9 hari sebelum kejadian

Bolehkah tanpa sedar akhirnya 30 menjadi hanya 9 hari sahaja lagi ke hari kejadian. Pelbagai dugaan kecil yang menimpa aku dan keluarga akhirnya dapat diselesaikan. Ini semua kerana doa ibu yang sentiasa berkat buat aku, in sha allah. Terima kasih aku tidak terhingga kepada mama & abah aku yang menguruskan majlis dari segala urusan survey, tempahan, pengesahan & pembayaran. Ada jugak hal kisah dalaman yang memberi masalah kepada aku dan mama. Tetapi syukur aku dimurahkan rezeki sesangat untuk mempermudahkan segala urusan mama.

Akhirnya update majlis perkahwinan aku yang serba comel ini akan berlaku tidak lama lagi. Catering telah ditempah dan dibayar 80%. Menunggu masa untuk pihak caterer datang recce rumah pada minggu hadapan untuk membuat susunatur kanopi & meja. Menunggu pihak Andaman datang untuk pasang pelamin dan menyelesaikan baki bayaran tempahan. Pengesahan dengan si color pencil photographer majlis yang comel agar standby pd hari tersebut. Confirm dah tetamu yang dijemput meningkat dari 500 ke 700+100 mengikut bilangan kad dan jemput mulut serta menggunakan FB. Maka bertambahlah menu makanan yang ditambah oleh mama disaat akhir. Nasi tambahan juga telah mama peruntukkan untuk masa kecemasan. Pihak caterer kata akan disediakan en PA system yang terbaik untuk melancarkan aturcara majlis. Tiada pasukan kompang mungkin kurang kelihatan meriah tetapi pandai-pandailah merasakan kemeriahannya. Doorgift telah dibeli dan tinggal kuih sahaja perlu dikutip pada 30hb dan perlu dimasukkan ke dalam paper bag. In sha allah serba ringkas hampir keseluruhan bahan telah disediakan namun berdebarnya jika ada yang tertinggal sewaktu majlis berlangsung.

Memang penuh jadual minggu hadapan. Nak finalized brg hantaran dan kene kutip by 25 Mei and dapatkan lagi 2 barang untuk en tunang yang sweet sangat ni. Nak kemas barang dan siapkan bilik pengantin, Nak cari kasut dan tudung nikah haha masih belum selesai rupanya. Ada hari spa jugak on 26 May. Sekali pickup baju and final fitting mana tahukan dah x diet 2 minggu. Sibuk nak menghantar adik report duty 28 Mei. Tak book lagi hotel nak bersuka-suki di Pulau tet. 30 Mei amik kuih dari makcik nie. Cari inai & isi tepung tawar. Nak berinai 2 malam agar kesannya menarik. Nak beli barang dapur bagi isi barang kecemasan dan tempahan untuk minum pagi dan breakfast bagi keluarga lelaki. Supper juga buat keluarga lelaki pada hari malam kejadian sampai 1 June 2013. Lg pun birthday mama 1 june maka nak cari set barang kemas buat mama tersayang pun tidak tercapai lagi. Dan surprise party buat mama pada malam 31 Mei 2013. Yahoo. Ini rahsia mama tidak tahu. Ingat tak hari kejadian aku memberi hadiah beg LV kepada mama ehm yang dimahunya gelang ke rantai ke. Uish semangat..jadi ada chance mama nak buang beg tersebut bolehlah aku kutip. Ikutlah sementara ada rezeki ni ku berikan semua je buat mama. Semoga mama bahagia dan sangat bersyukur.

Aku dan tunang, sejak kebelakangan ni adalah sikit-sikit tersalah paham. Tetapi semuanya hanya salah paham dan masing-masing bertolak ansur dan kami sweet macam biasa. Hah amboii sangat. Semoga segala yang berlaku mengeratkan lagi keserasian antara kami. Tiba-tiba ada good news tunang terima hari ini dimana thesisnya boleh dihantar lewat pada bulan julai. Kuranglah nya stress. Org stress jgn diganggu. Kang sendiri kena. Huha.

Sangat teruja walaupun besok baru aku pulang ke semenanjung jam 7.10pm. Semoga segalanya berjalan dengan lancar dan baik. Doakan ye kengkwan.

No comments: