penjaga sang tua

Kita semua akan menjadi tua persis baby suatu hari nanti, mampukah kita melayan kedua ibubapa kita seperti ibubapa kita membelai dan menjaga kita sewaktu kecil dahulu. Jika ibu dan ayah sudah tiada kudrat untuk berjalan atau menyelesaikan bussinessnya di bilik air. Mahukah kita dengan sukarela menyucikan mereka, mengangkat mereka dari katil ke bilik air, menyucikan segala bussinessnya yang bersepah-sepah itu. Menyuapkan makan dan berkomunikasi dengan mereka tatkala mereka tidak lagi memahami apa yang kita sebut.

Takutnya aku untuk menjadi penjaga sang tua. Tahun ini aku melihat kedua nenek dan atuk aku berada dalam kondisi kritikal. Keduanya pernah dikejar dan diwadkan di hospital. Sebagai cucu, aku melihat sendiri dan cuba memahami bagaimana pakcik dan makcik aku berusaha melunaskan tanggungjawab sebagai seorang anak. Betapa sebenarnya agak sukar untuk seorang anak mampu melayan karenah orang tua yang semakin berpikiran seperti kanak-kanak. Degil, tak dengar kata dan kuat merajuk. Tingginya kesabaran yang diperlukan untuk bersedia menempuh waktu itu.

Aku luahkan perasaan takut ini sebagai ingatan buat diri aku dan kengkawan. Kita perlu kuat dan bersedia dari segi attitude dan kesabaran serta kewangan yang mencukupi untuk mampu memberi layanan yang baik dan elok untuk kedua ibubapa kita.

Ya Allah, aku bermohon agar kedua ibubapa ku diampunkan segala dosanya dan mendapat kesejahteraan dalam kesihatan hidup dan menjadikan kami anak yang soleh dan solehah serta senantiasa berbakti untuk mama dan abah dari pelbagai segi. Semoga dosa kami juga diampunkan kerana sering melukakan hati kedua mama dan abah dengan sengaja atau tanpa kami sedari.

Semoga aku mampu menjadi penjaga sang tua. Amin

No comments: