Workout experiances

Hari ini nak story experiances workout yang tak seberapa hari ini. Bulan ini masuk bulan ke 3 diet dan workout pergi ke laut. Pemakanan nasi 1/2 tetap diteruskan tetapi kekerapannya telah meningkat dari 1x per day ke 2-3 set per day. Berat masih maintain dan telah stagnant beberapa bulan ini. Terasa dimotivated tetapi cara hidup sihat mesti diteruskan sampai akhir hayat.

Masa study kat U dulu, haku tak cara tentang cara nak berdiet dengan betul dan efektif. Aktif memang ar boleh tahan lasak, energetic, naek gunung sana sini, jogging almost everyday tapi pemakanan x pernah jaga since kita studentkan, masih study tak rasa nak pikir sangat pasal diet ni. Kalo sebut diet jer masa tu mesti pikir pasal tak makan nasi dan x perlu makan. selalu dgr citer ramai budk pengsan pitam sebab diet. rupanya masa tu semua salah, maklumlah budak2x semua takde ilmu, bila nak wat sesuatu bukan nak google dulu, survey research and wat diet tu. men belasah jer. itulah haku dan segelintir rerakan aku pada masa dahulu.

Aku start aktif berdiet yg betul or inginkan cara hidup yang sihat adalah kerana pada suatu hari aku telah menemani kawan aku ke suatu saloon kecantikan. disitu ada scale weight dengan perasaan bangganya aku menimbang berat aku dgn menjangka berat yang sama seperti sebelum aku praktikal yakni 6 bulan yang lalu. Dengan terkejut badaknya angka tu telah meningkat mendadak sebanyak 5kg dalam setengah tahun sahaja. Maka aku terduduk sejenak dan terperanjat dengan apa yang berlaku, lalu terpikirlah aku akan segala yang aku makan dan lakukan sepanjang tahun itu. Mungkin benar dan aku terpaksa mengaku, dengan kadar metabolism yang rendah aku mengambil kira-kira 1700 kalori per day tanpa exercise dimana aku sepatutnya badan aku mengambil intake 1400 kalori sahajs per day. maka defisit 300 kalori per day telah menyebabkan peningkatan berat yang mendadak. Aku kecewa dengan tahap pemakanan pada masa itu.

Semenjak dari itu, aku tekad mesti menjaga makan dan mengubah pola makan & kene pergi wat latihan kardio + weight training. Makan(diet) + Exercise wajib dilakukan dalam keadaan serentak untuk pastikan loose weight berlaku. Jika nak maintain sahaja, maka diet or exercise shj boleh dilakukan jika kekadang kita pergi ke laut. Pahamkan..disiplin yang tinggi diperlukan.

Maka aku pun signup untuk register dance class kak lynda for 3 months in a row dan telah membersihkan segala isi perut dapur aku. No more cheap oil, no more makanan bergoreng yang dimasak sendiri, dan telah membeli banyak makanan mentah seperti ayam, sayur dan buah. Banyak menu sihat terpaksa disediakan sendiri. Biskut healthy pun kena beli yougurt some more. Tapi seriously, most semua barang tu mahal. Aku spend almost RM 200 untuk stok 2 minggu so total food punya budget is around RM400 per month. Kena sacrifice dari membeli makanan siap dr memana kedai. dan perkara wajib everyday adalah air 3liter perday. Yup stok air everyweek mesti beli sedozen 1.5L mineral water. Bayangkanlah this price untuk makan seorang di rumah. And excercise class kita bayar dalam RM110 per month for 12 sessions. Nasib kelas dekat dengan opis jadi jimat sikit. Kesimpulannya, berbaloi-baloiilah tetapi spend about RM5oo lebih per month namopak banyak tapi rasanya inilah apa yang orang lain buat jugak. Resutlnya, i berjaya hilangkan yang 5kg i gained during praktikel years...peh tu back to normal size..

Tapi since ada momentum exercise..aku quit plak dance class tergendala sementara sebab final exam selama 5 bulan dan masuk gym for 6months selepas itu. Sungguh bertuah sebab dapat guna pass member sebelum dia berhenti habis. Lagipun tujuan masuk gym adalah disebabkan nak develop my fitness, memang betullah walaupun manusia tu kurus tapi x semestinya dia fit sebab x pernah exercise. jadi aku motivate diri semula dan jangan malu nak workout dgn riso orang mengata anda gemuk.

