Xpdc Gunung Datok 16 April 2011

Alhamdulillah, satu lagi Xpdc one day hike telah berjaya dijalankan pada 16 April bersama eone, fzan, sha, noora, aini, zul including my brother aris. Sesi ini adalah kali ke 2 aku menaiki gunung datok. Dulunya kami naek dalam keadaan kering dan tidak hujan maka perjalanan tidak mengalami banyak masalah, walaubagaimanapun kali ini kami diduga dengan cuaca yang tidak memberansangkan hujan semakin lama semakin lebat tetap pendakian tetap diteruskan kerana keazaman masing-masing yang kuat.

Masa yang diambil agak lama, hampir 2 jam baru kami dapat menjejak ke puncak gunung dato'. Makan nasi goreng dan bihun bertadahkan air hujan memang terbaik, tawar jer rasanya tapi sebab lapar tetap eden rasa sodap. dah gi rembau ckap cara rembau la eden k. Tetapi suasana kabus selepas hujun berhenti memang best, easy breezy cover girl kata, berkabus-kabus naek ke atas sampai dari nampak hutan tebal terkambus pemandangan disebabkan oleh kabus-kabus itu. Memang rasa terbaik dan puas hati terhadap xpdc kecik kali ini. Pose diantara kabus-kabus diatas batu batu besar wajib diambil bagi memenuhkan koleksi perbadi profile pic facebook diambil. Tepat jam 145pm kami telah bersiap untuk turun.

Perjalanan turun adalah penurunan bukit yang paling teruk pernah dilalui, dah lah cerun curam tambah licin dan berlopak lumpur tenggelam dengan selut sana sini siap tanah bau kambing. Memang pada masa ini, pemakaian kasut adalah yang terbaik dan moral of the story pakai crocs ker sandal bertali ker tidak mampu membantu dalam perjalanan yang berselut. Maka silalah mempunyai kasut hiking yang dapat digunakan dalam pelbagai peristiwa seperti hujan contohnya. Aku bersyukur mempunyai kasut merrel ku yang belum pernah lagi menyakitkan kaki aku selepas peristiwa hiking. Kusyen didalamnya membantu menyerap hentakan yang lebih sewaktu penurunan bukit. Cuma kalo dengan lumut kasut aku foul habis...adakah kasut yang tahan lumut erm rasa nak cari satulah sebab dalam sungai manyak lumut lar...

Dalam 1 jam lebih sahaja kami selamat sampai ke kaki bukit dimana adanya anak sungai, apalagi teruslah berendam tanpa memikirkan apa yang ada didalam sungai itu, kerana air sungai adalah keruh sebab lepas hujan kan. Mandi sakan sambil saing-saing terapung dengan lamanya, cukuplah kami pun terus bersiap-siap, mandi, solat kerana masing-masingnya sangat lapar. Skip aktiviti bersiap terus ke arena kawasan red wok restaurant di Bandar Baru Bangi. After membakar 3500 kalori dengan seronoknya dan slumber badak kami menambah semula 1000 kalori dalam masa 2 jam dengan sizzling steam boat. Memang separuh hanguslah training session pada hari tersebut.

Yang penting semuanya happy dengan apa yang berlaku dan dapat berkenalan dengan orang yang baru, dan aku puas hati terhadap kemampuan masing-masing untuk terus mencanak mendaki bukit dan skill motivasi yang boleh dikeluarkan oleh setiap orang. Spirit team yang kuat dapat memudahkan dan melancarkan lagi aktiviti pendakian kinabalu ini nanti.

P/s - Last kopek training di Gunung Nuang 23 April 2011 untuk menguji stamina sebelum xpdc kk sebenar bermula. Marilah kita berusaha. Cayokx.

No comments: