100 days to the journey

As salam,

Hari ini setelah dihitung dikira sebagai 100 hari lagi untuk new life resolution. Ya allah banyaknya dugaan yang telah dihadapi mengajar aku lebih dewasa dan redha. Bukan mudah untuk menjadi pasangan yang diredhai dan hidup berjauhan antara dua benua asia dan eropah. Mengikut hukum tempat aku akan disisi dia tetapi mengikut realiti mampukah aku melepaskan apa yang sedia ada or mengajak dia untuk melakukan apa yang tidak disukainya. Aku perlu belajar melepaskan dan redha.

Aku sebenarnya dalam persiapan menyiapkan majlis. Aku tidak berada di tanah air sendiri jadi aku tiada peluang untuk melihat sendiri perancangan majlis nanti. Aku berserah sepenuhnya kepada keluarga dan menggunakan medium internet sebagai medan perbincangan. Aku tidak mampu nak menggunakan definisi berjimat kerana tidak boleh mencari dan memilih. Jadi aku kene bersedia untuk berbelanja sedikit lebih. Ini pun kene usaha dan redha juga. Mama aku belikan telefon baru samsung agar dia boleh berviber dan berwassap serta bertango dengan aku. Sekarang dia telah pandai menggunakannya dan membeli internet melalui Maxis. Aku berasa bangga. Mungkin lepas ini aku boleh hadiahkan beliau Ipad (cewah berangan).

Persiapan aku mudah. Aku dah selesai beli barang lelaki. Aku dah book catering package (all in). Aku dah book 3 baju untuk 3 majilis. Aku dah book jurugambar. Semua dah park deposit. Im so simple. I agree to all and melainkan perkara yang tidak digemari seperti warna yang outstanding tujuan untuk nampak berbeza. No no. Im so down to earth. Kalau boleh nak jadi pengantin yang tidak dikenali. Tapi still it will be your own and first wedding in your life. Haruslah ada impak untuk diri you. Baiklah aku setuju.

Aku tinggal decide nak beli doorgift apa, baju keluarga belah perempuan sahaja. belah lelaki tidak ditaja.
Benda-benda adat yang lain tidak ada kot. Cuba buat semeriah dan sesimple yang boleh. Ini Majlis Kahwin bukan pasar malam. Ya allah Kau berkatilah perjalanan Kami meniti 100 hari mendatang ini dan beribu-ribu hari lagi.

Hari ini aku dikezut dengan kemungkinan di hantar ke benua US. Tidak terjangkau fikiranku untuk memikirkan bagaimanakah kehidupan kami pada masa akan datang. Jika itulah tersurat dan tersirat kebaikkan serta hikmahnya. Aku redha dan syukur atas segala dugaan, rezeki kerjaya, jodoh dan keluarga yang Engkau berikan. Semoga aku berjaya dan sabar dalam menempuhiNYA.

P/s pada kala hati terdetik segalanya terungkap depan mata. Apa harus ku lakukan?

2 comments:

~zuera~ said...

REDHA!!
whatever it is,redha je kat majlis ko nanti.alah,ada je org yang iye2 plan itu ini last2 Allah have better plan.yang penting ko dah selamat disatukan secara sah.apa jadi belakang kira.just enjoy urself during the majlis!
see it +ve way,bagus jugak limited choice,kalau x jenuh wey rambang mata nak pilih.tu pun x termasuk bab nak riki barang merata.bersyukur la dikurniakan tangan2 luar yang byk membantu! bila tarikh? aku nk plan in advance.kot la boleh p.

elliashah said...

Aah betul2, aku xde pening sgt pasal persiapan. Just wat cek n follow up jer. Tanks zuera. Byk belajar sabar Skrg ni. Nanti lg a month aku inform awal pd kengkwn rapat agar boleh plan k. Ko dkt jer nanti hehe.