Pada masa yang sama aku join gym dr january sampai ke june 2011 aku turut mengabadikan diri kepada alam dari 13 feb 2011 sehinggalah tercapai impian menaiki gunung kinabalu pada mei 2011 dan sehinggalah sekarang dah oktober 2011. Yang baik measurement badan ada perubahan tetapi muscle mass memang meningkat. Maka walaupun loose weight tapi akan ada 2kg berat otot meningkat yang perlu dihadapi. Jadi jgnlah bimbang bila anda start workout memang berat naik tapi anda kelihatan fit kan and tight.

Ada satu blogger sist nie, so inspiring lar kak adek manes nie. so far inilah antara blog yang memberi semangat dan kesan dalam kehidupan. tapi at the end, semuanya tetap adalah diri kita sendiri yang malas, yang rajin or yang tekad untuk berubah. Kalo dah disiplin sangat taklah diet n workout ke laut kan. hehe.

Sambung balik, hujung2x workout kat gym dalam bulan 5, aku pun signup untuk bootcamp, outdoor fitness program yang buat kat padang je guna sistem military yang selalu kita tengok dalam biggest loser tu, squat pulses, mountain climbers, truster, kingkong pushup and etc. Bootcamp ini memang best sebab semangat workout berkumpulan ni memang cool dan efektif. sangat terkesan dari segi fitness, mampulah nak mendaki dengan lajunya and berlari dengan seronoknya tanpa mengah, nafas cukup, jantung pam darah kuat dan laju. berpeluh jantan semestinya haha sangat busuk. rasa segar sepanjang hari, metabolism meningkat dan memang kuat nak minum air masak dan makan. So masa inilah kalo makan manyak protien dan diet makan makanan sihat memang efektiflah workout anda. Jgnlah pulak belasah nasi lemak or roti canai after that ok, rugi2x, tosei would be ok.

Dari sebulan, ke 2 bulan, ke 3 bulan lamanya aku join bootcamp dan telah melalui 36 session Bc yang best. Namun sudah tiada kesempatan dan peluang, aku tak dapat teruskan bootcamp sewaktu ramadan, after raya dan sekarang sudah 3 bulan aku tak pergi bootcamp. Rasanya memang teruk, mengah naek tangga, lemah lembut jer bergerak. kalo hiking tu nafas pun rasa nak putus dan sangatlah berat nak angkat kaki, memang suka nak test diri tengah tak fit pergi berani gaban naek trek pacak memang la semput, mengah, berat, malas dan dimotivated hehe. tapi i like torturing myself sbb nak cabar dan remind diri sendiri kita senantiasa perlu healthy dan fit sampai tua.

So, skrng im hopeless, dah signup a few runs lagi tanpa training, memang sengaja nak menempah seksaan fizikal haha. Org seperti saya memang perlukan seksaan sebegini agar senantiasa beringat. Harap bulan 12 ini selepas saya selesa dengan tempat kerja saya, saya kan reschedule jadual saya untuk masuk bootcamp di area KLCC. Walaupun different owner tapi x kisahlah asalkan saya tetap pergi training dan senantiasa ready and healthy at any point.

Kalo nak tahu detail pasal bootcamp sila layar kat sini k. Insyallah saya akan siapkan diri saya untuk gunung tahan pada tahun hadapan or lagi satu sebab nak kena confirm pekerjaan dulu barulah saya boleh amek cuti yang panjang sikit. Doakanlah saya agar terus berjuang dan berusaha ke arah kesihatan yang bagus.

P/s - teringin nak ajak kengkawan lain untuk join my healthy circle life, kalo nak join jgn segan nak bgtau ok.

4 comments:

Hannah Haykhall said...

hai kak..

wow, first time masuk bolg ni kagum betul saya. you are so active.jealous nie..

i'm in a middle of the journey too. nak jadi fit and active macam akak. nak panjat gunung and ambil lesen diving..but now, tengah dalam proses to shred off the fat. adalah dalam 28 hari baru bergiat aktif dalam calorie counting + exercise. hopefully, i can achieve the target weight..now baru turun 3 kilo.

doakan kita berjaya ye. hmm. seems possible but kena ada determination yang kuat kan?

glad to stumble upon your blog. tak habis baca pun lagi ni..

salam perkenalan.. :D

elliashah said...

hi hannah tq for visiting my blog. im humble blogger jer. i'm also still struggle in this one year to loose kilos yg i nak tapi determination up side down. hope can stay focus again next year. what ever u do please dont give up ok. but i love been active because it made me happy. seek for happiness in your life ok.

Cik Adek Manes said...

aramak ! maluuuu.. belog saye kah ittew yg dilinkkan..??

elliashah said...

haha akk x payah nak blushing2x sangat, saya dah stop dah workout ni lemah je rs badan sbb kerja tak menentu jadual. hope dapat start balik next year hehe, kene jg makan shjlah nie...

semangat