yang diberikan. Jakun betul pertama kali tengok tulip tapi kerana otak pun engineer senang jer nak baca dan fahami tulip ni. terus pakar. apabila kt dah hilang KM terkumpul terus diabaikan tulip tu dan handle sendiri route sehingga destinasi terakhir pangkor. Ingat dah cukup perah dah kepala hotak agar dapat detect soalan dan jawapan yang dinginkan tapi memang tak cukup perah lagi. Ini kesan kerana menjadi amatur dalam game ini. Kami target bulan 5 ini akan join lagi KL- PD treasure hunt untuk menguji kehebatan kump buat kali ke 2. Harap lebih baik dari pangkor.perlu lebih markah dari dulu, top 5 target. hehe..tp memang best. walaupun kalah tp pengalaman yang diperolehi memang berbaloi. Lagipun team work yang kitorang salurkan memang terbaik. Sbb semuanya cool dan bersungguh tiada yang marah2x or fedup. Oh just luv u guys. Pehtu, kita spend time main bola tampar (wajib) siap lawan ngn geng pegawai kerajaan mana ntah (saje jer) kalah kasi orang tua can. pastu men jet ski, makan cendul, paling best nek basikal tour pangkor lebih kurang 11km memakan masa 4 jam lebih. pekena laksa, tapai & mihun sup dulu. memang terbaik.

tq pada atokz n the crew kerana menganjurkan tresure hunt yang best ini. Pasti join lagi. Uols best. Pasni nak bolot semua hadiah ok.

3 negeri trip. huhu last minit plan. pd mulanya ada trip ke 7 peak di selatan tanah air, atas masalah yang tidak dapat dielakkan ianya cancel, br bebarapa jam cancel terus draft tentatif dan design program merentas waterfall 3 negeri dan jjcm di penang plus penginapan free menetap di semua rumah kasi jimat kos. gerak sabtu, tp keadaan memang tak mengizinkan dari perihal kerete kancil mati tiada bateri, beli jumper tp jumper cari terbakar, delay beberapa jam janji 12 smpai kuala kubu bhari, tp jam 12 br dapat gerak dr taman melati. silap tunggu r&R sg buluh terlepas lalu tukar plan singgah exit bukit beruntung, mati engine kat sana sekali lagi, nasib ada uncle baik dari Ipoh mali ada jumper sudi membantu. tochay2x..perjalanan diteruskan ke KKB hingga ke sg chiling, sampai jer sana hujan turun dengan lebatnya dengan tiba-tiba lama pulak tu, maka sanctuary tu plak kalo hujan memang tidak dibenarkan masuk kerana ada kepala air. Maka plan cancel tp diteruskan terus pulang ke rumah haku untuk dinner dan BBQ ayam (mak buat). Rest bersama keluarga sambil menonton money drop beramai-ramai, memang layan.

Esoknya, after breakfast dengan lajunya meluncur ke Lata Kijang, Mandi sepuas-puasnya dan layan maggi serta kopi panas yang sedap nisbah 6g:4k ok. hehe pastu terus meluncur laju sg dua untuk melantak mee udang dan berehat di penginapan free di kulim, kedah.

Keesokan paginya, terus gerak ke Bukit Bendera untuk aktiviti hiking seterusnya. a.k.a Penang Hill, ramai orang berkata you hiking 2 hours la, 15mins lor..ghupanya2x jalan shortcut telah ditutup maka hours sebenar ialah 4 jam yang oii, its ok kami suka tetapi kesilapan mengagak masa menyebabkan delay dalam aktiviti makan pd petang itu. Kami sampai dibukit bendera dalam jam 12 tgh. Selepas layan lunch free dan ABC yang terbaik halal toyibba kami terus turun dengan menaiki kabel car, gilo nak repeat turun trek mau jam 6 sampai. Akhirnya jam 3 sampai bwh tapi kene menapak dan menunggu sampai 1 jam untuk dapatkan taxi, sabar jerlah. pastu trus meluncur laju check in kat chalet atas air jam 430pm dan 515pm keluar untuk JJCM di pulau. yeah. pekene nasi kandar separuh Kassim, pasembor, laksa and char kuey teow padang kota baru..paling layan air kelapa dan teh ais penang ho liau. walaupun mengantuk tapi gagahkan diri juga ker batu feringhhi. sampai jam 12 memang nak tutuplah pun tambah pula CNY kan semuanya nak balik awal. Peh tu balik memang tak sedarkan diri lor yang gurls memang dah tertido lar dalam kete sampailah chalet. Bum dan terus tidur di bilik.

Yeah esok paginya, misivmencari kuih serabai yang femes, sedap tapi aku tak layan sangat kerana ianya tepung per ntah hehe. roti jala, char kuey teow dan mihun sup. and lagi kueh serabai. setelah kenyang terus hantar member ke kulim dan bergerak balik ke KL. Sempat plak on the way menyinggah mee rebus ramli di Ipoh, ingat nak ke Cameron tapi memandangkan traffic yang melampau terpaksa dibatalkan idea gila itu. Keluar dari Ipoh 730pm tapi sampai jam 1100pm di KL. Letih jem jer.

itulah summary aktiviti for januari hoho sungguh mabuk dan penat hooyeah. time to sleep. pc semua kene tengo facebook ok.

No comments: