penghayatan ramadhan

hari ini aku telah mendengar suatu ceramah agama yang dianjurkan oleh ofis aku. agak beruntung kali ini opis aku menyediakan slot-slot ilmiah seperti ceramah setiap selasa, dan 10 hari untuk solat zohor berjemaah dan tazkirah sempena ramadan. terlintas dihati ini syukur kerana insan bernama manusia ini kadang-kadang leka dan malas untuk mencari kelebihan dan ketenangan dalan beribadah.

walau begitu, terlalu jauh lagi hendak aku mencapai maksud penghayatan dalam ramadan. perkara yang biasa dilakukan oleh seorang insan biasa seperti aku, perkara basic dalam islam. terasa malu sendiri apabila terkenang akan rakan-rakan aku yang sopan dan ilmiah tatkala belajar dahulu. baik sang teruna or sang puteri, keduanya saling sopan santun dan sentiasa kemas dalam perlakuan masing-masing. Kagum dengan amalan yang kalian lakukan. Perlukan perubahan, tetapi manusia takut dengan perubahan dan malu menghadapi orang-orang yang berada disekitarnya. Betul bak kata orang, jika orang nak menilai kita orang akan menilai melalui kawan-kawannya.

Ramadhan ke 7 ini, telah menyebabkan muka dan kepala ku terpukul. Aku tidaklah seteruk ini masa belajar dahulu, mungkin kerana aku senantiasa dikelilingi oleh sang teruna dan sang puteri yang baik lagi sopan, sentiasa menegur, menasihati dan mengajar aku. tapi kini aku tinggal sendiri, payah dan susahnya hidup sendiri tanpa kalian. Mudah sahaja aku menjadi alpa, leka dan lalai. Tiada lagi dan tidak pernah ada yang menegur aku secara baik dimana aku boleh terima dan berubah dengan jayanya.

Mungkin aku perlu senantiasa berhubung dengan kalian barulah aku akan rasa lega dan tidaklah terlalu leka dan bersukaria. Oklah, aku perlu pergi membuka buku kerana aku akan ada test pada hujung minggu ini. hari sabtu. dan akan tamatlah kelas aku pada semester ini pada hari ahad tersebut itu pula.

p/s doakan aku yer semoga success dalam exam dan habiskan master tahun ini jugak. aku ingin konvo pada tahun hadapan.

No comments: