14 hari countdown to Mount KK

Argh aku tak percaya, aku tak percaya, dah nak climb gunung kinabalu ni, sebelum ini semasa sesi latihan tak teruja sangat, tetapi habis jer set latihan kembara KK memang terus bersemangat. Banyak lagi barang tak lengkap, nak kene mengatasi masalah cuaca sejuk. Saya tak suka sejuk tapi nak wat camana, jika berjaya akhirnya azam tahun 2011 ini satunya tercapai.

Banyak tau sets of training dah dilakukan, kalo tak boleh naik dengan bagus lagi tak tau lah den nak kata apa. Jadi nak imbas semula sesi latihan kumpulan. As organizer semestinya aku tak pernah la miss latihan sebb jadual ikut masa dan kehendak organizer. Latihan sejak februari dah dimulakan. Nak ringkas aku jadikan bentuk jadual mengikut turutan seperti berikut:-

13 feb – bukit broga and gunung tok wan - total 9.6km
19 feb – bukit tabur
27 feb – batu caves 6x - 1632 steps
6 mac – tanjung tuan
20 mac – bukit cerakah
26 mac – batu caves 4x – 1088 steps
2 april – bukit gasing
8-10 april – gunung muntahak, waterfall sg tengkil dan pelepah kiri
16 april – gunung datuk
23 april – gunung nuang
7 may – kl towerthon – 2078 steps

Pergh, memang letih dekat setengah tahun mengabdikan diri kepada nature untuk pastikan diri ini kuat dan fit untuk naik ke kinabalu. Aku ada target masa, nak sampai laban rata paling awal jam 3 ptg tapi kalo lewat pun jam 4 ptg sahaja. Jadi kene bebetul fit. Lebih kurang 2 minggu lepas aku start berkecimpung dengan dunia boot camp. Apa tu bootcamp aku explain later. Simplenya, ia adalah outdoor fitness training military scheme. Ada instructor yang kita panggil sarj (sarjan) corp (koperal). Berada di dalam kumpulan yang berusaha bersungguh-sungguh untuk hidup sihat memberikan aku semangat baru bahawa ada banyak benda lagi mampu kita buat selain dari kerja dan beri alasan tiada masa. Boleh layari www.hooyah.com.my or www.bootcampmalaysia.com.my Untuk baca sendiri k.

Kemudian baru aku explain pengalaman aku dalam boot camp. Pagi tadi ialah sessi aku kali ke 2 secara official menjadi member bootcamp.

P/s – mari mengira hari ke kk start hari ini

No comments: